KEJUTAN MAJLIS HARIJADI UNTUK MAK


Selamat hari Raya Aidiladha. Hari ni baru sempat update blog. Beberapa hari duduk di kampung langsung tak jengah-jengah sosial media. Phone pun tak nampak duduk kat mana. Macam tu la bila jarang-jarang balik kampung. Setiap detik dan saat tu tak mau terlepas sekejap pun.

Kami sekeluarga balik kampung jam 1 pagi. Esok nak raya punya pasal , nak tak nak kena jugak balik raya. Suami pulak kena kerja dan balik jam 12 malam. Jadi saya dan anak-anak bersiap packing barang dan masuk kan dalam kereta siap2. 

Nanti ayahnya balik kerja rejat2 kejap terus boleh bertolak balik ke kampung.

Gini lah kalau tempat kerja suami dekat dengan rumah. 2,3 minit dah sampai rumah.. Sampai rumah jam 12.05. lepas tu mandi2, makan kejap minum kejap. sembang2 sikit, jam 1 pagi dah boleh bertolak balik ke kampung.

Raya pertama hidang utama kami ialah bihun sup, selain kuih raya dan lemang. Bihun sup ni masak jam 9 pagi. Masak lewat sikit sebab raya kali ni tak ke masjid untuk solat sunat aidiladha. jadi masak lewat pun tak pe.

Raya kedua tak masak apa sebab kami pulak keluar beraya ke Ayer Tawar, perak

.

Sebelum tu dah plan dengan kakak2 nak beli kek harijadi Mak. Balik je dari Ayer Tawar, Kakngah kata nak beli ayam sebab nak bakar ayam. Dah sampai rumah saya cakap dengan diaorang, "Ala..lupa la beli kek harijadi mak.."

Mak kata.." Tak pe la..tak payah kek.. Makan ayam bakar je la.."

Tengah2 tunggu adik bakar ayam, mak kata "mengantuk la..nak tidur sat.."

Kami tengok dia masuk dalam bilik nak tidur, cepat2 kami pi kat kereta dan nyalakan lilin atas kek.. Keluar dari kereta bawak kek, kakak2 panggil mak suruh keluar. Jangan tidur kata diaorang. "ayam dah masak ni..cepat mak keluar."

Bila mak keluar je terus anak cucu nyanyi lagu "Selamat Hari jadi"  .

Mak macam terkejut siap cakap sambil senyum." ampa kata tak beli kek.."

Menjadi suprise untuk mak...


Kek Oreo Cheese tu sedap sangat. Macam makan aiskrim tau..


Tahun depan tak boleh dah guna alasan lupa beli kek tu.Nanti dia ingat. tak menjadi suprisenya.. nak guna kejutan yang lain pulak la.Hahahah..

Hari jadi mak pada 3/8.. tapi sambut awal sebab kebetulan dah ramai2 balik kampung tu. Walaupun majlis ringkas dan singkat je tapi masing-masing seronok sebab suprise menjadi , kek sedap dan puas makan. Hahah.

Kek ditaja oleh kakyung dan saya sendiri. Ayam bakar tajaan kakngah... Saya lupa la terus pasal diet ke apa. Makan puas2. Bukan senang nak dapat makan sama-sama dengan keluarga ..

Sorry le..tak de letak gambar masa birthday tu. Sebab suprise kan..jadi mak tak sempat nak capai tudung.Hahah..Untuk kenangan dan tatapan anak cucu je gambar mak..

Selamat hari Jadi Mak.. Semoga panjang umur, diberikan kesihatan yang baik, hati yang tenang, hidup bahagia dengan anak cucu.. Walaupun keluarga kita tak kaya raya, suka bercekau (hahaha) tapi demi mak kami memilih untuk sepakat dan saling sayang menyayangi.. 

Terima Kasih Mak untuk jasa membesar kan kami semua..

WE LOVE YOU...OPAH!!!!

Post a comment

8 Comments

  1. Okaylah menjadi suprise tu mesti thrilled sangat time tu hahhaa...
    Selamat ulang tahun kelahiran buat emak DR semoga sihat selalu.

    ReplyDelete
  2. SANAH HELWAH OPAH MOGA SHT SJHTERA SELALU

    ReplyDelete
  3. allhamdulillah seronok tengok , kami hari jadi mak tahun ni tak sambut sebab pkp , sian mak ..

    ReplyDelete
  4. Mesti emak gembira terima kejutan kek.

    ReplyDelete
  5. Swronoknya dapat raikan harilahir mak, bestnya masih ada mak...terharu dan rasa sayu pun ada. Semoga mak diana terus sihat dlm menjalani kehidupan mendatang.
    Akk follow sini ye.

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)