ANAK MINAT BERNIAGA - POPIA CHEESE BUDAK SEKOLAH MAKIN DAPAT SAMBUTAN



POPIA CHEESE BUDAK SEKOLAH MAKIN DAPAT SAMBUTAN | Setiap pagi isnin biasanya saya sibuk siapkan tempahan Popia Cheese Budak Sekolah. Anak saya yang sorang ni sangat suka berniaga. Jadi dia ada dapat banyak tempahan dari kawan-kawan sekolah. Saya terpaksa hadkan tempahan 2 hari sekali dan tak boleh lebih 10 balang.. Tak boleh la ambik setiap hari. Sebab saya pun ada ada banyak kerja nak buat. Alhamdulillah memang dapat sambutan.


Popia Cheese Budak Sekolah

Setakat ni saya tak de promote di tempat lain sebab tujuan saya buat popia cheese ni pun semata2 sebab saja nak tunaikan permintaan anak-anak sekolah. Sebab tu Popia Cheese ni namanya Popia Cheese Budak Sekolah. Hahah

Popia cheese ni kalau korang tengok kat IG memang agak mahal sikit la. 1 balang kecil tu cecah harga rm 7-8  dengan berat tak sampai 200 g. Jadi budak2 sekolah ni mampu tengok je la..kan? Tapi diaorang nak makan sedap. Hahah..

Satu hari tu saya buat satu balang dan bagi kat Maisara untuk bawa ke sekolah makan dengan kawan-kawan. Disitu lah bermulanya permintaan kawan-kawan yang suruh Maisara jual Popia Cheese ni. Kata diaorang bila makan tak boleh stop.

So sebab tu saya menunaikan lah permintaan kawan-kawan anak saya yang suka sangat makan popia cheese.

Mula-mula memang saya menolak nak buat untuk jual sebab benda ni kena konsisten. Tapi kesian bila ada anak-anak tu yang kata. " Maisara , nanti ibu hang buat popia cheese , bawak kat aku sikit.,."


 Komisyen makin meningkat Punca Anak minat berniaga

Sebelum saya bagi Maisara jual ni ada banyak benda yang saya fikir kan dari segi harga dan kos  sebab Maisara ni dia memang minat berniaga. Dah tentu lah selain dari nak penuhi permintaan kawan-kawan sekolah dia juga nak penuhkan poket dia. Hahahha.

So saya bagi komisyen untuk 1 balang yang terjual ialah RM2. Masa awal-awal dulu saya bagi rm1.50 tapi sebab sambutan menggalak kan saya naik kan jadi RM2. Bila makin naik komisyen tu lagi la dia suka.


Mula Berniaga sejak Sekolah Rendah

Sejak dari sekolah rendah lagi anak saya ni suka berniaga. Dia pernah jual keychain, jual penanda buku, jual lukisan, jual doodle dan sebelum jual popia cheese dia jual button badge.

Duit yang dia dapat dia akan gunakan untuk beli benda2 yang dia suka tapi yang merapu-merapu je la. Hahha

Saya memang ajar anak saya untuk kumpul duit sendiri kalau nak beli benda mengarut. Tapi kalau nak beli benda yang penting-penting , InsyaAllah ibu dan ayah bebila masa boleh tunaikan.

Oleh sebab dia punya keinginan tu banyak sangat dia mula kumpul duit dengan berniaga.

Kumpul Duit Berniaga Untuk beli Barang yang disukai

Sejak akhir-akhir ni dia makin sayang nak gunakan duit dia untuk benda-benda mengarut. Tambah-tambah bila dia tahu kami ada plan nak pergi makan angin kat mana-mana. Lagi la dia simpan duit dia. Supaya dia dapat berbelanja sakan la masa bercuti nanti.Hahahah.



Lagipun dia sedar hobi dia perlukan gadjet yang mahal-mahal.. Dia suka melukis dan dia tahu ada banyak gadjet untuk painting dan drawing yang banyak kat pasaran sekarang ni. Tu juga buat dia suka kumpul duit dan semangat nak berniaga.

Walaupun dia suka berniaga saya dan suami tetap pantau pelajaran dia. Kami tak nak la bila dia berniaga pelajaran dia terabai. Dia berniaga sejak sekolah rendah lagi sampai sekarang dah sekolah menengah jadi dia agak bijak bahagikan antara berniaga dengan belajar.

Perlu Ada Perancangan Jangka Panjang

Saya juga pernah bagitau dia lepas PT3 nanti kalau result elok, saya daftarkan perniagaan untuk dia sendiri dan mula berniaga online macam kat Shopee atau Lazada.

Kita tengok la nanti cemana. Budak2 ni bila diaorang ada sesuatu  minat yang bagus, kita sebagai ibu bapa perlu juga pastikan mereka ada perancangan yang baik dengan minat diaorang tu. Kalau kita buat tak endah saja mungkin tu penyebab hangat-hangat taik ayam tu..

Apa pun, doakan lah semoga Maisara berjaya dalam perniagaan dan pelajaran.





Post a comment

10 Comments

  1. Syukur Alhamdulillah satu minat yang bagus berniaga ni. Semoga success sampai dewasa.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah..pndai maisara..mudah-mudahan besar kelak jd bussines woman berjaya dik..AMIN

    ReplyDelete
  3. Saya pun nak ajar anak saya berniaga la :)

    ReplyDelete
  4. Pandai Maisara buat biz. Bagus kak ada perancangan macam tu. Moga terus maju tanpa melupakan pelajaran.

    ReplyDelete
  5. Bagus ada minat berniaga bukan semua orang ada at least tahu susah payah ibu ayah cari duit. InShaAllah semoga Maisara berjaya dalam dua-dua bidang.

    ReplyDelete
  6. Dari sekolah dah nampak minat, boleh berjaya nanti. In syaa Allah.

    ReplyDelete
  7. Moga dipermudahkan urusan maisarah dan keluarga.
    Bagus kecik2 dah pandai niaga

    btw, jom join GA ni

    https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2020/08/520-giveaway-by-garaeki.html

    ReplyDelete
  8. teruskan galakan anak awak berniaga...

    mana tahu boleh jadi jutawan suatu hari nanti..

    boleh juga emaknya tumpang gembira..

    aamiin

    ReplyDelete
  9. Aamiiin....semoga Maisara berjaya dlm kedua2 bidang - pelajaran & perniagaan. :)

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)