DISEBABKAN SEBIJI IRON BALL MEMBUNUH SEORANG BAYI, SELURUH PENGHUNI DI BANGUNAN INI TERPAKSA MEMBAYAR GANTIRUGI



DISEBABKAN SEBIJI IRON BALL MEMBUNUH SEORANG BAYI, SELURUH PENGHUNI DI BANGUNAN INI TERPAKSA MEMBAYAR GANTIRUGI | Oleh kerana sehingga sekarang pihak berkuasa masih belum menemui pemilik sebenar sebiji iron ball yang jatuh dan terkena seorang bayi hingga membawa kematianya , seluruh penghuni di sebuah kawasan perumahan terpaksa membayar wang ganti rugi kepada keluarga bayi tersebut.




4 tahun lalu isteri Zhou membawa bayi mereka berjalan-jalan disekitar Jalan Youfang, Suining, Sichuan, sebiji bola besi yang tidak tahu dari mana , jatuh dari ats dan terkena bayi malang tersebut.

Setelah siasatan polis dan pelbagai pihak gagal menemui pelakunya, Zhou mengambil keputusan untuk menyaman seluruh penduduk bangunan itu ke mahkamah. 

Pada 5 September,  Mahkamah Daerah Chuanshan  menyiarkan pengumuman di luar bangunan tempat kejadian itu berlaku. Dalam pengumuman keputusan kes tersebut mahkamah mengarahkan setiap penduduk di bangunan tersebut perlu membayar 3000 yuan setiap isi rumah.



Mengimbas kembali kejadian 4 tahun lepas , kira-kira jam 11 malam pada 11 November 2016, isteri Zhou menggunakan kereta sorong untuk  membawa anak perempuannya Yanyan (nama samaran), yang berusia kira-kira satu tahun, untuk pulang ke rumah. 

Ketika dia melintasi Youfang Street, tiba-tiba sesuatu jatuh dari langit dan jatuh ke atas bayinya yang berada di dalam kereta sorong.

Dia segera memeriksa keadaan anak kecilnya dan mendapati anaknya luka parah dengan darah yang memenuhi seluruh wajah. Isteri Zhou tidak mampu mengawal perasaan dan menangis sekuat hati hingga dia tidak sedarkan diri. 

Di sebelah bayinya bola besi berukuran sebesar genggaman tangan kanak-kanak masih berada di dalam kereta dorong. Kemudian, Yanyan dihantar ke Hospital Pusat  untuk mendapatkan rawatan. Namun, pada pukul 8 malam  keluarga mendapat berita buruk mengatakan Yanyan  dan tidak dapat diselamatkan.



Post a comment

16 Comments

  1. Allahu kesiannya baby dan ibunya...

    ReplyDelete
  2. nampak kecil jah bola tu tapi berbahaya tu

    ReplyDelete
  3. sedihnya bayi comeljadi mangsa pemain iron ball

    ReplyDelete
  4. mangsa kecil yg x berdosa menjadi mangsa org yg x bertanggungjawab. I pity her..

    ReplyDelete
  5. Allahu.. tragisnya kesian sgt baby comel

    ReplyDelete
  6. eeee serius membacanya...x dpt bayangkan mcm mn keadaan baby tu

    ReplyDelete
  7. Allahu kesiannya.
    Mesti ibu dia trauma sampai sekarang

    ReplyDelete
  8. Tragisnya. kesilapan orang lain, bayi tak bersalah jadi mangsa.

    ReplyDelete
  9. Allah.. sedihnya.. Baby comel lak tu.

    ReplyDelete
  10. Ngam ngam kena gerun rasa. Hairan juga kalau takde cap jari langsung dengan iron ball tu kan.

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)