ZUL MUHAMMAD

KENA SIMBAH AIR PANAS, MUKA LEBAM DI TUMBUK BERTUBI-TUBI - GADIS INI JADI MANGSA BARAN TEMAN LELAKI

KENA SIMBAH AIR PANAS, MUKA LEBAM DI TUMBUK BERTUBI-TUBI - GADIS INI JADI MANGSA BARAN TEMAN LELAKI | Sedih saya rasa bila baca kisah ni di twitter pagi tadi. Macam tak percaya sampai macam ni sekali lelaki tu buat pada gadis yang dia pernah cintai. Kucing pun kita tak sanggup nak perlakukan sebegini rupa, apa lagi kalau manusia. Sangat tak boleh diterima.

Walau apa pun alasan lelaki tu tak sepatutnya memperlakukan gadis ni dengan sebegini caranya. Kalau pun gadis ni ada buat salah dengan dia, bukan kekerasan dan keganasan yang boleh menghukum gadis ni. Itu kalau gadis ni ada buat salah la.Kalau tak de, memang jantan ni taraf apa pun tak tahu la. Haiwan pun ada yang jenis tak kan serang sesama mereka.

Kisah ni diceritakan oleh pengguna twitter Nurmayarusliza. 



 





Bahaya betul kalau dipertemukan dengan lelaki yang macam ni. Selalunya lelaki macam ni jenis susah nak lepaskan wanita yang dah jadi magsa dera dia. Sebab dia rasa wanita macam ni mampu bertahan  dengan dia . Dia rasa seronok bila ada tempat untuk lepas kan kemarahan dia.

Sebab itu sebagai wanita kena tahu bila masanya untuk angkat kaki. 

Saya percaya adik ni dah lama rasa nak lari tapi mungkin tak de peluang atau ada yang mengawasi gerak gerinya. Lagi pula dia mungkin tak de tempat nak pergi memandangkan dia sendiri yang ikut lelaki tu.

Rasa serba salah nak contact keluarga dan bila dah tak tahan sangat baru lah dia hubungi ahli keluarga nya.

Bagi sesiapa sahaja yang alami masalah macam ni, percaya lah, keluarga sentiasa ada untuk kita walau sebesar mana sekalipun kesalahan yang kita buat. Jangan takut untuk hubungi ahli keluarga, bila takut dan berdiam diri , benda ni akan berlarutan. 

Ni mujur la tak mati.Kalau mati lagi sedih ahli keluarga.

Semoga keluarga adik ni ambil tindakan untuk menghukum lelaki tak guna ni. Saya tahu gadis ni tak nak ambil tindakan sebab dia dah lama duduk dengan keluarga lelaki tu. Dia dah rasa macam keluarga dia. Tapi dia kena tahu yang keluarga dia yang sebenarnya ialah mereka yang tak pernah menyakiti dia dan selalu ada untuk dia.

Lagipun lelaki macam ni layak terima hukuman supaya tak ada lagi gadis yang menjadi punchbag dia.






Post a comment

8 Comments

  1. Allahu... Moga dijauhkanlah anak2 kita dari kejadian camni. Jemput join my GA :) http://www.aimisyahirah.com/2020/09/special-september-giveaway-by-misya.html

    ReplyDelete
  2. tak baik buat orang macam ni.. dan satu lagi, jangan tinggalkan famili untuk ikut boyfriend.

    ReplyDelete
  3. Semoga kita semua dijauhkan dari orang yang sebegini. Semoga adik ni dapat kehidupan dia balik. Allah sedihnya.

    ReplyDelete
  4. ya allah apa nak jadilah dengan anak-anak sekarang, minta jauhkanlah hendaknya dari perkara macam ni

    ReplyDelete
  5. Masalah begini selalu mudah terjadi kepada pelajar perempuan yang Gred bagus di IPTA bila dah cinta buta. Bila dah cinta buta habis pembelajaran terabai Gred makin turun. Biasa pelajar perempuan yang pendiam. Dah banyak kali nasihat tak serik-serik termakan pujukan teman lelaki semula.

    ReplyDelete
  6. adoiii pompuan mcm ni x tau laa sy nk ckp mcm mn... sm je mcm kes lari ikut lelaki lombok tu. dah tau hidup miskin masih nk bersama...

    btw adik dia ni x kawen ke?

    ReplyDelete
  7. Harapnya anak-anak gadis luar sana jadikan kisah ini sebagai pengajaran.
    Kalau famiy kata tak elok, tak baik janganlah degil.
    Semoga dijauhkan ahli keluarga yang jenis kaki pukul macam ni

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)