CARA MENGATASI MASALAH ERROR CODE 108001 PADA UNIFITV



CARA MENGATASI MASALAH ERROR CODE 108001 PADA UNIFITV | Sejak  guna UnifiTV ni , kalau jadi apa-apa masalah kena catit sikit dalam blog supaya bila masalah berulang kita akan ingat cemana nak selesaikan masalah tu. Benda nak pakai lama jadi kena tahu la cara nak menghadapi masalah-masalah berkaitan Unifi TV. Macam semalam tiba-tiba saja tv keluar error code 108001.

Kisahnya mula-mula Mikhail asyik dok tekan-tekan remote tv. Dia ni kalau tengok karton suka ulang-ulang babak yang dia suka. Tak tahu la apa yang syok nya ulang-ulang babak tu. Kadang-kadang Puss In Boots cuma senyum sambil melompat je. Tapi dia ulang babak tu sampai 3 kali. Tak paham la saya ...
Tiba-tiba saja connection internet pada tv tak ada. Saya Off tv dan on semula . tertera kat tv tu tiada sambungan internet macam dalam gambar di bawah ni. Bahagian atas ada tanda pangkah X.  Dan bahagian bawah ada tanda !.

Keluar Error pada unifiTv

Saya terus tekan pada Unifi Tv  dan yang keluar adalah error seperti dibawah.

error code 108001
The page cannot be displayed. Please reboot set-top box. If problem persist, please call 100 for assistance.

Cara mengatasi masalah error code UnifiTV

Mula-mula kami tak buat apa-apa sebab fikir mungkin kejap-kejap lagi ok la tu. Tapi dah siap popia cheese sebalang pun siaran masih tak keluar. Geram jugak la rasa. Tapi bila fikir-fikir dulu dengan Astro lagi la teruk. Hhahaah.. terus tenang la sikit rasa..Pujuk diri sendiri la tu..
Apa yang korang perlu buat ialah mula-mula korang tutup tv dan off kan set top box Unifi yang putih tu..Yang kecik tu la.. Lepas tu korang tengok kat router Unifi. Yang ada antena dan kaler hitam tu.
tengok port no 4.
Cabut port no 4 yang kaler hitam tu dan pasang semula.  Lepas tu on semula tv dan STB . Dah selesai masalah...

Boleh la terus tonton Drama 7 Hari Mencintaiku dengan tenang.

Senang je cara nak selesaikan masalah ni. Kalau korang tak yakin dengan cara yang saya tunjuk ni ataupun dah cuba banyak kali tapi tak berjaya jugak, terpaksa la korang call 100 untuk hubungi TM. Bercakap dengan operator nya sendiri untuk tahu punca utama kenapa keluar error code 108001 ni.


Post a comment

15 Comments

  1. macam-macam kan guna tv internet ni, rumah kak ana guna android box pun kena selalu update juga , unifi TV kami tengok kat hp je tu pun jarang dah mengadap tv D, budak2 ni je yang rajin melayan :)

    ReplyDelete
  2. OH GITU CARANYA UNIFITV NI KADANG MMG PROBLEM

    ReplyDelete
  3. longgar lah tu kot ye .. tengok drama tu kat mana ? online ke tv ?

    ReplyDelete
  4. kt rumah sewa ray x pernah berjaya pasang haha

    ReplyDelete
  5. tips yang bermanfaat untuk mereka yang memerlukan bantuan hehe

    ReplyDelete
  6. Baru je bertukar pada unifi. tapi tak langgan unifi tv pulak. kot nanti bertukar fikiran nak tukar unifi tv , ada problem camni boleh refer entri akak. tq kak

    ReplyDelete
  7. Saya kalau bab teknikal ni lemah, paling2 off pastu on balik hahaha

    ReplyDelete
  8. Kt rumah akak dh bertahun tak on tv...masing2 dok ngadap hp ja kalau ada masa

    ReplyDelete
  9. Kt rumah akak dh bertahun tak on tv...masing2 dok ngadap hp ja kalau ada masa

    ReplyDelete
  10. Salam kak Diana. salam perkenalan. Terima kasih kerana sealu singgah blogwalking ke blog saya. sorry ini saya baru sempat nak bw ke blog akak, sebab baru kemas dan cuci rumah.

    btw, saya jarang tengok TV, so segala digital TV saya tak tahu.hahahha. even astro pun tak de kat rumah. rugi masukkan astro kat rumah saya sebab tak tengok tv =))

    ReplyDelete
  11. nasib baik laa bkn kerosakan yg melibatkan $$ byk kan hehehe

    ReplyDelete
  12. alaaa kita tak pakai unifitv..tv pun takde...hahahha

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)