KDRAMA WAS IT LOVE : SINOPSIS DAN REVIEW




KDRAMA WAS IT LOVE : SINOPSIS DAN REVIEW | Minggu ni ada beberapa Kdrama yang saya tengok. Ada Kdrama baru dan ada juga yang tahun 2019. Salah satu Kdrama baru yang saya tengok ni tajuknya Was It love lakonan Song Ji Hyo dan Son Ho Jun.
Setiap Kdrama yang saya tonton, tak pernah saya mula dengan membaca review dan sinopsis nya. Saya akan terus tonton. Cara tu lebih membuat saya jelas dengan jalan cerita dan lebih mengenali setiap watak nya.

Review Kdrama Was It Love

4 tahun selepas putus cinta, kau baru sedar rupanya bekas kekasih tulis buku  pasal kisah cinta kau. Dan dalam buku tu kau digambarkan sebagai wanita kejam dan jahat.
Apa perasaan kau sedangkan kau lah orang paling terluka dan hilang segalanya...
Susah nak dapat kerja, belajar pun sekerat jalan, harta tak ada,
Ada dua je drama lakonan Song Ji Hyo yang saya layan giler2 sampai ulang2 episod yang saya suka.
1. My wife having an affair this week
2. Was it love.
Drama lain memang tak boleh masuk. Tengok sekejap lepas tu stop.  Saya  lebih suka tengok dia dalam runningman je.


Ini lah watak paling saya suka dan tak nampak cacat cela untuk Ji Hyo. Wanita umur pertengahan 30an , ada anak umur 14 dan dia punya karekter sama macam Ji Hyo yang kita kenal.
Senang tido, kuat berusaha,  cepat naik angin dan cepat cool.
Sebenarnya saya tengok kdrama ni bukan sebab Song Ji Hyo.. Tapi sebab Son Ho Jun. Apa je drama yang dia belakon tak best ye? Semua best2 la.
Ni drama comedy . Bagi yang tau karekter Song Ji Hyo cemana mesti akan ketawa berdekah tengok dia dalam drama ni. Tambah pulak dengan Son Ho Jun yang memang selamba tapi kelakar.
Kiranya kalau korang peminat Song Ji Hyo dalam running man ,korang akan suka dia dalam drama ni.
Babak yang paling saya suka ialah masa acara temuramah penulis Cheon Eok Man dengan peminat-peminat dia. Tiba-tiba saja dia menujukan soalan kepada Ae Jung. Lepas Ae Jung jawab soalan dia, terus dia terkedu.
Tu la..Niat hati nak kena kan Ae Jung alih-alih dia pulak yang tak senang duduk.
Saya suka dengan cara jalan cerita yang digarap dengan sangat baik tanpa memeningkan penonton. Walaupun ada banyak babak-babak mengimbas semula tahun-tahun  di mana mereka berada di Universiti tapi saya tetap terhibur dan babak-babak tu sampai mengelirukan kita.

Pelakon-pelakon Was It Love

Senarai pelakon dalam Was It Love ni semua saya suka. Dah lama tak tengok  Song Jo Ho beraksi dalam drama terkini. Pemilihan pelakon yang sangat baik dan sesuai dengan jalan cerita.

Song Ji-Hyo - No Ae-Jung
Son Ho-Jun - Oh Dae-O
Song Jong-Ho - Ryu Jin
Koo Ja-Sung - Oh Yeon-Woo
Kim Min-Jun - Koo Pa-Do
Kim Da-Som - Joo A-Rin
Baek Soo-Hee - Choi Hye-Jin
Um Chae-Young - Ha-Nui
Oh Hee-Joon
Kim Young-Ah


Sinopsis Was it Love.

No Ae Jung bergelut untuk meneruskan kehidupan dengan ibu dan anak perempuan nya. Dia buat macam2 kerja  tapi minatnya terhadap pembikininan filem tak pernah luntur. Akhirnya dia dapat kerja di satu syarikat penerbitan filem.
Malang nya bos company dah berhutang berjuta ringgit dengan ceti haram . Ketua ceti haram tu nama Koo Pa Doo.
Pening memikir macam mana nak bayar hutang bos dia yang dah hilang, tiba2 dia jumpa satu kontrak antara Cheon Eok Man ( penulis novel terkenal tapi sembunyi identiti) dengan company dia untuk bikin satu filem dari buku Cheon Eok Man yang paling laris sekali.


Masa dia jumpa Cheon Eok Man dia terkejut rupanya penulis terkenal tu ialah bekas kekasih dia 14 tahun lalu. Nama sebenar Cheon Eok Man ialah Oh Dae O.

Selanjut nya korang kena tengok. Apa jadi dengan diaorang berdua.
Ada kisah cinta bersegi2 jugak dalam drama ni.

Dalam masa sama anak Ae Jung tengah berusaha menjejak siapa ayah dia yang sebenar.

Apa yang buat Koo Pa Doo nak tolong Ae Jung? Siapa lelaki yang anak dia syak sebagai ayah kandung? Tengok tau nanti...

Post a comment

10 Comments

  1. PC kenal Song Ji-Hyo ni pun daripada runningman.Suka tengok telatah dia.Lama sangat tak tengok drama korea ni.

    ReplyDelete
  2. x tgk drama ni tp tahu sbb song jo hyo yg berlakon...

    ReplyDelete
  3. Ramai gak yang minat kdrama ni yer

    ReplyDelete
  4. adik kata ji hyo ni kalau berlakon cerita dia banyak yang tak best haha

    ReplyDelete
  5. hari tu baru tengok episod 1 tapi tak habis lagi, ni da habis tengok satu kdrama, boleh lah layan yang ni lak..

    ReplyDelete
  6. Ai mula kena Song Ji Hyo dalam Emergency Couple. lepas tu baru tengok running man. Hehehe

    ReplyDelete
  7. kita pun suka dgn SJH dlm running man. drama dia yang kita pernah layan sampai habis drama emergency couple.. nak tgk drama ni plak lps ni. mesti best juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sorry terguna emel ayah kita pulak tadi. hehe.

      Delete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. ada song ji hyo boleh layan drama ni kalau ada masa. sesiap bookmark dulu.

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)