ZUL MUHAMMAD

PERTAMA KALI NAIK KE GUNUNG JERAI - PENGALAMAN INDAH DIATAS GUNUNG JERAI, YAN KEDAH

PERTAMA KALI NAIK KE GUNUNG JERAI - PENGALAMAN INDAH DIATAS GUNUNG JERAI, YAN KEDAH | Terpengaruh dengan membaca artikel tentang Gunung Jerai di blog iammrshafique ,semalam kami sekeluarga dapat lah menjejak kan kaki di Gunung Jerai. Datang bertiga saja. Maisara tak nak ikut .Perjalanan yang tak dirancang pun sebenarnya sebab awalnya kami cuma nak ke Pantai Bersih bawa si Mikhail mandi laut. 

Tapi dalam perjalanan tiba-tiba je tukar plan nak ke Gunung Jerai. Padahal pakai baju biasa2 je nih. Baju lepak pantai je. Hhaha..Tak pe la.. Bukan nak pi pertandingan Siapa Paling Cantik Di Gunung Jerai pun..

Hahah..

Kami keluar rumah jam 10 lebih dari Pulau Pinang, beli sarapan, singgah klinik gigi sebab saya sakit gigi. Singgah klinik gigi pun di Gurun nun. Bukan main jauh pi Klinik gigi. Cadangnya nak cabut gigi sebab gigi saya ni goyang dah. Bila nak makan rasa sakit tak boleh kunyah. Dah la saya suka makan.Tapi doktor pulak tak de. Tak pe la.Beli ubat tahan sakit je kat Farmasi. 




Sampai je ke pintu masuk ke kaki gunung jerai tu, ada encik-encik pemandu yang sedia menunggu pelawat-pelawat yang nak naik ke gunung jerai. Ini khas untuk korang yang tak berani nak drive sendiri naik ke Gunung Jerai ni. 

Korang akan di bawa naik guna Jip atau pun van. Harga tambang nya saya tak pasti pulak sebab kami memandu sendiri je untuk naik ke Gunung Jerai ni. 

Kenapa ada pemandu khas untuk naik ke Gunung jerai??

Sebab Jalan nya sangat lah berliku dan bagi yang tak bisa dengan keadaan macam ni mungkin agak takut2 nak drive. Jalan berturap tau.Bukan jalan tanah merah ke, jalan selut ke..Bukan.. Jalan berturap tar tapi selekoh2 nya sangat tajam dan dia macam mendaki.


Kemudian ada banyak kera kat sepanjang jalan tu. Kera2 jenis tak heran ye setakat kereta kau nak lalu. Diaorang buat muka " kau apa hal???" je kalau kita kasi hon suruh ke tepi.

Kiri kanan nya hutan dan jalan agak sempit. Ada banyak penunggang basikal sepanjang jalan ni. Rajin betul.Kalau saya la, tak kuasa!! jadi sila lah berhati-hati. Bagi saya dan suami kami ok je jalan gini sebab selalu dah balik kampung lalu jalan Taiping- Beruas memang banyak selekoh macam ni. Hahah. Cuma tak naik gunung je la.

Tepat jam 1 tengahari kami dah sampai naik ke atas Gunung Jerai. Hari ahad , adalah hari bekerja di Kedah. Jadi tak ramai la orang. So kalau nak selesa kat atas ni, datang lah pada hari bekerja. Jangan datang pada Jumaat dan Sabtu , Nanti nak bergambar pun susah.

Sampai2 je kat atas gunung jerai ni, Parking Je kereta kat bawah.Tak payah parking kat atas bukit tu.Sebab dari tempat parking ni, kita nak jalan naik ke lorong yang di sebelah kiri. Kat belah kanan tu tak de apa pun.Ada kedai makan, dan kedai cenderahati je. Tapi tak de banyak pilihan barang. jadi semalam kami tak beli apa pun untuk kenang kenangan. Barang tak best.

Sampai kat post guard sila scan mysejahtera dan check suhu. Dan kemudian naik la ke atas. Jangan bawak makanan dan minuman. Jom layan gambar2 kat atas nun... 


Bilik-bilik kat resort Gunung Jerai ni cantik-cantik sangat tau. Kalau korang perhati betul2 nampak macam perkampungan . Bilik-bilik dia design tak sama. 

Ada yang kecik ada yang besar atau tinggi ada macam rumah orang kaya baru.heheh


Semua gambar tak sempat nak edit kasi terang sikit muka budak tu.Hhaha.. Jangan tengok muka dia. Tengok pemandangan sekeliling nya tu..


