RESEPI APAM MEKAR MESTI JADI YANG SANGAT GEBU, LEMBUT DAN PALING SEDAP





RESEPI APAM MEKAR MESTI JADI YANG SANGAT GEBU, LEMBUT DAN PALING SEDAP | Pening memikirkan apa menu untuk minum petang hari ni. Dalam sibuk mencari resepi untuk hidangan keluarga saya jumpa satu resepi Apam Mekar yang nampak sangat cantik dan betul-betul mekar apam nya sampai jelas nampak apam nya gebu dan lembut.

Bilik baca resepi yang dikongsi oleh saudara Litarizkymaulana di iG nya tu terus rasa nak mencuba membuat nya. Bahan-bahan nya juga ringkas dan sangat mudah didapati.

Bagi penggemar kuih apam macam saya ni, memang terus rasa nak mencuba membuatnya. 

Rahsia Kuih Apam Gebu dan lembut

Untuk resepi ni ada diletak kan cake emulsifier atau pun kita panggil ovalett. Warnanya oren dan biasanya dijual dalam bekas kecil saja. Ovalett ni biasanya digunakan untuk buat adunan jadi kental dan tak jatuh malah kek jadi lebih gebu dan lembut.

Nampaknya itu lah rahsia macam mana apam mekar ni boleh jadi gebu dan lembut sangat-sangat. Kan?

Kuih Apam Mekar ni yang istimewanya ialah boleh dibuat dengan berbagai warna. Terserah korang nak letak warna pink ke, coklat ke, hijau ke.. apa saja warna yang pasti semuanya sedap-sedap dan nampak menyelerakan.

Resepi Apam Mekar

Bagi yang dah tak sabar nak cuba resepi Apam mekar lembut dan gebu ni , ini adalah resepi yang dikongsikan oleh saudara Litarizkymaulana di Ignya. Menurutnya Apam Mekar yang menggunakan resepi ini menjadi kegemaran anak-anak dan suaminya.

So, jom kita cuba..

Bahan-bahan membuat Apam mekar


225g gula
2 biji telur
1 sudu teh ovalett
250g tepung gandum
1 sudu teh baking powder
150ml air sprite

Cara penyediaan Apam Mekar


Panaskan pengukus dengan api besar. Pastikan penutup periuk kukus di balut dengan kain.

Dalam satu bekas campurkan semua bahan dan pukul sampai jadi sebati dan pekat.

Bahagikan adunan kedalam 2 bekas.

1 bahagian letak kan pewarna. Dan boleh biarkan satu lagi adunan dengan warna asal.

Susun cup di dalam acuan .

Tuang adunan tanpa warna di dalam cup berselang seli dengan adunan berwarna.

Isi sampai cup penuh. Ulang proses ni sampai semua cup penuh dan adunan habis diisi.

Kukus selama 20 minit dengan api yang besar.

Menurut empunya resepi sudah beberapa kali dia buat apam mekar ni mesti jadi. Tak pernah tak jadi.

Semoga artikel Resepi Apam Mekar mesti jadi yang sangat gebu, lembut dan paling sedap ini dapat memberi manfaat pada semua dan selamat mencuba, semoga berjaya.



Post a comment

12 Comments

  1. kembang mekar molek,, tips dia api besar tu pun ya jugak kan. lama x buat takut tangan jakun dah. :D

    ReplyDelete
  2. dalam banyak apam ini yang paling saya suka, gebu gebas dan sedap, cair di mulut

    ReplyDelete
  3. kembang elok haaa..tq sharing resepinya kak diana.

    ReplyDelete
  4. cantiknya kejadiannya kak oi... tq share resepi

    ReplyDelete
  5. dah agak daaa mesti ada msk kn ovalette ;-)

    ReplyDelete
  6. Asyik baca ayam mekar je. Pastu tengok gambar macam apam. Nasib baca. Memang apam pun.

    ReplyDelete
  7. indahnya kedian dia kak! pos sikit! hihih

    ReplyDelete
  8. Cantik mekar apam tu. Sekali dengan pakej corak cantik.

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)