ZUL MUHAMMAD

INI SEBAB KENAPA MALAYSIA TAK PERLUKAN TABIKA ELITE

INI SEBAB KENAPA MALAYSIA TAK PERLUKAN TABIKA ELITE | Satu lagi kenyataan bodoh dan mengarut keluar dari mulut Menteri Malaysia, Kenyataan yang satu ni memang membuatkan ramai ibu bapa marah dan kecewa. Lepas satu, satu cadangan mengarut yang sengaja nak mencipta jurang sosial. 


Baru-baru ini Timbalan Menteri I Kementerian Pembangunan Luar Bandar , Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) akan mewujudkan taman bimbingan kanak-kanak (TABIKA) elit.Cadangan mengenainya sedang diperinci sebelum dibawa ke mesyuarat Kabinet untuk penilaian.

Katanya, jika dipersetujui Kabinet, rang undang-undang (RUU) TABIKA itu akan dibentangkan di Dewan Rakyat untuk kelulusan. 

Mengapa ramai yang membantah cadangan mewujudkan tabika Elite ini? Ini sebab mengapa Malaysia tidak perlukan tabika elite.

  • Mewujudkan jurang yang besar diantara golongan T20 dan B40. Manakala golongan M40 pulak adalah golongan yang akan tersepit di tengah-tengah sama ada keinginan untuk menghantar anak ke tabika elite sedangkan hidup mereka yang cukup-cukup makan saja.

  • Potensi anak-anak tidak berkembang kerana hanya golongan elite yang mendapat pendidikan yang lebih baik.

  • Lebih baik kerajaan perkemaskan tadika Kemas, Tadika Perpaduan dan Pra Sekolah contohnya perbaiki kurikulum dan tingkatkan kualiti pendidikan sedia ada daipada membeza bezakan taraf sosial.

  • lebih baik kerajaan sediakan lebih banyak kemudahan asas untuk sekolah-sekolah pendalaman. Ada banyak sekolah-sekolah dan tadika yang tidak mempunyai kemudahan yang baik.

  • Golongan T20 mempunyai kemampuan untuk menghantar anak-anak mereka ke tadika swasta. Mereka tidak memerlukan tabika Kemas elite.

  • Tabika elite hanya akan mewujudkan sekolah elite yang lain nya. Tak mungkin pelajar yang belajar di tabika elite akan memasuki darjah 1 di sekolah biasa kerana kurikulum yang berbeza.

  • Kerajaan tidak sepatutnya hanya memfokuskan kepada golongan elite tapi fokus lah pada keseluruhan nya. Bukan Golongan elite saja yang nak pandai.

  • Mindset ibu bapa akan tertumpu pada " Tabika elite lebih baik " dan yang menjadi mangsa ialah anak-anak yang  kurang berkemampuan akan dianggap tidak menerima pendidian yang baik seperti anak-anak di tabika elite. Jadi tabika bukan elite akan kekal dipandang rendah.



Bayangkan lah disaat semua ibu bapa mengharapkan anak-anak menerima pendidikan terbaik, kerajaan pula menghadkan hanya anak-anak dari keluarga berkemampuan sahaja yang layak mendapat pendidkan terbaik. 

Bukan kah sepatutnya anak-anak mendapat peluang sama rata dalam pendidikan. 

Dengan cadangan mewujudkan tabika elite ni nampak sangat sebenarnya kerajaan boleh je tambah baik tabika sedia ada, dan mereka tahu apa yang kurang pada tabika kemas dan tabika sedia ada. Tapi mereka memilih untuk buat sesuatu yang menguntungkan pihak mereka. daripada mereka improve tabika kemas, prasekolah dan tabika perpaduan.

Terima kasih kerana membaca artikel Ini Sebab kenapa Malaysia Tak Perlukan Tabika Elite. Semoga bermanfaat untuk semua.

Post a comment

6 Comments

  1. cukuplah ada tadika swasta yang harga nya kadang macam yuran masuk unversiti, tak payahla tabika kemas pun nak tukar jadi tabika elit.... ngegada betul lah, menteri kerajaan baru ni memang ada beberapa yang kadang bagi kenyataan macam tak berpikir...

    ReplyDelete
  2. memang mengarut betul rancangan nak buat tadika elit tu

    ReplyDelete
  3. Elite kan yang sedia ada sebaik-baiknya itu lebih baik.

    ReplyDelete
  4. kadang2 susah betul nak faham mereka2 yang buat keputusan peringkat atas atas ni

    ReplyDelete
  5. tak perlu lagi nak buat jurang mcm ni .. elok teruskan mcm sekarang aje kan

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)