INI FOLLOWER KE 5000 BLOG DIANARASHID.COM - CARA MENINGKATKAN JUMLAH FOLLOWER BLOG


INI FOLLOWER KE 5000 BLOG DIANARASHID.COM  - CARA MENINGKATKAN JUMLAH FOLLOWER BLOG | Sebenarnya beberapa tahun dulu blog ni dah ada follower cecah 5000. Tapi dah kerja nya asyik bergaduh dengan orang je, musuh2 pun pakat dok unfollow le..hahaha..
Tambahan pulak saya tak update blog lama sangat. dalam setahun lepas tak sampai 100 pun entry saya. Lama-lama orang unfollow. Bosan kot tak de cerita panas.
Tapi kali ni dah kembali aktif menulis follower pun dah bertambah semula. Harap-harap lepas ni makin bertambah la..

Follower blog saya yang ke 5000 ialah Blog Cik TK
Terima kasih pada Cik TK dan semua yang sudi follow blog saya. Bila tengok angka 5000 tu terus semangat nak menulis dengan lebih kerap lagi.

Cara mudah meningkatkan jumlah follower blog

Dah alang-alang kita menulis pasal follower, meh saya share sikit cara untuk meningkatkan jumlah follower blog.

Luaskan network.

Satu benda sia-sia yang kita selalu buat ialah kita terlalu fokus menulis untuk ahli keluarga kita. Benda ni saya pun pernah buat masa mula-mula menulis dulu. Saya fikir mereka akan baca apa saya tulis. Ternyata salah. Diaorang tak kisah dan tak peduli pun.
Lagipun berapa kerat je lah ahli keluarga kita yang suka baca blog.Kan? Dan mereka tak rasa pun perlu untuk follow kita sebab " follow buat apa, kita kan sekeluarga.." macam tu la alasan nya.
Tulis lah sesuatu yang untuk orang lain jugak. Untuk semua orang baca dan boleh boleh jadi sebahagain dari entry yang kita tulis.

Tambah kawan blogger 

Jangan malu untuk bina hubungan dengan rakan blogger lain. Ini cara paling senang untuk tambah follower. Ada macam-macam cara korang boleh buat untuk berkawan dengan rakan blogger.
Macam saya selalu buat dulu saya akan letak link blogger tertentu dalam entry saya. Contoh macam entry ni saya selitkan nama Blogger Cik TK. Harap Cik TK terharu sambil mengalirkan air mata lah ye.. Hahhaha..
Korang juga boleh selalu tinggalkan komen di post-post blogger lain. jadikan ianya rutin korang. Comment jangan lah serius sangat. Tinggalkan lah komen yang terkesan pada tuan punya blog.


Ada orang bagi komen 2 patah perkataan je. Memang lambat la tuan blog nak ingat kat kita. Sebab tu saya punya komen kat blog orang selalu nya panjang2. Tuan blog suka baca kalau pembaca dia bagi komen panjang2. nanti dia tunggu2 je kita datang komen.
Selain tu korang rajin2 kan jari tu share post kawan-kawan di sosial media korang. jangan kedekut. Tag sekali tuan punya post bagi dia nampak. Bertegur sapa lah dengan blogger lain di sosial media. Malah dengan yang bukan blogger pun korang bertegur sapa jugak la. nanti lama2 dia yang bukan blogger pun akan singgah blog korang.Mana tahu entah2 jadi pembaca setia.
Follow blog blogger lain juga dan bagitau korang suka dengan entry2 beliau dan korang dah follow beliau tu.. nanti dia datang la follow semula. 

 Join Perbincangan blogger

Bukan kita nak tunjuk pandai tapi libat kan diri kita dalam perbincangan blogger akan buat kehadiran kita disedari blogger lain. Sekaligus mereka tertanya2 apa yang korang tulis kat blog, cemana blog korang tu, bagus ke tidak..
Bila diaorang dah singgah tu, dah tentu la mereka akan tinggalkan komen pada blog korang untuk bagitau yang mereka dah datng ke blog. So korang pun pergi lah blog dia balik dan bagitau dah follow blog dia.. 
Simple as that..
 Tu je la nak kongsi kan dengan korang. Semoga kita sama-sama terus fokus dengan blog dan berusaha untuk lebih kejayaan. 


Post a comment

18 Comments

  1. Tq Dy sharing tentang ni. Wowww 5k dah dia lunay folowwers.. Jauh kagi kita nak kejor huhuhu

    ReplyDelete
  2. tahniah diana. abe kie suka follow blog org lain tp mrka x sudi follow back! Huhuhu

    ReplyDelete
  3. Tahniah..dan terima kasih juga kongsi tips :)

    ReplyDelete
  4. Betul kita perlu mesra bloggers.Blog sensasi lama dah diremove Pak Cik google.skrg terpaksalah Blog Sensasi guna link baru macam budak baru lahir je lah

    ReplyDelete
  5. Wah tahniah sudah melepasi 5k dan terima kasih sudi selitkan nama Cik TK.. terharu Cik TK.. terima kasih juga sudi sharing mengenai cara tingkatkan follower blog.. akan Cik TK cuba aplikasikan..

    ReplyDelete
  6. Dah lama kunjung mengunjung, letak link blog akak kat blog saya, baru sedar follownya belum hahaha sorry kak, follow dah ;)

    ReplyDelete
  7. tq sharing tips ni kak di..dan tahniah untuk cik TK..juga :)
    selamat berbloging semua!

    ReplyDelete
  8. Tahniahhhh.... dulu mmg excited nk tambah followers... laa ni mcm lemau je hahaha tp BW ttp kena rajin

    ReplyDelete
  9. Wah good tips ni! tq for sharing.. :)

    ReplyDelete
  10. Blog saya tiada follower..

    saya sendiri tulis dan saya sendiri baca.

    itupun sudah memadai kerana saya belajar praktikal apa yang saya tulis hehehe

    ReplyDelete
  11. hai..entri ni menarik..jadi saya follower yg ke 5005..heheh..banyak betul follower awak eh! nice2...jemput singgah
    https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2020/08/ada-nak-order-origami-3d.html

    ReplyDelete
  12. Memang berkesan sgat cara ni.. cuma sy pun kdg Ya Allah malas sgat nak blogwalking huhu.. kena ubah jadi rajin ...

    ReplyDelete
  13. akak ni pun dah jarang BW jadinya follower idak bertambah..hehe

    ReplyDelete
  14. Tahniah kak. Teruskan berblog dan terus kedepan kak :)

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)