HARGAI ORANG TERSAYANG KERANA KITA TAK TAHU SIAPA YANG AKAN PERGI DULU.



dianarashid.com
Wajah- wajah kesayangan

HARGAI ORANG TERSAYANG KERANA KITA TAK TAHU SIAPA YANG AKAN PERGI DULU | Kembali semula menulis di blog selepas 3 hari bercuti. Sesekali balik kampung memang tak de la saya nak online. Laman sosial pun saya abaikan sebab nak duduk kampung puas-puas. Rasa rugi sangat bila jumpa adik beradik dan saudara mara tapi tak digunakan sepenuhnya masa tu. Apa-apa cerita terkini yang tersebar di sosial media pun saya tak tahu.

Semenjak PKP ni saya perasan tiap kali cuti hujung minggu atau cuti umum ramai yang ambil peluang untuk balik kampung. Banyak betul kereta di jalan. Masa kami balik ke kampung hari sabtu lepas pun banyak sangat kereta di highway yang nak keluar dari Pulau Pinang ni. Mungkin sebab PKP bulan 3 hari tu bagi kesan besar pada ramai orang.

Kita semua lebih menghargai ibu ayah dan saudara mara yang jauh di kampung. 3 bulan tak dapat menyentuh mak ayah, tak dapat bersua muka dengan adik beradik, tak dapat beramah mesra dengan saudara mara membuatkan kita berasa takut jika perkara itu terjadi lagi.

Bayangkan pula dalam masa 3 bulan kita terkurung dalam rumah tu, ada saudara mara atau adik beradik kita yang pergi meninggalkan kita tanpa sempat kita ucap selamat tinggal dan terima kasih pada mereka. Itu lah yang kebanyakan dari kita fikir selepas 3 bulan Perintah Kawalan Pergerakan di kua tkuasakan. Ianya sangat memberi kesan pada ramai orang termasuk lah saya.

Saya lebih menghargai adik beradik, dan saudara mara. Saya tak rasa kekok nak ucapkan sayang dan rindu pada semua. Kalau dulu tak de rasa nak cakap semua tu sebab saya rasa bila2 pun boleh jumpa. Tapi sekarang dah berbeza.

Saya percaya apa yang terjadi pada dunia sekarang memberi peringatan besar pada kita semua tentang hubungan sesama kita. Jadi hargailah orang tersayang kerana kita tak tahu siapa yang akan pergi dulu.



Post a comment

13 Comments

  1. Setuju 100% ..bila seseorg tu dh tiada baru nk mnnghargai..hargailah bila bersama.

    ReplyDelete
  2. takutnya merasa kehilangan.. cukuplah sekali dulu.. tapi hanya berserah kerana mati itu pasti, hidup.. insyaAllah

    ReplyDelete
  3. Betul walnya PKP angkara COVID ini satu yang sangat menyesakkan fikiran dan perasaan.Tapi semakin lama kita sudah boleh beradabtasi dan mengikut rentak seperti apa yang Allah mahu dan takdirkan.PC sendiri pun belajar banyak perkara sebenarnya.Banyak sangat.Betullah banyak cara Allah nak tegur kita,didik kita dan ubah kita.Cuma kita yang kena lebih cepat sedar dan berubah.

    ReplyDelete
  4. Rasanya itulah salah satu hikmah disebalik PKP ketika covid-19 melanda dunia kita lebih menghargai orang tersayang. Syukur masih belum terlambat.

    ReplyDelete
  5. Ya setuju sangat. Hargailah semua kerabat Dan sahabat. Kita takkan pernah tahu siapa yang akan pergi dulu.

    ReplyDelete
  6. Betul.. Makin meningkat usia ni lagilah terfikir bila kita kehilangan org tersayang, Allahu tak dapat dibayangkan. :( Belum lagi kalau kita yg pergi dulu, cukupkah bekalan..? Jemput join my GA :) http://www.aimisyahirah.com/2020/09/special-september-giveaway-by-misya.html

    ReplyDelete
  7. Betul... Sesungguhnya hikmah di sebalik pandemik dan pkp ni adalah mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan yang terjalin

    ReplyDelete
  8. betul tu! ini antara sisi baik wabak covid-19. kita lebih menghargai orang-orang di sekeliling kita :)

    ReplyDelete
  9. Betul tu Dee.. ada hikmah atas semua nie kan. Kita lebih menghargai antara kita. Kak Sue memang kalau balik Batu Kurau tak layan dah hp semua, kalau tengok pun kejap ja.. pastu memang luangkan masa betul-betul dengan keluarga kat sana..

    ReplyDelete
  10. betul .
    dalam seminggu ni penuh dengan berita kematian . sy sendiri takut nak tinggalkan anak anak kecik . harap semua lagi banyak habiskan mata utk keluarga dari buat benda tak faedah .

    btw
    hi jemput singgah ,
    moga ada rezki
    https://inlove-wanda.blogspot.com/2020/09/preloved-giveway-by-raydah.html
    https://inlove-wanda.blogspot.com/2020/09/special-september-giveaway-by-misya.html

    ReplyDelete
  11. Setiap kali jumaat mesti jalanraya jammed. Masing masing dah kerap balik kampung. Betul tu ada hikmahnya dengan apa yang berlaku sekarang.

    ReplyDelete
  12. betul tu, entah kita, entah kenalan kita, yang akan pergi dulu meninggalkan dunia ni..jadi hargai masa yang ada bersama..

    ReplyDelete
  13. Setuju sangat sis... Kita kenalah menghargai insan tersayang dan gunakan setiap saat yang dikurniakan sebaik-baiknya... Masa didiagnos sebagai direct contact to a positive COVID-19 patient masa bulan 3 haritu, ya Allah, saya tak tau macam mana nak gambarkan perasaan saya... Dah la kerja outstation, kena kuarantin, 2 bulan lebih tak jumpa anak-anak dan suami... Allah... Laaa ni memang dok cherish every moment... Alhamdulillah Allah bagi peluang untuk melayari lagi bahtera kehidupan...

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)