ZUL MUHAMMAD

INI YANG ANDA PERLU TAHU TENTANG JENIS-JENIS WAYAR PENYAMBUNG DAN KEGUNAAN NYA DI RUMAH

INI YANG ANDA PERLU TAHU TENTANG JENIS-JENIS WAYAR PENYAMBUNG DAN KEGUNAAN NYA DI RUMAH | Boleh dikatakan semua rumah ada menyimpan wayar penyambung atau extension wire. Sama ada penggunaan nya setiap hari atau pun untuk hal-hal tertentu sahaja , ada beberapa perkara yang kita wajib tahu tentang penggunaan wayar penyambung ini.




Jangan meremeh-remeh kan penggunaan barangan yang melibatkan penggunaan elektrik kerana sedikit sahaja masalah melibatkan lintar pintas dirumah kita boleh menyebabkan kemusnahan harta benda dan mungkin juga boleh melibatkan nyawa.
 

Gambar A ( extension wire) wire penyambung

Benda ni sangat practikal digunakan di rumah. Mudah senang dan murah, akan tetapi adakah anda tahu sama ada ianya sesuai atau tidak dengan alat elektrik yang anda pakai. Wire penyambung ini hanya boleh digunakan untuk kerja-kerja sementara atau kerja berpindah.

Gambar A



Extension wire jenis ini juga tidak sesuai untuk peti sejuk, alat penghawa dingin, oven , microwave , water heater dan semua barangan elektruk yang digunakan untuk masa yang lama dan berterusan.

Untuk menggunakan extension wire jenis ini, pastikan wayar ditarik semua daripada kotaknya. Ini adalah untuk mengelakkan rintangan( resister) aliran elektrik akan tersekat. Tanpa berbuat begitu bil elektrik akan melambung. Lebih parah lagi boleh mengakibatkan kebakaran disebabkan litar pintas ( shock circuit)


Gambar B


Gambar B : 3pin soket tambahan ( 3pin Adaptor)


Benda ni juga hanya boleh digunakan untuk kerja-kerja sementara..Tidak sesuai untuk Tv, radio, computer, peti sejuk  dan lebih-lebih lagi peralatan elektronik digital. Kalau boleh beli Adaport  (seperti gambar di bawah..




Ianya seakan akan sama cuma ia dikawal oleh fuse & cip elektronik didalamnya. Jika berlaku kilat atau  powersurge ( arus mengejut) fuse Adaport akan putus dan menyelamatkan peralatan elektrik..

Wire cord pada extension wire yang tidak kemas dan rosak.

Pastikan wire anda tidak seperti gambar dibawah.. Ini adalah kerana wire anda  tidak selamat dan tidak kukuh.  Jika ianya ditarik, pastikan anda hanya menarik bahagian salutan luar. Jangan tarik pada bahagian plug.




Anda juga dinasihatkan supaya  tidak sesekali membeli extension wire dan barangan elektik yang murah di kedai discount..Contohnya seperti kedai Rm2 atau pun di pasar lelong. Ini adalah kerana ianya tidak diuji, tidak diluluskan dan  tidak mengikut ISO .

Terima kasih membaca artikel Ini Yang Anda Perlu tahu Tentang Jenis-Jenis Wayar Penyambung Dan kegunaannya di Rumah. 
 

Post a comment

3 Comments

  1. WAYAR BERKAITAN LETRIK MESTI TELITI N HATI2 KALAU NK BELI

    ReplyDelete
  2. Ilmu baru ni. Thanks share kak

    ReplyDelete
  3. Dulu slalu terbakar sebab tak tahu jenis yg suai pakai barang elektrik di dapur. Mmg kna ada ilmu. Takdela asik beli je rosak. Haa skrang da ok sume tahan lama bila kedai elektrik ajar cara betol. Hehe entri bagus ni

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)