DIY BAIKI SOFA LAMA GUNA SOFA COVER BELI DI SHOPEE

DIY BAIKI SOFA LAMA GUNA SOFA COVER BELI DI SHOPEE | Hari ni saya nak cerita sikit 2 hari punya projek diy baiki sofa lama . Tu yang 2 hari tak sempat nak update blog dan jalan ke blog kawan.kawan..Sorry.. 

Semuanya saya buat sendiri je. Kalau nak beli lain makan kos beratus juga tu. Sofa ni saya beli 8 tahun lepas. Harga dalam rm800. Kami beli sofa jenis fabrik sebab kami bela kucing. Sebelum beli sofa benda2 gitu korang kena fikir tau. Jangan asal beli je. Kalau tidak nak baik pulih nya nanti makan kos.

Kami memang dah agak akan ada masanya sofa ni akan rosak sebab kucing. jadi benda tu kami dah bersedia dari awal.


Sofa rosak akibat dicakar kucing

Bagi sesiapa yang bela kucing mesti akan menghadapi masalah sofa dicakar kucing. Sama lah macam kat rumah saya ni. Syok sangat kot duduk atas sofa saya ni sampai tangan tu tak tahan-tahan sangat nak asah kuku. Nak di marah sangat-sangat pun bukan depa peduli. Sekali depa buat muka comel tak sanggup nak marah lebih-lebih. Jadi nak tak nak relakan sahaja la..

Tapi bila dah makin lama makin teruk pulak nampak sofa tu sakit juga mata ni. Bukan sikit-sikit koyak nya tu. Boleh masuk kepala sekali dalam tempat koyak tu. Jadi atas kesepakatan suami isteri kami sepakat nak beli sofa cover kat shopee je untuk baik pulih sofa lama ni.

Jangan la suruh beli sofa baru pulak. kalau semua nak beli baru , tak de la istilah DIY..kan? Kita DIY sofa lama jadi baru dulu. Benda boleh DIY buat apa beli baru.

Nasib baik la sofa di rumah ni bukan jenis kulit . kalau tidak mau habis bajet dapur sebulan semata2 nak ganti kulit sofa. Kalau kulit lagi mahal tau nak tukar tu.


Cara nak elak sofa di cakar kucing

Sofa kulit lagi syok kucing mencakar tau. So kalau ada sofa kulit pakaikan nail cover protecter pada kucing. Saya pun nak pakaikan budak dua ketoi tu dengan nail cover protector saja.  Ada yang pakaikan anti scratch cat shoes. Tapi macam kucing tak selesa pulak kalau pakai benda tu.

DIY sofa lama jadi baru

Sofa saya ni cuma sofa kain saja. So bajet kecil, mudah dan boleh siap dalam masa sehari je. Tapi  sebab saya tunggu sponge lambat sangat sampai, terus jadi 2 hari nak siapkan semuanya.

Pada awalnya kami nak beli kain , jahit sendiri dan pasang pada sofa. Tapi bila fikir bab menjahit tu tiba2 rasa lenguh sendi-sendi, punggung pun sakit tiba2. Hahha.



 Jadi kami fikir beli sofa cover je lah. Kos pun lebih kurang sama macam beli kain dan jahit. Ni lah dia sofa cover yang saya beli di shoppe. Local seller dengan harga RM125.40 . Saya beli 1 set lengkap. Untuk 1 seater, 2 seater dan 3 seater.  : cara beli barang guna shopback


Dibahagian bawahnya ada tali. Lepas kita dah kemaskan sofa, kita terbalik kan sofa dan ikat tali tu ketat2. Jangan risau ye. Kain sofa ni jenis getah. Jadi kalau tarik tegang pun tak kan koyak. Tarik lagi tegang lagi cantik.

Sebelum pasang sofa cover ni saya gantikan sponge pada lapik tangan pada sofa jugak sebab sponge yang lama tu terkeluar terburai dah. Sponge saya beli dengan harga lebih kurang rm20 untuk 3 keping . tebalnya 1 inci.



Kemudian papan nya juga saya tukar kepada yang lebih baru sebab yang sebelum ni dah buruk dan nampak macam reput. Kalau nak stepler takut pecah pulak. Apa lagi kalau nak guna paku. Saya guna plywood jenis nipis . Harga 3 keping rm30. Saiz 1meter  x 1meter

Cara Pasang Sofa Cover


Bila dah ganti sponge dan papan baru lah saya sarungkan sofa cover ni. Cara pasang nya memang rumit sikit lah. Berpeluh jugak ketiak ni nak dapatkan bentuk yang tegang dan cantik.

Tapi jangan risau sebab ada manual cara pemasangan pada bungkusan sofa cover ni.




Bahagian tag mesti menghala ke belakang. Kalau silap pasang memang susah. tapi bila tag kat belakng InsyaAllah..Mudah je.

Saya guna kan stepler khas untuk kayu untuk pasang sofa cover ni. Beli kat DIY saja. Harga dalam rm16. Kalau tak de stepler susah sikit sebab kain nya asyik terjulur keluar.Sakit mata saya ni tengok. Bila stepler nampak kemas sikit. Kalau nak basuh sofa cover ni , cungkil je stepler tu nanti.




