CIRI-CIRI AKAUN INSTAGRAM YANG BELI LIKE DAN BELI FOLLOWERS







CIRI-CIRI AKAUN INSTAGRAM YANG BELI LIKE DAN BELI FOLLOWERS | Bagi mereka yang menjalankan perniagaan sama ada sebagai peniaga atau influencre, Instagram adalah nadi utama mereka dalam memasarkan dan menghebahkan sesuatu produk dan perkhidmatan supaya lebih berkesan dan dikenali ramai.

Namun beberapa tahun ini muncul sesetengah pihak yang menawarkan perkhidmatan menjual like dan follower instagram dan merosak kan nilai etika blogger dan influencers. kerakusan influencers dan blogger menggunakan like dan follower yang dibeli bukan sahaja merugikan advertiser malah ianya seperti menipu orang ramai yang melihat iklan tersebut .

Sebagai contoh jika kita melihat satu iklan produk kecantikan di satu akaun seorang Influencers, kita pasti akan terkesan apabila melihat jumlah like yang sangat banyak. Kita merasakan produk yang diiklan kan benar-benar ramai penggunanya dan pasti ianya adalah produk yang di yakini.

Namun sebenarnya jumlah like tersebut adalah like yang dibeli oleh pemilik akaun tersebut dari satu pihak lain. Bukan kah ianya salah satu penipuan untuk mengaburi pengguna? Kita pasti tahu dalam islam menipu adalah satu dosa apatah lagi menipu dalam perniagaan.

Bayangkan juga kerugian yang ditanggung oleh peniaga yang memberi tanggungjawab pada influencers tersebut untuk mengiklankan produknya.

Jumlah mereka yang memberi like pada posting yang dibayar advertiser, tertera sangat ramai. Namun iklan tersebut tidak memberi sebarang impak pada produk nya kerana mereka yang like posting tersebut sebenarnya tidak melihat iklan produk nya. Bukan kah ianya satu penipuan?

Untuk memudahkan kita semua supaya tidak terpengaruh dengan iklan-iklan dari influencers yang tidak bertanggungjawb seperti ini, saya akan kongsikan ciri-ciri akaun Instagram yang beli like dan follower.

  • Jumlah like naik mendadak sejurus selepas foto baru di post

Mengikut pengalaman saya menggunakan instagram, sebaik sahaja kita mengupload gambar di instgram, akan mengambil sedikit masa untuk mendapatkan like dan komen yang banyak oleh pengikut-pengikut kita.

Begitu juga jika kita menggunakan hashtag tertentu, posting tersebut mengambil sedikit masa untuk mendapatkan jumlah like yang banyak

Tapi jika sebaik saja gambar di muat naik sudah ada banyak like pada  gambar tersebut, itu mungkin kerana akaun tersebut membeli like .


  • Tiada komen walaupun like dan follower terlalu banyak


Pernah tengok tak ada akaun Instagram yang like pada postingnya sangat banyak tapi tak de siapa pun yang tinggalkan komen pada posting dia.

Kalau ada pun setakat 2, 3 komen je. Itu pun dari kawan-kawan dia je la. Jumlah like pada setiap posting dia  melebihi jumlah komen yang sangat-sangat ketara.

Ini juga adalah tanda-tanda pemilik akaun tersebut membeli like.

Lihat juga pada jumlah follower nya  yang yang terlalu ramai. Biasanya kalau follower ramai, sudah tentu jumlah like dan komen juga banyak.Tapi bagi akaun yang beli like dan follower , perbezaan Like, follower dan komen sangat ketara berbeza.



  • Komen pada posting dipenuhi dengan komen yang tidak di yakini


Ada juga posting yang mengandungi like dan komen yang banyak, tapi kebanyakan komen-komen adalah tidak jelas dan tidak berkaitan dengan posting nya.

Contoh ayat komen yang sering digunakan pada akaun ini ialah

"bagus'
"look great"

Padahal posting nya menunjuk kan gambar kucing mati.
Komen spam ni korang boleh tengok kat mana-mana akaun Ig. Dan mereka menggunakan komen yang sama untuk mendapat perhatian dari pengguna instagram lain.

Bila terlalu banyak komen spam pada satu-satu posting , sedangkan pemilik akaun tersebut bukan lah artis atau selebriti, itu mungkin bermakna pemilik akaun telah membeli like dan follower.


  • Akaun yang like posting tidak mempunyai rutin posting dan bio yang tidak lengkap


Penyedia perkhidmatan membeli like dan follower ni biasanya mereka mencipta banyak akaun instagram palsu dalam masa singkat. Akaun yang di cipta buka satu atau 2 tapi beribu-ribua akaun.

Sebab tu pada bahagian Bio kebiasaan nya tidak lengkap dan tak jelas. Ada juga yang langsung tak de apa-apa posting pada akaun nya.

Ada juga yang ada posting tapi semuanya pada tarikh yang sama.


