ZUL MUHAMMAD

PORTAL RASMI eOPERASI - MODUL PENGURUSAN GURU

PORTAL RASMI eOPERASI - MODUL PENGURUSAN GURU | Cabaran sebagai pendidik mendorong Kementerian Pendidikan Malaysia membangunkan sebuah sistem pangkalan modul pengurusan guru bagi memudahkan tugas perguruan secara online. 

EOperasi adalah sistem pengurusan guru secara online di bawah Modul Pengurusan Guru - eOperasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) .Sistem ini disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk  guru-guru menyimpan dan mengemaskini maklumat berkaitan  perkhidmatan masing-masing termasuk maklumat peribadi guru.



Siapa Perlu Guna eOperasi

Portal rasmi eOperasi mengandungi beberapa maklumat penting seperti tugasan kemaskini data, semakan status mereka apabila melakukan pertukaran lokasi dan tempat (semakan penempatan guru) melalui Borang Status Kedudukan Guru (BSKG) dan lain-lain lagi.

Segala pengumuman juga turut dimuatkan didalam portal rasmi ini. Setiap data guru dan bukan guru perlu melalui proses verifikasi menggunakan sistem modul pengurusan online ini. Mereka yang berada dalam 2 kategori ini terlibat secara langsung dalam model pengurusan eOperasi.

  • Pentadbir Portal E-Operasi (pegawai pengurusan peringkat Negeri, Daerah, Zon dan Sekolah)
  • Pengguna Portal eoperasi Malaysia (guru dan bukan guru)
Untuk mengakses ke eOperasi anda hanya perlu login pada bahagian paparan utama eOperasi. Cara Login eOperasi KPM yang mudah ada diterangkan di dalam website PortalMalaysia dengan lebih lengkap dan mudah diikuti.


Selepas anda berjaya mendaftar anda boleh terus login Modul Pengurusan Guru seperti biasa dan mula menyemak segala data dan maklumat berkaitan. Seandainya terdapat maklumat yang tidak tepat anda boleh memaklumkan kepada PK1, PK2 dan PK3 untuk perubahan maklumat dan kemaskini.

Kelebihan eOperasi

Sistem Pangkalan Modul Pengurusan Guru ini telah di kemaskini dengan lebih baik berbanding sebelum ini. Ini demi memastikan setiap guru mempunyai kelancaran semasa menggunakan eOperasi dari berhadapan dengan sebarang masalah server atau sistem yang sedang digunakan.

Portal rasmi ini juga boleh diakses menggunakan smartphone tanpa perlu kita membukanya menggunakan laptop atau komputer. eOperasi juga dihubungkan dengan beberapa sistem lain. Sistem ini sangat bertepatan dengan zaman teknologi internet yang hanya memerlukan maklumat diakses dengan hujung jari sahaja.

Semoga eOperasi akan memberi manfaat pada semua pengguna. 

Post a comment

6 Comments

  1. Senang satu sistem simpan maklumat guru dan bukan guru.

    ReplyDelete
  2. GURU SIBUK SELALU MENGUPGRADE ILMU MINDA SENDIRI N MURID2 SEIRING TUNTUTAN MASA

    ReplyDelete
  3. Mudah dah bagi guru semua ya... ada dalam group Sis cikgu dia cite bab dia sama dia, Sis mampu baca scroll je tak faham... hehehehe

    ReplyDelete
  4. canggih zaman sekarang...suami ada sistem

    ReplyDelete
  5. Bagus banyak dah ada sistem dan portal. Hopefully lebih memudahkan.

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)