ZUL MUHAMMAD

COLLEEN STAN - GADIS DIDALAM KOTAK DENGAN KISAH BENAR YANG MENGERIKAN


COLLEEN STAN - GADIS DIDALAM KOTAK DENGAN KISAH BENAR YANG MENGERIKAN|
Sesiapa sahaja yang melihat gambar ini pasti akan merasa ini adalah gambar sepasang kekasih yang sedang bahagia. Namun ada kisah mengerikan disebalik gambar ini.

Pada tahun 1977 Colleen Stan yang berusia 20 tahun berjalan kaki dari kampung halamannya Eugene, Oregon ke California utara. Sebagai seorang yang sudah biasa mengembara bersendirian, dia menolak untuk menumpang sesiapa sahaja yang dicurigai

Namun pada bulan Mei 1977, ketika sebuah van biru berhenti di Red Bluff, California, Stan melihat van tersebut dipandu oleh seorang lelaki yang mempunyai isteri di tempat duduk penumpang dan bayi di tempat duduk belakang. Dia menganggap pasangan muda dan anak mereka itu sebagai keluarga yang selamat untuk dia tumpangi dalam perjalanan nya.

Penculikan Colleen Stan

Lelaki yang memandu van tersebut ialah Cameron Hooker berusia 23 tahun dan isterinya Janice Hooker berusia 19 tahun. Ternyata, mereka secara aktif menculik pengembara yang berjalan kaki. Cameron, seorang pekerja kilang kayu, mempunyai minda khayalan kanak-kanak yang sangat kuat.

Pada hari kejadian,sebaik sahaja  Stan masuk ke dalam van, Cameron terus memandu van nya menuju ke kawasan terpencil. Ketika itulah dia mengacukan pisau di leher Stan dan memaksanya memakai 'head box' yang beratnya 20 paun. Kotak itu, yang hanya menutup kepalanya, menyekat suara dan cahaya di sekelilingnya dan menghalang aliran udara

Van itu akhirnya menuju ke sebuah rumah di mana Stan dibawa ke  ke bilik bawah tanah dan mengalami bentuk penyiksaan yang mengerikan. Pergelangan tangan nya di ikat ke siling dan kemudian dia dipukul, disebat, di renjat dengan arus elektrik dan dibakar.

Pada mulanya penderaan tersebut tidak melibatkan 3ek3ual , Itu ada lah perjanjian yang dibuat antara pasangan suami isteri tersebut. Namun perjanjian tiba-tiba berubah dan Cameron mula memperk03a Stan sebagai salah satu bentuk penyiksaan.

"Gadis Dalam Kotak"

Ketika pasangan itu berpindah Colleen Stan disimpan di dalam kotak kayu seperti keranda di bawah tempat tidur Hookers hingga 23 jam sehari (kerana itulah Stan dikenali sebagai "gadis di dalam kotak").

Pasangan itu mempunyai dua anak perempuan yang tidak menyedari gadis didalam rumah mereka itu di culik dan di dera . Selama satu atau dua jam sehari,Stan akan  membersihkan dan mengasuh anak-anak pasangan durjana itu.

"Bila-bila masa saya dibawa keluar dari kotak, saya tidak pernah tahu apa yang akan berlaku pada saya. Ketakutan akan perkara yang tidak diketahui selalu ada bersama saya kerana saya terus berada dalam kegelapan baik secara fizikal dan mental, "kata Stan,

Walaupun dia sering dipukul dan didera, Stan tidak menganggap penyeksaannya itu adalah perkara paling buruk yang dilalui sepanjang dia dikurung. Yang lebih menakutkannya adalah dakwaan Cameron bahawa dia adalah anggota organisasi syaitan yang disebut "The Company." Dia diberitahu bahawa The Company adalah organisasi yang kuat yang mengawasinya dan rumah keluarganya.

Oleh sebab itu Stan bimbang percubaan nya untuk  melarikan diri akan menyebabkan The Company akan mengganggu keluarganya. Jadi Stan tetap dalam tahanan, dan bahkan menandatangani kontrak yang menyatakan bahawa dia adalah hamba kepada mereka.