  • Jumlah like dan follower turun mendadak


 Seperti yang kita semua ketahui, Instagram terus membuat perubahan dalam algoritma untuk menjaga keselamatan platform dari akaun palsu. Oleh itu, jika korang  melihat ada penurunan jumlah  follower pada akaun seseorang secara tiba-tiba, mungkin selama ini dia mendapatkan follower yang dibeli.

Penurunan jumlah follower tersebut disebab kan Instagram telah menyekat dan memadam akaun-akaun palsu ini.


  • Follower bukan orang tempatan


Akaun yang mempunyai ramai pengikut dari berbagai negara dan bukan orang tempatan mungkin merupakan akaun palsu kerana tidak mungkin seseorang mempunyai peminat dan pengikut dari berbagai negara  melainkan jika dia adalah orang yang terkenal di seluruh dunia seperti artis antarabangsa, pemain bolasepak terkenal di dunia atau pun ikon dunia.



 Keburukan Beli like dan Beli Follower Instagram

Beli like dan Follower Ig mungkin akan nampak bagus pada awal-awalnya.Tapi kesudahan nya membeli like dan followers di Ig hanya akan membunuh imej dan kepercayaan orang pada kita. Benda memang boleh detect dengan sekali pandang je. Kau sangkal la macam mana pun orang tetap tahu yang kau beli like dan beli followers.

Membeli pengikut Instagram dan like  tidak akan menjadikan kita terus terkenal dan berjaya dengan satu klik. Nak berjaya dengan Instagram ni korang kena ada pengikut sebenar, Untuk mendapatkan nya korang kena lah  terus memuat naik gambar dan kandungan menarik, mengemas kini halaman Instagram dan tetap relevan.

Mungkin dengan membeli like dan follower korang akan rasa mudah dan berbaloi. Tapi kesudahaan nya korang akan hilang banyak perkara.

Korang akan hilang pengikut sedangkan korang ada content yang cukup menarik.Macam saya sendiri bila saya like dan komen gambar orang, saya akan baca juga komen orang lain. Kadang2 saya check juga siapa yang like.

Tapi bila saya check ada like dan komen yang spam, saya terus delete komen saya sebab takut kalau orang lain tengok saya ada diantara fake akaun ni, mesti diaorang pun akan fikir saya ni fake akaun je. Paham tak??

Semoga entry ni memberi manfaat pada korang dan terima kasih kerana membaca artikel Ciri-Ciri Akaun Instagram Yang Beli Like Dan Beli Follower .


Post a comment

19 Comments

  1. Jgn lupa folo dan like kat IG saya...ori tau..tak mainlah beli beli...

    ReplyDelete
  2. IG Mrs. A dah 2 hari tak boleh like dan komen huhuhuu... keluar message dari IG Try later we restrict certain xtvt to protect out community ntah! pape je choi!!! seingat Mrs. A takde pun posting mengarut cuma kat FB suka likes posting the patriot je.
    Dah uninstall ig sama jek... ada google baca blogger share kata depa biar aje tunggu sampai 24 jam jangan like jangan komen nanti okay sendiri.

    ReplyDelete
  3. ada jugak perati instagram rakan2 social media, perasan gak la ada satu dua yang like dia sangat banyak, komen pun sangat banyak tapi bukan orang Malaysia..huhu

    ReplyDelete
  4. Takut nak beli like n follower ini. Nanti ig kena block, jenuh pulak nak menjawab dengan abam mark hehehe

    ReplyDelete
  5. Menipu memang tidak akan tahan Lana.
    Saya selalu gelak dalam hati kalau dapati orang menipu ini.
    Apapun maklumat bagus untuk orang tidak tahu.

    ReplyDelete
  6. Kita tak pernah follow (dan mmg takmo la follow sesetengah acc ig tu), tapi tiba-tiba terjadi kita follow dia.

    Tu kira pihak ketiga (penjual followers) dah gunakan kita atau camne tu? Geram tau..selalu kena kat ig utk bisnes.

    ReplyDelete
  7. Semangat betul diorang main beli2 follower kan, sebab sumber pendapatan agaknya

    ReplyDelete
  8. Good sharing. Tapi ig ai orang rajin like tapi malas komen. Tapi takk beli pun like tu =(

    ReplyDelete
  9. Belum ada akaun Instagram lagi. Tapi betul lah logic nak detect yang beli like and follower tu.

    ReplyDelete
  10. ooo pernah nampak... terutama yang menjual kadang pelik tgk followers bukan main ramai tp yg komen ada lah seketul dua je

    ReplyDelete
  11. komen mana yang kenal je. tak pernah pulak check siapa like siapa kenal. Tak terfikir pulak orang akan fikir fake account kalau kita komen.

    ReplyDelete
  12. Kalau Kak Sue rasa lebih puashati kalau semua like dan komen atas usaha kita sendiri.. gigih la like gambar orang. Like for like kaedahnya.. hehehe..

    ReplyDelete
  13. Saya ada IG tapi macam tak guna pun, sekadar bukak orang punya IG dan like mana yang suka..

    ReplyDelete
  14. Nice sharing. Tak sangka ada perkhidmatan jual follower ni yer. Patut tengok ada ig belas-belas ribu follower tapi like post hanya 3 ke 4 je

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)