RESEPI KUIH KOLE KACANG SUKATAN CAWAN YANG SEDAP DAN MUDAH DIMASAK

RESEPI KUIH KOLE KACANG SUKATAN CAWAN YANG SEDAP DAN MUDAH DIMASAK | Tiap kali balik kampung dapat la tengok proses memasak Kuih Kole Kacang dari mula sampai siap. Sampai saya hafal cara-cara memasak kuih ni. Tapi tak pernah pun buat sendiri sebab saya diet. Bila Kakngah saya siapkan tempahan kuih kole Kacang, saya dapat la rasa sikit.
Sepotong je dah cukup buat melepaskan rasa teringin  tu,.Tak boleh makan banyak-banyak sebab takut tak berhenti makan.


Proses memasak tahi Minyak untuk Kole Kacang

Kuih kole kacang ni memang sedap sebab dia dibuat guna tepung kacang hijau. Rasa kacang tu yang buat kita makan tak berhenti. Ditambah pulak dengan taburan tahi minyak pada Kole Kacang. Lagi sedap bila dapat gigit-gigit tahi minyak tu. Rasa berlemak je dalam mulut nih.

Untuk membuat kuih Kole kacang ni kita kena masak dulu tahi minyak. Nak buat tahi minyak pun mudah saja. Tak perlu bahan yang banyak dan tak perlu kacau saja. masuk kan santan dalam kuali dan buka api kecil. lepas tu biar je.. Kita boleh buat benda lain..

Proses memasak tahi minyak ni memang makan masa sikit. Lebih kurang dalam 2 jam lebih kalau santan banyak. Kalau santan sikit je 1 jam lebih dah siap tahi minyak tu.

Sempat saya ambil beberap gambar masa proses memasak tahi minyak. Boleh tengok tahi minyak tu yang asalnya dari santan dan akhirnya menjadi serbuk-serbuk halus yang berwarna perang. Itu lah tahi minyak..Selama ni tau makan je..kan??hahah

 Tak sempat nak snap masa santan baru masuk.


dalam 30 minit santan mula mengeluarkan minyak..





Minyak yang keluar dari santan tu kita boleh simpan tau. Boleh buat untuk memasak jugak. Jangan dibuang pulak. Kita cuma nak guna serbuk-serbuk garing tu saja untuk kuih kole kacang kita.

Resepi lengkap Kuih Kole Kacang Yang Paling Sedap

Pada yang nak kan resepi lengkap kuih koleh kacang yang sedap dan mudah di masak, boleh la mencuba resepi di bawah.

Bahan-Bahan membuat Kole Kacang


1 cawan Tepung kacang hijau
2 cawan santan
1/2 cawan air
1 cawan air
1 cawan gula merah
1 helai daun pandan

Bahan untuk membuat Tahi Minyak:

1 cawan pati santan
secubit Garam

Cara Memasak Tahi Minyak

1- masuk kan santan dan garam dalam kuali.
2- masak dengan api sederhana atau perlahan sampai tahi minyak garing. 
3- kemudian tapis tahi minyak untuk asingnya tahi minyak dan minyak.



Cara memasak Kuih Kole Kacang:


1-Satukan 1 cawan air, gula merah dan daun pandan. Masak sampai gula hancur dan sejuk kan..

2- Dalam kuali,  masuk kan tepung kacang hijau, santan, air 1/2 cawan  dan air gula merah yang dah sejuk tadi.

3- Kacau sebati sampai adunan tak berketul. Guna whisk lebih mudah

4- Lepas adunan dah tak berketul baru buka api perlahan dan masak sampai adunan tu meletup-letup kecil.

Tuang adunan dalam loyang yang sesuai . Untuk sukatan ni, saiz loyang paling sesuai 8x8 . Baru nampak kole kacang cantik dan tak nipis sangat.

Bila adunan dah sejuk tabur tahi minyak diatas kuih kole kacang..

Dah siap..

Pembekal Kuih Kole Kacang 

Kakak saya adalah pembekal Kuih Kole kacang di sekitar Beruas. kalau korang ada buat apa saja majlis dan nak hidangkan Kuih Kole Kacang ni boleh la dapatkan dari kakak saya. Boleh datang ambik sendiri kat rumah. Atau kalau yang dekat-dekat kakak saya sendiri akan hantar.

Tapi kena order awal terutamanya hujung minggu biasa tempahan memang banyak. Siapa cepat dia dapat dulu la..

ok..tu je..selamat mencuba.

Post a comment

7 Comments

  1. suke juga mkn kuih kole kcg nih..sedap..tp xsuka buat..suke mkn je hahaa :p

    ReplyDelete
  2. Sedapnya kole kacang. favourite kuih masa bulan puasa. kot rajin boleh lah cuba resepi ni.

    ReplyDelete
  3. all time pebret kuih ni tau.Kalau taik minyak dia lagi banyak, lagilah sedap

    ReplyDelete
  4. Ni kueh org tua dulu2, memang susah dah nak cari ni, nak buat nampak cam senang, tapi silap2 tak menjadi juga, hihi

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)