RESEPI AYAM BAKAR YANG PALING SEDAP TAPI SIMPLE





RESEPI AYAM BAKAR YANG PALING SEDAP TAPI SIMPLE | Saya ni suka sangat makan nasi ayam dengan ayam bakar. Tak berapa gemar nasi ayam yang ayam lembik-lembik tu. macam ayam rebus je.. Lebih suka makan nasi ayam dengan ayam bakar atau pun ayam goreng.

Sebab tu saya memang suka cari resepi ayam bakar yang best-best. Anak-anak pun lebih suka makan ayam bakar atau ayam goreng berbanding ayam yang dimasak dengan cara merebus contohnya kari ayam, sup ayam, ayam masak lemak cili padi..

Tapi kalau ayam bakar atau ayam goreng sekejap je dah licin. Tak putus mencari resepi ayam bakar, saya jumpa satu resepi ayam bakar yang sangat mudah nak buat dan bahan-bahan nya juga simple je. Bahan yang memang selalu ada di dapur kita la.

Resepi Ayam Bakar Yang Paling Sedap.

Bahan-Bahan :


1 Ekor Ayam dipotong 4
1 sudu besar jus limau nipis
2 batang serai
8 helai daun limau purut
3 sudu makan kicap manis
1/2  sudu teh gula pasir atau gula merah
1/2 sudu besar air asam jawa
1 sudu kecil garam
1.2 sudu teh lada hitam
2 cawan air
Minyak untuk menumis

Bahan yang dikisar halus

5 Ulas bawang putih
10 biji bawang merah
10 tangkai cili kering
1cm halia
2cm lengkuas


Cara penyediaan:


Lumur ayam dengan jus limau nipis dan biarkan dalam 15- 20 minit.

Panas kan minyak dan tumis bahan yang dikisar.

Masuk kan daun limau purut dan serai yang diketuk. Masak hingga naik baunya.

Masuk kan ayam dan ratakan bahan tumis diseluruh ayam.

Masuk kan kicap manis, air asam jawa, garam, gula, lada hitam dan air dan kacau sebati.
masak hingga separuh masak.

Akhir sekali masuk kan ayam ke dalam oven. Sebelum tu siram lebihan bahan tumis tadi atas ayam kemudin baru lah dimasuk kan ke dalam oven.

Bakar selama 45 minit dengan suhu 180. bergantung pada oven masing-masing.

Mengikut resepi asal, ayam ni perlu dibakar menggunakan pemanggang biasa yang kita selalu buat BBQ tu. Tapi saya paham kat Malaysia ni dah tak ramai yang nak memanggang macam tu kat rumah. Kalau ada majlis-majlis ke baru la kita siapkan tempat pemanggang ayam kan?? . So korang boleh la gunakan oven je..

Terima kasih membaca artikel Resepi Ayam Bakar yang paling simple tapi sedap. Semoga memberi manfaat pada semua dan selamat mencuba. 

Post a comment

14 Comments

  1. Tgk gambar dah terliur...ratah saja ni pun sodap..

    ReplyDelete
  2. Yummy! Boleh save resepi mudah ni dah.. Tq2

    ReplyDelete
  3. Saya pun suka makan ayam bakar. Sekarang ni lagi mudah sebab ada stok pes ayam bakar jiran jual..sedap dia buat berbanding saya buat 😄

    ReplyDelete
  4. Terima kasih kerana singgah ke blog saya...

    ReplyDelete
  5. uii sedapnyaaaa.. nampak senang juga nak buat

    ReplyDelete
  6. Ayam bakar atau ayam goreng.. Betul.. Lagi puas rasanya.

    ReplyDelete
  7. kak diana, pos sikit sini kak hahaha sedap ngat aihhh

    ReplyDelete
  8. oh begitu caranyaa.. Inshaa Allah boleh cuba..memandgkan dah beli gadget dapur yg baru hehee ^_^

    ReplyDelete
  9. kalau perap lg lama dgn jus tu lagi sedap kn?

    ReplyDelete
  10. Tak pernah masak lagi nasi ayam yang ayamnya dibakar nanti nak try juga la.

    ReplyDelete
  11. Sedap ayam bakar. Nak masak pun mudah. Fiza pun tak suka gak makan nasi ayam, ayam dia tak bakar. Kurang sedap. Kalau ayam tu dibakar memang laju habiskan.

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)