ZUL MUHAMMAD

PELBAGAI CARA MAKAN TAUFUFA YANG UNIK DI PELBAGAI NEGARA


PELBAGAI CARA MAKAN TAUFUFA YANG UNIK DI PELBAGAI NEGARA | Sekarang ni saya sedang craving makanan manis dan yang saya tengah bayangkan sekarang ialah Taufufa. Sedapnya bila dapat makan taufufa yang sejuk je. Lalu kat tekak ni rasa macam satu kepuasan la. Tapi sekarang susah dah nak jumpa Taufufa sebab dah tak de pasar Malam. 
Taufufa
Photo: Cookpad

Kalau ada Pasar Malam pun susah juga nak jumpa orang Melayu yang jual Taufufa ni. Disini perniagaan Taufufa di monopoli oleh orang Chinese. Kalau nak beli kat Chinese kena pastikan lah cara pembuatan mereka tu Halal. 
Orang Melayu sekarang tak kisah sangat benda-benda tu asalkan jangan ada babi. HaHahahha.. Padahal halal ni jugak berkaitan dengan peralatan yang mereka gunakan dan persekitaran tempat penyediaan Taufufa tu. Siapa tau, kat atas meja buat Taufufa, tapi bawah meja anjing tengah garu-garu telinga. Kan???
Maklum je la, kebanyakan pengusaha Taufufa ni biasanya dari rumah sahaja. Mereka tak de kilang besar dan SOP tertentu semasa penyediaan Taufufa. Tak rugi kalau kita lebih berhati-hati. Dalam islam pun di tuntut untuk menjaga apa yang masuk ke dalam mulut kita nih. Jangan pandang ringan benda ni tau.
Stop la cerita halal haram ni sebab ada orang tak suka sangat cerita halal haram.. Hahah.
Berbalik pada Taufufa, korang pernah tak jumpa Taufufa dijual dinegara lain? Mungkin korang ada jalan2 ke China, Filipine atau pun Indonesia. Mesti korang pernha jumpa snack jalanan yang serupa macam Taufufa.

Photo: Zhuanlan

Di China, Makanan ini dipanggil Doufuhua. Sama macam Taufufa : Puding yang dibuat daripada Soyabean, berwarna putih dan lembut. 
Di Malaysia kita makan taufufa dengan air gula merah. Sebab kita nak balance kan rasa gula merah dengan Soybean tu. Makan dengan air gula merah akan buat rasanya  lebih seimbang, tak macam makan dengan manis gula pasir.
Tapi Di sesetengah tempat di Utara China, mereka lebih menikmati Doufuhua yang diletak kan bawang goreng, kicap dan beberapa rempah tertentu. 
Kalau korang ke Philippines makanan ni di panggil Taho. Bunyinya nak hampir sama dengan tauhu. Di sana Taho disediakan dengan lebih rasa manis. Sampaikan korang sendiri tak mampu nak habiskan nya sendiri.

Jadi kalau ke Philippines tu, nampak orang jual Taho, jangan nak beli banyak-banyak pulak. Beli satu dan kongsi la ramai-ramai supaya tak membazir.
Berbeza pulak kalau korang ke Vietnam. Di Vietnam hidngan ni diberi nama Tau Hu Nuoc Duong. Ianya dimakan bersama dengan syrup halia Manis. Gula perang dimasak bersama air dan halia dengan api perlahan. 

Bila dah mendidih sejuk kan dan boleh dituang ke dalam soyabean yang dah dimasak dengan daun pandan dan Glucono Delta Lactone serta secubit garam.
Di Indonesia hidangan ni diberi nama Tauwa . Tauwa banyak dijual di Surabaya. Mereka meletak kan bubur yang dibuat dengan tepung kanji untuk memekatkan Tauwa. kemudian diletak kan syrup halia yang dimasak dengan serai untuk membuatkan Tauwa mempunyai rasa pedas. Akhir sekali dimasuk kan kacang dan bawang goreng
Photo: agusthaningrum

Lebih menarik lagi ada pelanggan yang suka makan Kuih Cakoi dengan mencelup kan nya ke dalam tauwa yang mempunyai rasa pedas halia.
Selera korang pulak macam mana? Suka Taufufa Malaysia atau yang dari luar negara?

Post a comment

2 Comments

  1. tgk sedap..tp xsure boleh telan ke x nih ^_^ sebab lembik2 kan hahaaa..nmpak sedap je semua..alahai

    ReplyDelete
  2. dah try taufufa dgn boba...sedapppp

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)