Bebas Tapi Terpenjara

Dengan mematuhi arahan Cameron dan kehendaknya, Stan terus memperoleh kebebasan yang semakin banyak. Dia dibenarkan bekerja di kebun dan pergi berjoging. Malah dia dibenarkan mengunjungi keluarganya. 

Cameron menemaninya dan dia mengatakan bahawa dia adalah teman lelaki Stan. Keluarganya mengambil gambar bersama pasangan itu , tetapi mereka tetap risau kerana Stan tidak banyak bercakap dan mereka percaya anak mereka seperti dipukau. Namun, mereka tidak mahu mempersoalkan nya pada Stan kerana mereka takut dia akan menghilang selamanya.

Ketakutan Stan terhadap The Company menghalangnya melarikan diri atau mendedahkan maklumat kepada keluarganya.

Colleen Stan ditawan selama tujuh tahun dari tahun 1977 hingga 1984. Menjelang akhir tempoh tujuh tahun itu, Cameron menyatakan bahawa dia mahukan Stan sebagai isteri kedua. Ini bukan pertanda baik bagi Janice Hooker.

Disebabkan itu Janice mendedahkan kepada Stan bahawa tindakan Cameron tiada kena kaitan dengan The Company.  Ketika Janice menyedari bahawa dia dalam keadaan tidak selamat, Janice melaporkan perbuatan suaminya kepada polis.

Cameron Hooker Ditahan Polis

Cameron Hooker didakwa melakukan serangan dan penculikan. Pada hari perbicaraan, Janice memberi keterangan menentangnya. Pengalaman yang dilalui Colleen Stan digambarkan sebagai "unparalleled"  dalam sejarah FBI 



Cameron Hooker didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman penjara 104 tahun. Pada tahun 2015, dia ditolak pembebasan bersyarat. Minimum 15 tahun lagi sebelum dia layak mendapat pembebasan bersyarat lagi.

Colleen Stan menderita sakit belakang dan bahu yang kronik akibat lama dikurung. Ketika pulang ke rumahnya, dia mendapat terapi lengkap untuk segera pulih dan akhirnya dia berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan. Dia bekerjasama dengan sebuah organisasi yang komited untuk membantu wanita yang dianiaya dan memperoleh ijazah dalam bidang perakaunan.

Colleen Stan dan Janice Hooker sama-sama menukar nama mereka dan terus menetap di California. Namun, mereka tidak berkomunikasi antara satu sama lain.

Berkenaan dengan ketahanannya selama bertahun-tahun yang luar biasa ketika ditawan, Stan mengatakan kepada wartawan, “I learned I could go anywhere in my mind.” In a similar vein to Janice’s compartmentalization, Stan said, “You just remove yourself from the real situation going on and you go somewhere else.”

Sebuah filem kisah Stan berjudul The Girl in the Box duterbitkan pada tahun 2016

Post a comment

12 Comments

  1. Bila baca ni rasa sedih dan geram bercampur.

    ReplyDelete
  2. dia takut sebab kena ugut je kan, kesian dia naif

    ReplyDelete
  3. Allahu... takutnya la hai dgn manusia sebegini. Moga kita semua dijauhkan. Binatang pun tak buat camni.

    ReplyDelete
  4. SEDIH KISAHNYA PENGALAMAN HIDUP YG PERIH

    ReplyDelete
  5. Kuatnya dia sbb mampu bertahan sampai bebas. Dan lepas bebas, berjaya jalani kehidupan spt. biasa.. Kagummm..

    ReplyDelete
  6. menarik ceritanya..kalau base on true story memang best

    ReplyDelete
  7. kat luar negara ni lagi banyak benda2 menakutkan berlaku..seramnya..
    Moga Allah memelihara kita semua daripada ancaman dan bencana

    ReplyDelete
  8. fuh! kejam gila. dan stan juga seorg yg sgt2 tabah dan berani..
    dia sggup menderita dr keluarganya di gnggu..kesian lama menderita.

    ReplyDelete
  9. sedih dan seram..masih ada kejahatan yang kita sendiri tak pernah gambarkan..

    ReplyDelete
  10. Kejamnya manusia. Syukur dia bebas dari hidup dalam kotak. Mahunya tak sakit tulang belakang dan bahu dah duduk lama dalam kotak. Pelaku pun dah dapat balasannya. 104 tahun lamanya tu. Balasan untuk dia.

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)