Di ketinggian 986 meter dari aras laut. Cantik sangat pemandangan dari atas ni.Nampak petak-petak sawah padi kat bawah sana. Macam lukisan. Kalau pergi awal pagi lagi cantik pemandangan nya. 

Tapi masa kami sampai ni walaupun jam dah dekat pukul 2 petang tapi masih berkabus , sejuk dingin saja di atas ni. Sedapnya kalau dapat tidur kat atas ni.hahah.

Kat atas ni ada surau jugak.Jangan risau nak terkejar2 waktu solat.









Korang boleh join aktiviti flying fox juga . Sambil minum2 Apple juice dan makan Doughnut kat cafe kecik tepi ni korang boleh tengok pengunjung2 sini buat flying fox. Kat atas tu budak je yang main. Yang tudung kuning tu.

Berani betul. Badan kecik je. Saya rasa umur dalam 6-7 tahun kot.. Tak tahu la bayaran nya berapa. Saya tak main pun benda ni. Takut tali tu putus.Hahahah








Saya baca kat facebook, ada yang kata minuman dan makanan kat sini mahal. Kalau ikutkan saya , ni harga yang berpatutan la. Kau boleh dapat kat mana sambil minum Apple Juice makan chocolate puff  dengan dijamukan pemandangan cantik macam ni.

Tenang je rasa. Dengan angin sepoi2 nye. Pergi la mana2 tempat dalam Malaysia yang lebih kurang macam Gunung Jerai ni, itu lah harga nya. Betul tak?

Sebenarnya kat atas ni sesuai untuk korang hirup udara segar dengan penuh pokok2 dan bunga-bunga. Kalau nak ambik gambar kawin ke memang sesuai la. Tapi tak tahu la pakcik guard tu bagi ke tidak pengantin nak bergambar kat atas ni. Tak de pula nampak mana2 orang yang buat sesi bergambar kat sini.

Yang suka bunga2 dan pokok-pokok akan suka la tempat macam ni.. Bayaran masuk dia pun tak mahal pun. Tak sampai rm5. Saya rasa dalam 2-3 ringgit sorang kot. Bila dah naik atas ni serius korang rasa tak nak turun. Saya naik atas ni terus hilang sakit gigi. ahahah.

Pekerja-pekerja kat resort ni pulak baik2 dan ramah-ramah semuanya. 

Kalau datang ke negeri Kedah jangan lupa naik ke gunung jerai. Lepas tu jangan lupa singgah ke Tanjung dawai. Lajak terus Ke pantai Merdeka. Eceh!!dah macam lagu Cinta Pantai Merdeka pula. 

Terima kasin membaca artikel Pertama kali Naik Ke Gunung Jerai - Pengalaman Indah Di Atas Gunung Jerai.







Post a comment

11 Comments

  1. Waaa..nak pegi jugak lah! Saya belum jln2 Kedah sejak pindah Penang nih.

    Ok, jgn naik Jumaat/Sabtu..hehe

    ReplyDelete
  2. bestnya kak, teringinnya naik situ.... cantiknya pemandangan dari atas tu... nun sayup mata memandang...

    ReplyDelete
  3. Bestnya kak. Kita ni jauh lagi nak sampai ke Gunung Jerai. Tengok dalam cerita lelaki kiriman tuhan tu, betul cantik puncak gunung jerai ni. Kalau pukul2 pun berkabus lagi memang best lah kalau dapat stay kat sini kan. stay semalam pun jadilah.

    ReplyDelete
  4. Seronok ini angin sepoi-sepoi. Saya suka jalan-jalan tengok pemandangan indah.

    ReplyDelete
  5. indahnya..mesti nyaman udaranya dan pemandangan dari atas tu yang nikmat sangat.

    ReplyDelete
  6. wah bestnya..iena tak pernah pergi sini lagi..dengar gunung je iena ingatkan kene hiking.. rupanya drive je kat sana.. boleh lah nanti plan ke sana..tengok jalan tu pn iena mcm tak berani..kalau nak selamat and jimat kene cari kawan yg berani drive lah..tolong drive kereta iena hehe

    ReplyDelete
  7. Cantik pemandangan gunung jerai. Macam kat overseas pun ye

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah...untung la jalan-jalan

    ReplyDelete
  9. Mahal sikit tu biasala, tempat pelancongan kan. Kalau saya yang tak berapa terer driving ni confirm upah pemandu. Biar mahal asal selamat

    ReplyDelete
  10. cantiknya, timm ni nama je org kedah, gunung jerai pun belum pernah ghabat lagi..hehe, one fine day i'allah..

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)