ZUL MUHAMMAD

BANTUAN TAMBAHAN BPN 2.0 DAN GERAN KHAS PRIHATIN BERMULA HUJUNG OKTOBER 2020

BANTUAN TAMBAHAN BPN 2.0 DAN GERAN KHAS PRIHATIN BERMULA HUJUNG OKTOBER 2020 | Sebagai tanda prihatin terhadap rakyat yang terjejas teruk akibat virus Covid19, YAB Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan Bantuan tambahan Prihatin Nasional BPN 2.0 yang berjumlah RM7 bilion meliputi Program Subsidi Upah 2.0 sebanyak RM2.4 bilion dan Geran Khas Tambahan bernilai RM600 juta.


Pakej itu juga menyasarkan empat golongan utama iaitu B40 yang berkeluarga dan bujang, golongan M40 yang berkeluarga dan bujang, pekerja negara dalam pelbagai bidang dan peniaga mikro dalam pelbagai bidang.

Inisiatif bantuan tambahan kerajaan 

- Program Subsidi Upah 2.0

- Geran Khas Prihatin (GKP)

- Bantuan Prihantin Nasional (BPN) 2.0

Bantuan Prihatin Nasional (BPN 2.0)

Isi rumah dan bujang bagi golongan B40 dan M40 akan menerima insentif Bantuan Prihatin Nasional 2.0 - BPN 2.0 antara RM300 hingga RM1,000.



Inisiatif di bawah pakej 'Kita Prihatin' itu dilihat mampu menyokong dan memacu proses pemulihan ekonomi negara.

Penerima BPN 2.0 adalah penerima yang telah menerima bayaran terakhir BPN 2020 sebelum ini. Anda tidak perlu memohon BPN 2.0 sekiranya telah menerima bayaran terakhir BPN 2020. Sekiranya tidak tersenarai sebagai penerima BPN sebelum ini anda boleh membuat permohonan baharu BPN 2.0 mulai 15 Oktober 2020 di portal rasmi LHDN.

Pembayaran BPN 2.0 akan dibuat seperti berikut

i. Fasa Pertama – penghujung Oktober 2020

ii. Fasa Kedua – Januari 2021

Geran Khas Prihatin  (GKP) 



GKP 2.0 adalah bantuan kewangan secara one-off berjumlah RM3,000 kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang berkelayakan bagi meringankan beban kewangan perniagaan disamping meningkatkan produktiviti pengeluaran dan perkhidmatan.

Permohonan Geran Khas Prihatin RM3,000 untuk peniaga mikro ini dibuka mulai 1 Oktober 2020. Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank persendirian pemohon yangdidaftarkan pada permohonan GKP 2.0. Akaun bank mestilah aktif.

Maklumat lengkap berkaitan BPN 2.0 boleh anda dapatkan di PortalMalaysia


Post a comment

3 Comments

sila tinggalkan komen anda...:)