ZUL MUHAMMAD

9 RESEPI MASAKAN MENGGUNAKAN PETAI YANG SEDAP DAN MUDAH


9 RESEPI MASAKAN MENGGUNAKAN PETAI YANG SEDAP DAN MUDAH | Petai menjadi salah satu makanan digemari ramai rakyat Malaysia tak kira bangsa. Walaupun bau petai tidak enak,tapi makanan ini tetap ada penggemarnya tak kira tua dan muda. Selain rasanya yang sedap petai juga mempunyai khasiat tertentu. 

Berbagai masakan boleh dimasak dengan menggunakan petai sebagai bahan sampingan. malah sekarang ini ada yang menjadikan petai sebagai produk dalam perniagaan makanan sebeti sambal ikan bilis petai, sambal hijau petang dan sebagainya.


Memandangkan ramai penggemar petai yang sangat menyukai makanan ini, hari ini saya kongsikan 9 resepi masakan menggunakan petai yang sedap dan mudah.

Resepi Sambal petai Udang



Bahan :
500g udang besar
3 Papan Petai
2 batang serai
3 helai daun limau purut
Air asam jawa secukupnya
Garam, lada hitam, serbuk perasa dan gula
secukupnya
2 sudu besar sos ikan
.
Bahan kisar:
10 tangkai cili kering
3 biji cili besar merah
1 biji bawang besar
8 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 cm belacan
.
Cara :
1. Bersihkan udang dan toskan
2. Panaskan minyak tumis bahan kisar, serai dan daun limau purut sampai pecah minyak.
3. Masukkan udang, garam, lada hitam, serbuk perasa dan gula secukupnya.
4. Tambahkan air asam jawa dan kacau rata
5. Akhir sekali masukkan petai. dan sos ikan... 
sedia untuk dihidangkan.

Resepi Mee Goreng Tomato dan Petai


Photo: yulichia88
Bahan- bahan:
1 bungkus mee kuning
Semangkuk isi ayam dipotong kecil
2 papan petai
1 biji tomato di potong 4
2 biji telur ayam

Sedikit lobak, kubis dan sawi.
1 keping Fish cake dihiris nipis
10 biji fishball di belah dua 
Cili hijau
Kicap manis, kicap masin, sos tiram
Minyak untuk menumis
air stok ayam( boleh gantikan dengan serbuk perasa ayam)
garam, gula dan sedikit serbuk lada sulah
4 biji bawang putih dicincang halus
bawang goreng

Cara penyediaan:
Basuh mee dan toskan.

Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga perang dan masuk kan hirisan ayam .

Masuk kan fishcake, fishball dan sayuran. tumis dan kemudian tolak ke tepi kuali.

Pecahkan telur di tengah2 kuali dan kacau hingga telur hancur. kemudian kacau semuanya sebati.

Masuk kan tomato, petai dan cabai. Perasakan dengan gula ,garam,serbuk perasa, lada sulah, kicap manis, kicap masin dan sos tiram.

Masuk kan air stok ayam. Jika gunakan serbuk perasa ayam, masuk kan serbuk perasa ayam bersama 1 cawan air.

Masuk kan mee. kacau dan masak hingga kering air nya.Siap dan boleh dihidangkan bersama taburan bawang goreng.


Resepi Sambal Hijau Petai dan Ikan Masin



Bahan :
100g ikan masin
2 papan petai
1 inci lengkuas
4 biji tomato
2 sudu besar sos tiram
serbuk perasa
Gula
Garam

Bahan kisar
100g cili besar hijau
50g cili hijau kecil
Cabai burung atau cabai melaka (jika suka extra pedas)
100g bawang merah
5 ulas bawang putih

Cara penyediaan:
Semua bahan kisar dipotong menjadi dua kemudian di goreng sekejap selama 1 minit dengan api besar. 
Angkat dan  masuk kan garam dan serbuk perasa  kemudian nya dikisar kasar.

Panaskan minyak  bekas menggoreng ikan masin
Masukkan tomato dan lengkuas dan tumis samplai layu

Masuk kan bahan kisar ,masuk kan1 cawan air. 
Besarkan api dan masukkan sos tiram.

