KDRAMA FLOWER OF EVIL - SINOPSIS DAN REVIEW


KDRAMA FLOWER OF EVIL - SINOPSIS DAN REVIEW |  Walaupun dunia sekarang diserang Corona Virus tapi Korea Selatan tetap menghasilkan drama-drama menarik untuk tontonan ramai. Boleh la isi masa kita untuk menonton Kdrama. Dah jarang-jarang dapat keluar rumah isi lah sedikit masa yang ada ni dengan menonton berbagai kdrama menarik. Tak la bosan bila terkurung di dalam rumah. Salah satu drama menarik tontonan ramai ialah Flower Of Evil yang dibintangi oleh Lee Joon Gi dan pelakon cantik Moon Chae-Won.



Drama ni ada lah drama suspense dan thriller. Sangat sesuai untuk korang yang suka drama-drama tentang jenayah dan selit2 sikit dengan cinta. Suka sangat dengan drama-drama lakonan Lee Joon Gi. Antara yang paling saya suka ialah Criminal Minds. Kalau tak salah saya kdrama tahun 2017.

Moon Chae Won pula saya tak berapa follow drama-drama dia. Yang saya ingat dia berlakon sama dalam Criminal Mind bersama Lee Joon Gi. Mungkin rating drama tu tinggi masa tayangan jadi penerbit mahu kan gandingan mereka berdua sekali lagi dalam Flower Of Evil.

Sinopsis Flower Of Evil



Cha Ji Won seorang pegawai polis yang menyiasat kes-kes jenayah berat mempunyai seorang anak yang comel dan suami yang penyayang. Namun disebalik itu tanpa dia sedari suaminya mempunyai sisi gelap yang dia sendiri tidak sangka.

Baek Hee Sung boleh digambarkan sebagai lelaki yang sesiapa saja akan kagumi. Walaupun hubungan nya dengan kedua-ibu bapanya dingin disebabkan perkahwinan nya dengan Cha Ji Won, dia tetap menjalankan tanggungjawab nya sebagai suami dan ayah dengan baik.

18 tahun lalu satu kejadian pembunuhan berlaku bandar YeonJu dan polis tidak berjaya menjejaki penjenayah sebenar. Siapa sangka lelaki yang kelihatan sempurna di setiap mata itu rupanya terlibat dengan pembunuhan.

Demi menutup sejarah lamanya Baek Hee Seong sanggup melakukan jenayah sekali lagi. Penyiasatan polis terhadap kes tersebut membawa kepada suaminya sendiri. Cha Ji Won mula menyiasat latar nekaang suaminya dan bernekad untuk membawa penjenayah yang terlibat ke muka pengadilan.


Review Dram Flower Of Evil

Drama ni baru masuk episod 2. Yang membuat orang tetap menunggu depan tv menonton drama ni sebab setiap episod, mendedahkan bagaimana cara Hee Sung berfikir dan bertindak. Cara dia menyelesaikan satu-satu masalah tu, walaupun nampak betul dimata orang lain tapi sebenarnya dia melakukan dengan salah.



Anak dia bergaduh kat sekolah, dia minta maaf kat ibu bapa kawan anaknya tu. tapi kat belakang, dia buang mainan yang jadi punca pergaduhan anak dia dan kawan sekelas tu. 

Boleh anggap Hee Sung sebenarnya seorang psycopath. Dia merancang setiap jenayah dia dan dia tak pernah ada rasa kesal bila membunuh.






Cha Ji Won pulak bagi saya sangat cantik untuk jadi seorang polis. Saya selalu rasa rimas bila polis tak ikat rambut. lepas2 je rambut  mengerbang macam model. Mungkin dia polis yang tak payah kejar penjenayah kot.

Disebabkan drama ni baru masuk episod 2, jadi saya jangka kan ada banyak kejutan-kejutan lain yang bakal kita tonton. Baru episod 2 pun dah cukup best bagi saya. 

Untuk satu drama jenayah pembunuhan, saya sangat suka cara pengarah ni susun tiap-tiap babak tu dengan sangat baik. Dia masuk kan satu-satu watak tu dengan cantik je. Langsung kita tak keliru bila menonton.

 Untuk drama ni saya tak mau bagi rating lagi sebab terlalu awal. Tapi dijangka kan drama ni akan mendapat rating yang tinggi dari penonton.



Post a comment

3 Comments

  1. Baca sinopsis best citer ni..nanti nak carik la..tgh tunggu episod citer Jepun habis ni...Good Doctor...tgok kat Viu...best...

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)