MORATORIUM KEPADA PEMINJAM PTPTN DILANJUTKAN SEHINGGA DISEMBER 2020





MORATORIUM KEPADA PEMINJAM PTPTN DILANJUTKAN SEHINGGA DISEMBER 2020 | Ramai yang menyambut baik keputusan kerajaan melanjutkan moratorium kepada peminjam PTPTN sehingga disember 2020. Bermakna pertambahan 3 bulan lagi untuk peminjam PTPTN supaya diberi ruang dan kemudahan dalam keadaan ekonomi yang terjejas teruk akibat covid 19.

Dalam pada tu saya terbaca ada jugak yang masih lagi mengharapkan hutang PTPTN dihapuskan. Eh!!tak adil la macam tu. Dah awak berhutang sila la bayar.  Berapa ramai yang dah selesaikan hutan PTPTN . Time awak boleh pulak suka-suka minta dihapuskan.

Tapi yang menjadi tanda tanya sekarang ialah bagaimana kalau selepas disember 2020 pun masalah covid 19 ni masih belum selesai? Sampai bila kerajaan  nak bagi penangguhan tu sedangkan sekarang ni dah banyak syarikat beroperasi.

Saya harap selepas disember 2020 kerajaan bagi  penangguhan tu hanya untuk mereka yang belum mempunyai pekerjaan. Bagi yang dah bekerja diwajibkan untuk bayar PTPTN bermula tahun depan. WHO pun dah pesan dulu , mereka sendiri tak boleh agak sampai bila virus ni akan ada. Jadi macam tak patut pulak nak bagi penangguhan sampai bila-bila. 

Bagi yang tertanya-tanya bagaimana nak memohon penangguhana PTPTN ni, apa yang saya tahu peminjam tak perlu buat apa-apa permohonan cuma jika peminjam nak membayar seperti biasa boleh maklumkan terus kepada pihak PTPTN.

MORATORIUM KEPADA PEMINJAM PTPTN DILANJUTKAN SEHINGGA DISEMBER 2020


PUTRAJAYA: Kerajaan bersetuju untuk melanjutkan tempoh penangguhan bayaran balik pinjaman (moratorium) Perbadanan Tabungan Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada semua peminjam untuk tempoh tiga bulan lagi mulai 1 Oktober sehingga 31 Disember 2020.

Menurut Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Noraini Ahmad, ia melibatkan penangguhan bayaran balik sebanyak RM375 juta.

"Ini bermakna jumlah keseluruhan anggaran penangguhan bayaran balik adalah sebanyak RM1.13 bilion. Semua peminjam PTPTN akan diberikan pelanjutan penangguhan bayaran balik pinjaman secara automatik tanpa perlu membuat sebarang permohonan sebagaimana pelaksanaan penangguhan sebelum ini.

"Sekiranya, terdapat peminjam yang ingin meneruskan bayaran balik pinjaman, mereka boleh berbuat demikian melalui saluran bayaran balik secara dalam talian yang telah disediakan," jelasnya dalam satu kenyataan media pada Selasa.
Jelasnya, Kerajaan amat prihatin dan peka terhadap kekangan kewangan yang dihadapi oleh sebilangan peminjam PTPTN yang menghadapi kesukaran hidup disebabkan kehilangan pekerjaan dan punca pendapatan akibat pandemik COVID-19.

Justeru pengumuman penangguhan bayaran balik pinjaman itu diharapkan dapat membantu meringankan beban peminjam PTPTN.

Untuk maklumat lanjut, peminjam boleh menghubungi Careline PTPTN melalui talian di 03 -2193 3000 atau melayari portal rasmi www.ptptn.gov.my..

Walaupun diberi penangguhan tapi peminjam kena tahu bahawa ujrah tetap dikenakan. Sebab tu saya galak kan peminjam tetap bayar walaupun sikit. 





Post a comment

3 Comments

  1. semoga ni adalah berita gembira kepada peminjam ptptn.. kurang sikit kan beban sepanjang musim pandemic ni..

    ReplyDelete
  2. dah pinjam sila bayar ek byk kecadak ko nak hapuskan hutang ptptn...

    ReplyDelete
  3. Pandai pinjam pandailah bayar, bengang je bila ada yng nk hapuskan terus ptptn. Nnti bila anak anak dia nk belajar, ha pulunlah byr duit kolej berpuluh ribu tu dengan duit sendiri..

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)