KDRAMA PSYCHO BUT IT'S OKAY - REVIEW DAN SINOPSIS


KDRAMA PSYCHO BUT IT'S OKAY - REVIEW DAN SINOPSIS | Ada ramai yang tanya sekarang ni Kdrama apa yang tengah trending dan paling ramai yang suka? Kalau ditanya pada saya, buat masa sekarang saya sedang follow drama PSYCHO BUT IT'S OKAY. Drama ni dah masuk episod ke 14. Dah nak habis pun.



Tapi masih belum terlambat untuk korang tonton. Tak ada istilah terlewat tonton kalau dengan kadrama. Kalau drama tahun 2000 pun, tapi korang baru nak tonton hari ni, itu tak jadi masalah. Korang tetap di gelar peminat kdrama. 

Jadi hari ni saya nak kasi Review dan sinopsis kdrama Psycho But It's Okay lakonan Kim Soo Hyun, Seo Ye Ji dan Oh Jung Se.

Sinopsis Kdrama Psycho But It's Okay


Drama ini mengisahkan sepasang adik beradik yang kehilangan ibu mereka sejak mereka masih kanak-kanak. Si abang Moon Sang Tae manakala si adik Moon Gang Tae membesar tanpa jagaan namun mereka membesar dengan baik.

Sang Tae mengidap Autisme manakala Gang Tae bekerja di rumah sakit jwa sebagai pembantu perubatan. Gang tae menjaga abangnya dengan sangat baik. Tapi mereka tak pernah kekal di satu-satu tempat kerana Sang Tae mempunya trauma terhadap rama-rama.


Dia menjadi saksi pembunuhan ibu nya. Pembunuh ibunya memakau brooch berbentuk rama-rama. Sebab tu dia takutkan rama-rama.

Pertemuan Gang Tae dan Ko Moon Young dalam satu kejadian di hospital membuatkan Moon Young jatuh hati pada Gang Tae. Dia mula mengikat Gang tae dengan berbagai cara untuk membuatkan Gang Tae sentiasa berada di sisinya. Ko Moon Young seorang gadis dengan peribadi yang ego, sombong dan sangat kasar.

Kita nampak sahaja Gang Tae ni seorang lelaki yang kuat tapi sebenarnya dia lah yang paling lemah dan terpaksa menahan segalanya. Dengan abang yang ada autisme dan Ko Moon Young yang tak mahu mengalah. Sesekali kesabaran nya hilang dan benda2 macam ni yang mengubah Sang Tae supaya jadi lebih dewasa dan menerima orang lain dalam hidup mereka berdua. 

Sama juga dengan Ko Moon Young. Kuat diluar dan lemah di dalam. Ko Moon Young juga ada kisah hitam semasa dia kecil. Ayahnya dimasuk kan kerumah sakit jiwa tempat dimana Gang Tae bekerja. Ayah nya disahkan mengidap sakit mental kerana pernah bertindak ingin membunuh Ko Moon Young dan Ibu nya. Jadi Moon Young tak pernah mengakui ayahnya.

Ibunya pula hilang tanpa khabar berita. 



 Review drama Psycho But It's Okay


Saya belum pernah tengok lagi kdrama dengan jalan cerita macam ni. Bagi saya kdrama ni memang lain sangat dari yang kita duga. Sampaikan dia punya ending pun kita tak mampu nak teka. Setiap episod ada kejutan dan babak-babak menarik.

Saya suka gaya berpakaian Ko Moon Young yang nampak mewah dan memang sangat kena dengan peribadi dia yang ego dan sombong. Dia berpakaian apa saja yang dia nak. Macam yang doktor kat rumah sakit jiwa tu kata.. " dia pakai macam tu bukan untuk orang tertarik pada dia tapi  untuk melindungi diri dia.. Dia nampak saja kuat tapi sebenarnya dia paling lemah."

Korang kena paham betul-betul tu..

Ramai yang fikir ini kisah cinta romantis.Sebenarnya ini drama tentang kasih sayang dan kekeluargaan. Drama yang buat kita akan fikir bagaimana cara untuk bahagia walaupun kita ada kisah hitam yang menjadi trauma dalam hidup kita.



Drama ni nak bagitau semua orang ada luka masing-masing. Luka tu lah yang menjadikan kita seperti hari ni. Lagi besar lukanya lagi besar kesan nya dalam hidup kita. Dan yang pasti kita akan memilih untuk jadi hipokrit semata-mata nak melindungi luka kita.

Dalam drama ni saya paling suka dengan watak Sang Tae. Tak sangka Oh Jung Se boleh lakon kan watak lelaki yang ada autisme ni dengan sangat baik.Memang pelakon yang berkebolehan la. Sebelum ni nampak dia berlakon watak lelaki jahat, lelaki supa poya-poya dan watak-watak yang negatif lain nya.

So untuk drama ni saya bagi rating 9/10.


Post a comment

4 Comments

  1. alaaa oppa buat comeback hehe.. lama tnggu dia nk kluar drama lepas kluar army. saya x tngk lagi ni sbb nk tnggu habis dulu..

    tapi ade curik2 tngk snipet kat IG..
    hahaha..

    ReplyDelete
  2. Mrs. A pun layan citer nih! memang unpredictable setiap episod Mrs. A bagi 5 HA
    Peminat KDrama wajib tonton citer nih!

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)