Selepas dah tukar macam ni lah rupa sofa lama yang kami DIY supaya nampak baru.Ok la dari berbulu dan berlubang-lubang macam sebelum ni..kan?Dah siap pesan kat anak-anak kalau nampak Ayu dan Edwin cakar sofa, jentik telinga depa.


Untuk menggantikan tempat cakar tu saya juga beli alas kaki yang lebih kesat. Beli dekat kedai eco saja. Rm2.10 saja harga nya. Permukaan dia memang kesat dan kasar. lepas ni harap ayu dan Edwin asah kuku kat alas kaki je.



Kalau tidak tak de lagi wet food. Makan kiblies je siang malam. Biar kuku reput sebab tak cukup zat. Hahahh

Korang boleh dapatkan semua barang-barang untuk baik pulih sofa lama guna cover sofa ni di Shopee. Kalau nak lebih jimat boleh beli melalui shopback untuk cashback. Download shopback dan daftar untuk cashbak 13% bila membeli di shopee.

Kos keseluruhan nya untuk diy sofa lama ni cuma rm200 sahaja. Suami pernah cakap nak buang je sofa lama ni. Tapi saya sayang benda2 gini. Lagi2 saya suka bertukang. Hahah.. Suka kerja2 gergaji kayu, mengecat, koyak tampal. Memang best buat kadang sampai tak makan sebab terlupa.

Tu je la nak cerita. Semoga entry ni bagi sedikit manfaat pada korang.

Post a comment

21 Comments

  1. terus nampak baru dah bila ada cover baru kak ye... best pulak nengoknya...

    ReplyDelete
  2. tak sangka pulak awak minat bertukang..saya pegang gergaji dan tukul pun asyik jatuh jer..

    kalau setakat yang ringan2 boleh jelah..

    ReplyDelete
  3. Selagi rangka asas sofa masih kukuh,DIY sahaja itu lebih menjimatkan.Bila pelihara kucing perabot berasaskan span,kayu dan yang gebu-gebu memang menarik perhatian mereka..kecuali yang batu atau besi..haaa itu memang berasap kuku bila mencakar.PC pun ada bela kucing 10 ekor..hehehehe.Bila dimarah dia pulang jeling kat kita.Hahaha.

    ReplyDelete
  4. haa...dah cantik dengan cover baru tu...dan menjimatkan

    ReplyDelete
  5. dah boleh datang raya nampaknya ni ;-)

    ReplyDelete
  6. Sofa Mrs. A jenis kulit dah dua kali tukar habis jugaklah sikit ribu.
    Masalah kita sama ada anak-anak bulu yang suka garu-garu walaupun Mrs. A ada belikan anak-anak bulu tu scratch tree tapi depa tetap jugaklah menggaru-garu sofa.

    Pertama kali tukar kulit sofa dulu Mrs. A dah cakap kat husband tak payah nanti takde jaminan anak-anak bulu tak garu-garu. Dia tukar jugak katanya nanti anak-anak bulu duduk luar aje kalau nampak garu-garu tu marahkan. Haish! akhirnya anak-anak bulu jugak yang menang.

    Yang kali kedua ni bila pindah rumah sama jugak dia tukar lagi setakat ni okay lagi belum nazak sofa tu hahahaa...

    ReplyDelete
  7. Wah..dah lawa sofa. Jap lagi saya sampai rumah ya...hihi

    Tak sangka Diana rajin dan pandai bertukang. Memang terbaik!

    ReplyDelete
  8. semuanya DIY skrg. x perlu upah org...buat sendiri. cantik la sofa bila berkulit baharu...

    ReplyDelete
  9. RAJIN DIY JIMAT BELANJA N CANTIK HASILNYA

    ReplyDelete
  10. cantik bila dah ada cover. Nampak sofa baru. Sofa kat rumah ni pun dah mula rosak sebab dah lama dia jadi mereput merekah. Boleh lah beli cover macam ni. Boleh jimat sikit beli sofa baru.

    ReplyDelete
  11. Lawa....sy pun suka bertukang. Suami suka buang beli baru je...

    ReplyDelete
  12. ohh suka bertukang ye . bee hari tu buat juga ganti2 kain tukar sarung tp lama2 makin tk blh tahan bila badan kena pepijat terpaksa lah buang sofa lama beli baru.

    ReplyDelete
  13. dah cantik dah...perkara biasa kalau ada kucing dlm rumah

    ReplyDelete
  14. Sama la. Sofa selalu kena cakar kucing. Cantik sofa lepas DIY jadi macam baru. Boleh buat jugak ni

    ReplyDelete
  15. hahaha ini memang masalah biasa kalo bela kucing...nampak cantik dan kemas hasil DIY tu..kat rumah mamak, adik ada jugak beli camni, tapi lama2 nanti tercabut span silinder yang guna untuk tahan kain tu..adeii

    ReplyDelete
  16. sofa sy pun teruk dikerjakan kucing, kalau ditegur terbeliak biji mata, tak faham orang marah, agaknya

    ReplyDelete
  17. Terus nampak cantik mcm sofa baru kan..dah cantik lgsg mikhail kena duk bawah hahahaa :D

    ReplyDelete
  18. Cantiknye lepas dah siap. Ena pon diy sendiri hehe. Puas hati dpt tukar sarung baru. Beli kain kt shopee je.

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)