RESEPI MEE KARI PALING SEDAP GUNA REMPAH ADABI

RESEPI MEE KARI PALING SEDAP GUNA REMPAH ADABI | Nampaknya ramai yang dah kembali semula ke rumah selepas bercuti raya Aidiladha. mesti terubat rasa rindu nak berhari raya dengan keluarga tahun ni.kan? Saya pun ambil kesempatan untuk pulang ke kampung. Raya ketiga sempat lagi masak Mee Kari paling sedap sebelum pulang ke Pulau Pinang pada malam nya.

Mee kari ni menu yang tak dirancang pun sebenarnya. Masa raya pertama saya buat bihun sup, rasa macam nak buat mee sup sekali. Tapi sebab rasa macam takut terlebih makanan , so tak jadi lah nak buat mee sup. Simpa je la mee tu dalam peti sejuk

Mee kari paling sedap

Masak Mee Kari paling mudah

Kakngah kata buat mee kari je la raya ke tiga nanti. Pagi ahad tu kami ke pasar dah beli barang-barang untuk buat mee kari. Beli taugeh dan Udang saja. Mahal pulak udang kat pasar ni. Sekilo udang rm26. Biasa la.. Pasar segar macam ni memang mahal la. Selalunya beli kat Econsave, jadi dah biasa la dengan harga udang yang murah. heheh

Resepi Mee Kari ni dari kakngah saya. Tapi yang memasaknya ialah saya sendiri. Masak mee Kari paling mudah bagi saya. Dah banyak kali masak mee Kari sebab tu rasa mudah je. Kalau saya balik kampung memang saya akan ambil giliran memasak. Dah kakngah setiap hari memasak kita kasi la dia kerja ringan2 sikit. Hahah..

Lagipun bila lagi diaorang nak rasa masakan saya ni..kan? dah la, balik kampung pun 2,3 bulan sekali. lepas gian la saya nak memasak. kalau dirumah sendiri saya masak pun sikit2 je. Sebab anak2 tak kuat makan. Suami pula makan sehari sekali je. Saya dan anak no 2 tak makan nasi pulak. Jadi nak masak pun selalunya yang ringkas-ringkas. Dah itu selera diaorang. Nak buat cemana..kan???

Pada yang nak resepi mee kari jom kita tengok resepinya. Resepi ni untuk 5 bungkus mee basah. Boleh kurangkan bahan mengikut banyak mana hidangan yang korang nak buat.

Bahan-Bahan buat mee kari :


5 bungkus mee kuning. Celur selam 10 minit dan tos kan.

Bahan untuk tabur atas mee

RM1 taugeh 
1 ikat daun bawang (hiris halus)
1 ikan daun sup (hiris halus)
limau kasturi (belah dua)
bawang goreng
telur rebus(Belah dua)
cili (dihiris halus)


 Bahan untuk buat kuah Mee Kari

2 cawan santan pekat
3 mangkuk besar air
1 ekor ayam (potong kecil)
1/2 kilo udang (gunting muncung dia dan hujuung ekor je)
10 keping fish cake (Hiris halus)
20 biji fish ball (belah 4)
 2biji bawang besar
1 labu bawang putih
2 inci halia
2 batang serai (diketuk)
10 tangkai cili kering 
2 genggam udang geragau
2 batang Kulit kayu manis
10 kuntum Bunga cengkih
5 kuntum bunga lawang
2 senduk kecil rempah kari ayam ADABI
1 senduk kecil rempah ikan ADABI
2 tangkai daun kari

Cara memasak mee kari :

 
Kisar udang geragau, cili kering, bawang besar , bawang putih dan halia.

Tumis daun kari. lepas tu masuk kan kulit kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih.

Masuk kan bahan-bahan yang dah dikisar tadi. Tumis sampai bau wangi dan naik minyak bersama dengan serai..

Masuk kan ayam yang dah dipotong kecil. Masuk kan fish ball dan fish cake.

Masak sampai ayam cukup masak.

Kemudian masuk kan santan dan air.

Masuk kan garam.

Bila dah mendidih masuk kan udang basah. Tunggu sekali lagi mendidih dan terus tutup api.

Hidang kan bahan mee bersama bahan-bahan kering yang lain..

Selamat mencuba..

Post a comment

5 Comments

  1. mee kari ni wajib ada aksesori macam limau, telur mata, tahu goreng, sawi dan tauge celur. hmm kalau makan ni mak mertua lalu belakang pun tak perasan

    ReplyDelete
  2. sedap nampak tu.. meriah dengan bahan2. tu best kalo masak sendiri.. letak banyak2 benda kita suka =D

    ReplyDelete
  3. sedapnya mikari angah tapi mamanya tukang masak ya

    ReplyDelete
  4. time2 mau kurangkan berat badan ni situ jugak asyik nampak makanan sedap2 lol

    ReplyDelete
  5. okay baik. nanti nak cuba masak mee kari guna perencah adabi pulak.

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)