Selepas sambal mendidih dan sedikit kering masuk kan ikan goreng dan petai. kacau sebati dan angkat untuk dihidangkan.

Resepi Sambal Hijau Ikan Bilis Petai


Photo: Meily _chin


Bahan-Bahan:
150g ikan bilis halus (digoreng sehingga garing dan ketepikan)
4-5 papan petai dikupas dan dibelah dua.

Bahan A 
200g Cabai besar hijau di potong-potong
100g Cabai hijau kecil 
200g Tomato hijau dipotong dadu
15 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
1 sudu teh garam

(Limau nipis ambil air nya)

Rebus semua Bahan A kecuali limau nipis, rebus hingga layu lalu kemudian toskan.
Lepas tu perahkan air limau nipis dan kacau sebati. Sejuk kan sekejap.
Kemudian  cincang2 semua bahan hingga jadi sedikit kasar.. Lebih sesuai kalau guna Chopper.
.
Bahan B
5 helai daun limau purut
Minyak untuk  menumis
.
Bahan C:
Setengah sudu serbuk perasa ayam
1 sudu kecil garam
2 sudu kecil gula
boleh kurang dan tambah ikut selera masing-masing
.
Cara Memasak :
Panaskan minyak dalam kuali.
Masuk kan bahan-bahan yang sudah di cincang kasar tadi. kacau sebati dengan api kecil sahaja.
masuk kan daun limau purut;
Lepas tu masuk kan bahan C.
Masak hingga mengeluarkan minyak dan warna yang berkilat.masuk kan petai dan kacau sebati kemudian tutup api.
bila sambal dah sejuk baru masuk kan ikan bilis halus yang dah digoreng.
Siap untuk dihidangkan.

Resepi Kacang panjang Tumis dengan Petai


Photo: dapur_nn


Bahan-Bahan:
A
2 ulas bawang putih
2 biji bawang merah
1 biji cili merah
1/2 biji tomato

B
5 batang jagung muda di hiris
10 batang kacang panjang di potong-potong
2 papan petai. Diambil isinya sahaja.
10g Soun (direndam dengan air sehingga lembut)

2 sudu besar minyak masak.
Garam dan gula

Cara penyediaan:

Panas kan 2 sudu besar minyak. Tumis semua bahan A.
kemudian masuk kan bahan B. Kacau sebati dan masuk kan sedikit air garam dan gula. Bila dah mendidih angkat dan hidang kan.

Resepi Nasi Goreng Pedas bersama Petai


Photo:lina.tjoandra

Bahan:
4 cawan nasi putih
5 biji bebola daging di hiris
2 btg sosej dihiris
50 gm ikan bilis halus
2 papan petai dibuang kulit
3 biji telur
2 sudu besar sos ikan
1 sudu besar sos tiram
Gula, garam dan serbuk perasa
minyak untuk menumis
.
Bahan Kisar
10 tangkai cili hijau
Cabai burung (kalau suka pedas- tak suka abaikan je)
5 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
.
Cara memasak:
Tumis bahan kisar sampai wangi. Masuk kan bebola daging dan sosej.masak hingga bebola daging dan sosej cukup masak.

masuk kan ikan bilis halus, petai dan kacau sebati. 
pecahkan telur dan kacau sampai telur hancur . kemudian masuk kan nasi putih, sos ikan, sos tiram, gula garam dan serbuk perasa.

kacau sehingga semua bahan sebati dengan nasi.
Hidangkan di dalam pinggan bersama taburan bawang goreng.


Resepi Mee Goreng Petai


Photo: lusiaa_vv

Bahan-bahan :
4 keping me Sanggul 
2 papan Petai
10-15 biji bebola daging saiz kecil
3 biji telur
100gram kubis bulat di hiris
2 batang daun bawang
3 sudu besar jagung manis 
Sos tiram,
1 sudu kicap manis,
1 sudu kicap masin,
gula,
garam dan lada sulah secukupnya
Minyak untuk goreng

Bahan Kisar :
5 ulas bawang putih
6 biji bawang merah
2 biji buah keras 
5 tangkai Cabai hijau atau merah 

Cara memasak:

Rendam Mee dengan air panas sampai kembang dan lembut. kemudian toskan.
Kemudian masuk kan 2 sudu minyak kedalam mee bersama kicap manis dan kicap masin 
Gaul sebati dan ketepikan.

