PERFORMANCE BLOG DIANARASHID.COM BULAN OGOS MENINGKAT





PERFORMANCE BLOG DIANARASHID.COM BULAN OGOS MENINGKAT |  Selepas setahun berehat , bersenang-senang dan mengabaikan blog ini, saya buat comeback  pada pertengahan Julai lalu. Keputusan yang saya yakin , kali ni saya mampu menguruskan blog saya dengan lebih baik. 

Sejak saya memulakan blog dianarashid.com pada tahun 2010, saya memang fokus pada blog ni.  Pageview blog saya untuk 1 bulan pernah mencecah 400k setiap bulan. Saya punya income dengan blog untuk sebulan mencecah rm1200. 

Tapi pertengahan 2018 saya mula kurang aktif menulis. Masa tu tak tahu apa puncanya. Malas dan kurang bersemangat sangat tebal dalam diri saya. Masa ni la berat badan makin naik dan saya yakin puncanya ialah malas. Hahah

Pageview juga jatuh mendadak. Pernah saya cuma dapat 200 pageview untuk sebulan. Tapi langsung tak rasa sedih. hahah.. Nak membina blog ambik masa bertahun, tapi nak menjatuhkan nya cuma ambik masa beberapa bulan saja.


Punca Performance Blog Meningkat

Selepas saya kembali menulis dan berkongsi artikel saya di sosial media, ada peningkatan mendadak pada pada jumlah pageview blog. Saya juga terkejut sebab pada bulan Ogos, page rank blog saya juga naik kepada 3/10.

Untuk bulan Ogos, performance blog saya  meningkat macam yang korang lihat di gambar atas. Pageview 1.02 k. Memang meningkat banyak berbanding pada bulan julai yang hanya dapat 300 page view.

Selain kongsikan artikel di facebook dan twitter saya juga selalu blogwalking di blog-blog kawan blogger lain.Ini supaya mereka sedar tentang adanya blog saya.

Jadi tak la saya ni syok sendiri je menulis.Hahah..

Saya juga mula belajar tentang SEO. Hari2 sebelum tidur baca la cemana nak buat artikel yang mesra enjin carian. Kita belajar sikit , kita buat sikit. Esok kita baca lagi, dapat benda baru praktik kan lagi dalam penulisan artikel seterusnya.

Lama-lama banyak la yang kita tahu dan kita praktik kan.



Fokus blog untuk kekalkan peningkatan

Saya ni kiranya macam baru buat blog la. Baru sebulan buat blog.Hahahah.. Masih nak merangkak jugak. Dulu saya ambik masa 5,6 tahun jugak untuk dapatkan pembaca yang ramai dan konsisten artikel saya ada di halaman pertama carian Google.

Banyak sangat berehat, tak sedar ada ramai blogger yang mula membuat artikel yang bagus-bagus sampai buat  artikel saya yang dulu2 ada di 1st google  kini jatuh tergolek2 entah dimana. Hahah.

Kali ni tak tahu berapa lama pulak masa yang akan saya ambil. Harap-harap tak la bertahun-tahun.Hahahha..

Jom kita sama-sama fokus tingkatkan blog kita, hasilkan artikel menarik untuk berada di halaman pertama google search.

Terima kasih pada semua yang sudi membaca artikel Performance Blog Dianarashid.com Bulan Ogos Meningkat. Semoga maju jaya.


Post a comment

16 Comments

  1. Semoga terus maju kak, akak ramah mesra, itu antara trick tarik reader juga ;)

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah.. sekarang nie dah ramai blogger yg x mcm dulu.. kalau dulu byak merapu haha.. skrg dah ramai fokus utk berkongsi sesuatu yg lebih bermanfaat utk pembaca.. Tahniah kak.. keep it up.. semoga sukses selalu ^^

    ReplyDelete
  3. Tahniah..harap terus bersemangat berblog utk berkongsi2 ilmu dan pengalaman

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah terbaik la sifu kita. Semoga terus maju jaya...

    ReplyDelete
  5. tahniah kak diana. semoga terus sukses dalam dunia blogging :) ♕Tiara Sapphire♕

    ReplyDelete
  6. caiyok caiyok Diana..mmg skrg kena bersaing n buat artikel bagus2..dah makin ramai blogger. tambah2 dh ramai yg tahu teknik SEO...berlumba masing-masing nak hasilkan artikel best2..

    ReplyDelete
  7. uncle tak pandai la nak tengok benda2 ni semua... kena google dulu... (malu)

    ReplyDelete
  8. Tahniah kak. Semoga terus maju. Jomlah kita tingkatkan mutu keunggulan blog kita :)

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah.Momentum setelah berehat lama.Syukur.Tahniah.

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah tahniah diana. Banyak naik tu. Welcome back blogger otai 🥰

    Teruskan momentum. Teruskan menulis. Dengan nafas baru semangat baru. InsyaAllah artikel Diana boleh tackle balik 1st page google. 🤩

    Ruby pun masih belajar dan banyak lagi kena belajar. Baru nk aktif balik. Huuu. Done follow sini #5009

    ReplyDelete
  11. ALHAMDULILLAH TAHNIAH LA NI RAJIN GOOGLE EMEL PERFOMANCE BLOG TIAP BULAN

    ReplyDelete
  12. wahhh hebat hebat! keep on blogging tau!

    ReplyDelete
  13. Alhamdulillah, semoga terus sukses! Good contents 👍

    #done follow here..

    ReplyDelete
  14. Tahniah. Penting tulisan bermanfaat. Ramai boleh guna.

    ReplyDelete
  15. bagus kak diana..tahniah!! i will follow u :)

    ReplyDelete
  16. wahh :D saya dah terinspirasi dengan semangant sis Diana . saya newbie blogger, saya sukaa baca perkongsian mcm ni . buat sy makin semangat nak berblogging hehehe

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)