ZUL MUHAMMAD

RESEPI BLUEBERRY JAM SEDAP DAN MUDAH GUNA 3 BAHAN SAHAJA

RESEPI BLUEBERRY JEM SEDAP DAN MUDAH  GUNA 3 BAHAN SAHAJA | Saya sangat suka makan buah blueberry. Kalau pergi pasaraya memang sambar la sekotak dua. Bagi penggemar buah macam saya mesti akan suka buah Blueberry. Buah ni baik untuk kesihatan.Banyak manfaat kalau selalu makan.Tapi harganya memang mahal sikit walaupun sekotak kecil je.




Kadang-kadang nasib tak baik. dapat juga buah Blueberry yang lembik dan rosak. Tapi saya tak buang tau.saya masuk kan dalam satu bekas dan simpan dalam peti sejuk kat bahagian sejuk beku. Tiap kali beli blueberry, kalau ada buah yang rosak saya masuk kan dalam bekas tu. Eh!!sedar tak sedar dapat 1 mangkuk blueberry dah.

Nak buat apa buah Blueberry yang rosak ni? Apa lagi..Buat jem la. Kalau beli di kedai rasa manis sangat. Tak sesuai dengan tekak.Rasa blueberry nya kurang , rasa gula saja yang lebih.Entah2 letak bahan pewarna juga,  Tapi kalau buah sendiri, boleh kurangkan gula.

Blueberry jem yang kurang manis boleh juga kita letak atas lapisan kek. Memang sedap.. Kalau buat jem tu manis sangat, tak sesuai nak letak atas lapisan kek. Nanti orang makan rasa manis sangat sebab kek dah cukup manis.Letak pula jem blueberry manis. Boleh potong kaki oi!!ahhaha

Selain tu boleh juga dimakan dengan roti atau scones. Dengan waffle pun boleh. Kalau nak resepi waffle , ada saya kongsikan dalam blog ni. Nanti boleh la makan dengan blueberry jem. 


Resepi Jem Blueberry yang mudah

Buat Blueberry jem ni tak ambil masa yang lama pun. cuma dalam 30 minit saja untuk dapatkan jem yang pekat dan cukup masak. Saya guna 1 mangkuk kecil buah blueberry je. Jadi dapat la 1 bekas kecil jem. Ala..bekas yang selalu orang jual jagung cawan tu.Tak banyak pun.jadi la..boleh juga buat calit2 roti bila lapar.Heheh

Makan dengan roti pun sedap.

Bagi yang nak cuba membuat Blueberry jem sendiri, ini resepinya:


Bahan-Bahan membuat Jem Blueberry 

150 -200g buah blueberry 

2 sudu gula

1 sudu kecil perahan lemon (untuk ada rasa masam-masam sikit.kalau tak nak letak pun tak pe)


Cara penyediaan jem Blueberry

Masuk kan semua bahan dalam pan.

Buka api perlahan saja. kacau-kacau supaya jem tak hangus.

Masak hingga gula dan buah mencair. tekan2 sikit buah tu dengan wisk atau senduk.

Saya suka kalau buah blueberry tu tak hancur semua.

Masak hingga betul2 mendidih. kena kacau selalu.

Bila gula dan mencair semuanya dan mendidih tutup api dan ambik sedikit jem letak kan dalam piring.

Tunggu sejuk. kalau jem jadi pekat dan macam gel, maknanya jem dah siap.

Tapi kalau dah sejuk pun dia cair saja maknanya jem belum cukup masak. Kena letak atas api lagi dan pastikan betul2 masak. baru lah diangkat dan masuk kan dalam bekas.

Dapat 1 bekas kecil ni saja. :)

Simpan dalam peti sejuk supaya jem tak mudah rosak dan tahan lama.Senang saja cara membuatnya..kan?

Buah Yang boleh dibuat Jem

Sebenarnya bukan Blueberry je boleh buat jem guna resepi ni.Korang boleh gunakan strawberry, anggur, rambutan, laici dan banyak lagi buah lain untuk dijadikan jem. Cuma pastikan buah tu tak de ulat je la. Kalau ada ulat kena buang terus.kalau buah rosak tu setakat pecah2 sebab tertindah saja, sesuai la untuk buat jem.

Ok la..semoga artikel Resepi Blueberry jem Sedap dan Mudah guna 3 bahan sahaja dapat memberi manfaat pada semua yang membacanya. 


Post a comment

8 Comments

  1. menarik kak, nnti nak try la campur dengan sikit mulberi kot dalam 5 ke 7 biji hehehhe

    ReplyDelete
  2. Macam best je nak buat sendiri. Boleh kurangkan manis. Yang beli punya manis sangat.

    ReplyDelete
  3. Rajinnya buat jem sendiri. Kak Feni ni nak masak alahai kena tunggu mood datang baru nak masak. Haduiii.

    ReplyDelete
  4. Bagus tak membazir, mana tak elok sikit simpan dalam freezer kumpul. Lagi sihat buat sendiri sebab kita control Gula nya. Ni pun boleh kasi anak yang suka niaga jual.

    ReplyDelete
  5. sedapnya ni D, kak ana suka buah blue berry ni makan macam tu pun sedap bangat, terinagt kek Usop Welcha kan perisa blueberry sebelum kena gelek kobota haha :)

    ReplyDelete
  6. jemu mkn jem bleh campur buat kek cheese blueberry kn? ;-)

    ReplyDelete
  7. Blueberry ni suka makan camtu je atau campur dengan oat. Tak pernah buat jem lagi. Ada kerajinan boleh lah cuba buat.

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)