ZUL MUHAMMAD

INILAH HADIAH HARIJADI MIKHAIL YANG KE 8

INILAH HADIAH HARIJADI MIKHAIL YANG KE 8 | Harini genap lah 8 tahun umur anak teruna saya. Tak kuasa lah nak mengimbau kenangan dalam labour room. Hahaha.. 8 tahun membesar kan dia lebih mencabar dari kenangan dalam labour room tu. Dengan tantrum, kuat merajuk, picky eater , macam-macam lagi la..



Tapi banyak juga perangai sedap mata memandang dia tu..Rajin tolong ibu kat dapur, manja, berdisiplin, pembersih, tak suka gadjet, lasak,suka bola sepak dan aktiviti outdoor ,encem.. Banyak lagi ni kalau nak disenaraikan.

Sejak dari minggu lepas dah ingatkan dia tentang harijadi dia ni. Selalu cakap " 21 September ni hari jadi adik..tau.." 

Dia angguk je.. Dok tunggu jugak dia nak hadiah apa. Tapi tak juga bagitau. 

Semalam baru dia bagitau nak buku cerita seram. Kebetulan si kakak pun nak beli buku. Jadi bawak la 2 budak yang suka buku ni ke Kedai Buku Hasani kat Seberang jaya.

Lama juga tu  nak memilih buku sebab pilihan nya ialah buku paling seram. Mikhail ni paling takut kalau cerita ada Pocong. Sampaikan perkataan Pocong tu pun dia takut nak sebut.

Dia tetapkan semua orang dalam rumah tak boleh sebut pocong. Dulu dia suruh sebut POPO saja. Sekarang ni dia pesan popo dah tukar jadi Gula-Gula. Nama yang langsung tak menyeramkan.Hahahah


So ini lah buku-buku seram pilihan Mikhail untuk hadiah harijadinya. Puaka Lebuh Raya dan Puaka Pondok Bas. Buku ni ada banyak siri cerita hantu dan ada banyak lagi tajuk-tajuk lain yang menarik. Bukan penulis yang sama.Harga tak mahal pun. rm10 je untuk 1 buku. 

Harap-harapnya sikap suka buku ni berterusan lah. Tapi nampak gaya ibu kena tambah satu lagi rak buku nih. Ada beberapa buku dah tak muat nak masuk rak. 


Sempat juga malam tadi packing sikit jajan untuk makan dengan semua kawan kelas dia. Nak bawak kek , susah pulak nak makan lagi2 sekarang kena makan asing2 adalam kelas..kan? so bawak jajan je la.

Setiap tahun bila sambut harijadi Mikhail memang tak de kek. Dia nak makan kek dengan ramai-ramai orang. Tapi orang2 tu lepas makan kek tak boleh balik. Kalau balik dia akan sedih. 

So sambutan harijadi tu memang dia tak mau. Tapi baru2 ni masa maksu dia bertunang, sempat lah buat sambutan Harijadi Mikhail , Maksunya dan abang Farhan di kampung. 



Majlis ringkas saja. Kami buat sesi potong kek dan makan2 lepas majlis pertunangan maksu Ain. Dia nampak seronok la sebab semua ada hari tu. Siap nyanyi-nyanyi potong kek. 


Mikhail ni simple sangat orang nya. Dia tak de demand nak majlis harijadi, nak kek macam tu macam ni, nak hadiah yang mahal2. 

Dia ni jenis bila dia nak apa-apa dia akan fikir, benda ni dia dah ada ke belum? perlu ke buat majlis harijadi banyak kali, patut ke  beli benda2 yang dia dah ada.. Simple sangat orang nya. 

Dia tak macam si kakak yang kehendaknya macam-macam. Citarasa mengalahkan artis..hahah.. Agaknya sebab orang perempuan kan, suka macam-macam. Beza dengan lelaki yang jenis sederhana saja.

Selamat hari Jadi Mikhail. Hari ni ibu masak nasi lemak ye.. Hahaha.



Post a comment

6 Comments

  1. x suka gadget? ya Allah bagusnyaaaa mikhail niiiii.... happy belated birthday mikhail...semoga membesar menjadi anak soleh kebanggaan keluarga

    ReplyDelete
  2. Happy birthday Mikhail! Insya Allah jadi anak soleh kebanggaan keluarga.

    ReplyDelete
  3. Happy birthday Mikhail... moga jadi anak yang soleh dan berjaya
    bestnya dia dapat kek banyak... patutla suka layan filem hantu, novel pun novel seram...
    dana nk beli novel ada gambar cik poc tu pun takut kak oi... hahahha

    ReplyDelete
  4. Haha minta buku seram tapi tidak mahu perkataan/ sebutan pocong.
    Ok itu minta hadiah buku. Bermanfaat.

    ReplyDelete
  5. Happy birthday Mikhail!

    Banyak sungguh ciri2 bagus dia.
    Mintak hadiah pun yang mudah.

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah..Happy birthday Mikhail. Semoga dipanjangkan usia dengan segala kebaikan dan dimurahkan rezeki dengan segala keberkatan. Bagus Mikhail ni suka membaca. Tak meminta hadiah atau celebrate birthday. Menghiburkan betul dia ni. Nama popo tu memang tak seram lansung :)

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)