KEDAI VAPE DI SIMPANG AMPAT PULAU PINANG



KEDAI VAPE DI SIMPANG AMPAT PULAU PINANG | Malam tadi balik je beli barang-barang untuk buat popia cheese sempat la lalu depan kedai vape nih. Kedai vape ni letak di di Tasek Mutiara Simpang Ampat. Dekat je dengan rumah.. Tapi ni la pertama kali masuk kedai gini. Nama kedai ni ER - Ejan Rizqin .

Lalu je depan kedai ni gatal pula mulut ni tanya suami " abang tak nak Vape ke?" Sekali je tanya terus dia berhenti depan kedai ni. Nampak sangat memang dah lama teringin vape..kan?? 

Besa dia tu!!!



Alkisahnya balik kampung baru2 ni dia dihasut anak-anak saudara dan adik lelaki yang memang hisap vape. 

Suami saya ni beli dan jarang2 nak hisap katanya. Kalau kawan-kawan rider dia je ramai yang kaki vape. Tak hisap rokok. 

Agaknya bila ada vape tak la dia jadi tukang tengok je bila lepak sesama nanti... Hahahah..



Kedai Vape Di Utara

Ini lah kedai vape yang jadi pilihan suami. Ejan Rizqin ni ada banyak cawangan dia kat belah-belah utara ni. Kat Alor Setar ada, Sungai Petani dan banyak lagi la kot.

Masuk-masuk je dah bersusun macam-macam flavor kat belakang kaunter tu.

Tu belum lagi tengok kat belakang bersusun kotak-kotak penuh dengan flavour vape.Nampak sangat ramai yang dah jadi kaki vape ni.

Oleh sebab suami saya ni beginer je, jadi dia pilih la vape yang biasa-biasa je dulu. Flavour pun yang lembut-lembut je.katanya.. saya pun tak tau apa beza lembut ke keras.


Dari vape  yang murah sampai la vape yang terbaru. Vape yang peling kecil sampai yang besar  dan berat semua ada..Ada yang bentuk jam pun ada tau..

Saya pun tak tahu apa benda yang diaorang sembang kan ni..Saya sibuk belak diri sendiri je. Hahhaah..




Kedai Vape Simpang Ampat yang mesra pelanggan

Suami saya ni pulak banyak tanya. Rajin betul saudagar vape tu melayan. Bila di layan makin banyak pulak soalan nya.

Tu kalau tak beli jugak, memang kena baling kasut la dengan saudagar vape tu.Hahahah


Macam-macam jenis vape dan flavour ada dijual.Sebut je nak brand apa memang semua ada. Harga vape pulak yang paling murah saya tengok adalah rm60. bentuk jam tu.Paling mahal dalam 3-4 ratus kalau tak salah saya.




Yang ni vape jenis berat . Kalau masuk poket memang boleh terlondeh seluar . Nak gantung kat leher pun boleh patah leher. Hahah.. Jangan la serius sangat!!!

Suami saya pilih vape yang macam ni.Beginer,..kan?? Nak buat apa mahal2. Entah2 letak dalam poket je tak guna2 pun.Hahha..



Tenang je dalam kedai ni.Tak de la dia nak letak muzik ke, tv ke. Dah la jalan pun sunyi.Hahah.
Tapi yang bagus nye bila kita masuk je terus diaorang bangun dan layan kita.

Ada la satu kedai jual casing kat kawasan kedai ni jugak. Nama kedai Zalza apa ke nama entah. Dia punya pekerja perempuan. Bila kita masuk, diaorang tu buat tak tahu je. Tak de la nak tegur-tegur kita ke apa..

Sampai suami saya tegur diaorang "bangun la..semangat sikit." hahah.. Lepas tu kan, customer ada dalam kedai, diaorang boleh menyanyi-nyanyi pulak. Diaorang ingat diaorang kerja kedai makan siam ke apa entah la..

Pulak tu, bila tanya casing2 phone, asyik tak de. pernah sekali masuk tanya casing Phone Oppo Maisara punya. Katanya tak de. Bila kami tawaf satu kedai tu jumpa ke casing tu. Nampak sangat pekerja tak tau apa pun pasal casing.

Dah masuk review kedai casing phone pulak..hahaha.. Sebenarnya kedai gadget Zalza tu satu company la dengan kedai ER ni..hahah..Ok la. tu je la nak cerita pasal Kedai Vape di Simpang Ampat, Pulau Pinang. Semoga bermanfaat pada semua..

Post a comment

5 Comments

  1. peminat vape mesti suka masuk kedai ni. Banyak betul produk vape dia. Lama kena fikir tu nak beli yang mana satu

    ReplyDelete
  2. semoga tidak memudaratkan pengguna

    ReplyDelete
  3. jangan ketagih tau, sebab dia ada nicotin hehe

    ReplyDelete
  4. Wahh... Senyum sampai telinga incik suami ye.. Apa-apa pun semoga sihat-sihat belaka

    ReplyDelete
  5. saya memamg tak reti pasal vape..

    malah kehanyakan hobi lelaki tiada pada saya nie ..

    semoga suami Diana berpada-pada layan vape

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)