Panaskan minyak dalam kuali dan tumis Bahan kisar sampai naik baunya . Masuk kan telur dan kacau kemudian masuk kan bebola daging, kubis, petai dan jagung manis.
Masuk kan mee dan daun bawang.

Masuk kan sos tiram, garam dan gula. Jika terlalu kering masuk kan 1/2 cawan air dan kacau sekejap kemudian angkat dan hidangkan.


Resepi Ikan Bilis Pedas dengan Petai


Photo: dhiny_gallery

Bahan:
1 mangkuk kecil ikan bilis atau ikan tamban basuh dan tos kan
1 papan petai ambil isinya sahaja
1 biji bawang  bombay dihiris halus
1 biji tomato dipotong dadu kecil-kecil
2 biji bawang merah dihiris

Bahan kisar
1 biji Cabai merah
5 tangkai cabai kering
1 biji bawang merah

Minyak untuk menumis

Cara memasak:

Panaskan 1 senduk minyak dan goreng ikan bilis/ ikan tamban hingga garing. Angkat dan sejuk kan.

Tinggaklan dalam 1 senduk kecil minyak dalam kuali dan   tumis bawang merah dan bawang putih yang sudah dihiris.

Masuk kan bawang bombay bersama petai.
Kemudian masuk kan tomato.. 
Masak hingga tomato layu .
Masuk kan bahan kisar. Masak dengan api perlahan hingga cili garing.

kemudian tutup api.

Bila sambal sudah sedikit sejuk masuk kan ikan bilis/ikan tamban yang sudah digoreng tadi. Gaul sebati dan boleh la dihidangkan.


Resepi Sambal Telur Petai


Photo: Herlina.1975

 Bahan-bahan:
5 Biji Telur ayam di rebus
2 Ulas bawang putih di hiris
3 biji bawang merah dihiris
3 papan petai dibaung kulit dan ambil isinya saja


Bahan Kisar: 
10 tangkai  cili kering
5 tangkai cabai merah
2 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
150ml air

garam .
gula  
Serbuk Secukup Rasa (tak de pun tak pe)

Minyak untik menumis

Cara-caranya ; 
Panaskan 2 senduk minyak masak dalam kuali

kemudian buang kulit telur dan goreng dalam minyak yang sudah dipanaskan.
Goreng sampai sedikit garing disekeliling telur.

Lepas dah alih kan telur ke dalam mangkuk, tumis bawang putih .bawang merah dalam minyak yang masih panas tadi.

Boleh kurangkan sikit minyak kalau tak suka minyak banyak.

Tumis sampai harum dan garing bawang nya.

 Masukkan bahan yang sudah dikisar . kacau sebati dan masuk kan  Petai, garam dan gula. masak hingga cili garing. tambah sedikit sahaja air kalau suka berkuah.Kalau suka kering biarkan masakdengan api perlahan.

Bila cili sudah masak masuk kan telur tadi. kacau sebati dan kemudian boleh la dihidangkan dengan nasi panas.

Semoga artikel 9 Resepi masakan Menggunakan petai yang Sedap dan Mudah ini bermanfaat untuk semua.Terima kasih dan selamat mencuba.

Post a comment

8 Comments

  1. Waaa kesemua yang di atas semua Sis dah pernah cuba buat laaa....tengokkk betapa petai ini mengusai menu Sis hahahaha

    ReplyDelete
  2. nmpk sedap tp sy x mkn petai ;-)

    ReplyDelete
  3. waaaaa banyak resepi petai.. ros suka sambal petai udang atau petai ikan bilis. memang berseleralah makan nasi.

    ReplyDelete
  4. perghhh semua sedap! sambal hijau tu..

    ReplyDelete
  5. Alahai ni buat mengidam nak makan petai. Bila la pokok petai nak berbuah ni.

    ReplyDelete
  6. Paling biasa buat sambal udang petai dengan sambal ikan bilis petai. Yang lain belum pernah cuba lagi.

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)