APA PERASAAN NYA BILA DAH KAHWIN




APA PERASAAN NYA BILA DAH KAHWIN | Dari pagi dok tercari-cari masa luang untuk update blog.Memang tak sempat langsung hari ni.Padahal bukan buat apa pun. Sibuk dok skrol twitter je.. Yang peliknya hari ni asyik lalu lalang kat wall saya soalan "kahwin ni seronok ke?". Tertanya-tanya pulak pada diri sendiri apa perasaan nya bila dah kahwin.

Saya cuba membandingkan kehidupan saya sebelum berkahwin dan selepas berkahwin. Dan yang pasti saya tak mau lagi balik ke masa bujang saya. Sebab nya saya rasa lebih seronok bila dah kahwin.

Malas nak cerita macam mana lifestyle saya masa bujang. Memang membosankan. Tak menarik langsung dan macam tak de hala tuju.

Masa bujang saya tak ramai kawan. Selepas putus cinta kali entah keberapa (eceh.!!.macam banyak je tu..) baru lah saya kenal suami saya sekarang ni. Tu pun dia di Utara saya di Selatan. Betul la orang kata " you can't have a rainbow without a little rain.".

Banyak sangat yang tak best dalam hidup saya masa bujang rupa-rupanya Allah nak bagi pelangi paling cantik dalam hidup saya.. Segala kenangan buruk dulu buat saya lebih menghargai kebahagian masa sekarang.

Itu kalau soalan Apa perasaan nya bila dah kahwin tu ditujukan kepada saya ..

Macam mana pulak kalau soalan "Apa perasaan Anda selepas berkahwin?"  ditujukan kepada mereka yang tak bahagia dalam perkahwinan?


Perasaan Sebenar Selepas Berkahwin.

Orang kata perkahwinan tu macam satu perjudian. Kita tak tahu dengan siapa sebenarnya kita akan berkongsi hidup. 

Gaya hidup kita ni tak boleh disorok lagi bila kita dah berkahwin. masa bercinta boleh la sorok segala perangai buruk. Nak menipu pun senang. 

Bila dah kahwin baru tahu suami nya kaki dangdut, kaki pukul, panas baran, kedekut, pengotor dan sebagainya.

Kalau dapat yang sebaliknya Ahhamdulillah... Rajin ke masjid, pandai memujuk, pemimpin yang baik, memahami .. Allahu..Nak macam mana lagi kalau dah dapat macam ni..kan??Syukur la..

Perasaan senang atau sakit hati bergantung  dengan siapa korang berkahwin. Nak kenal betul-betul tunggu la selepas 2-3 tahun perkahwinan.

Ada setengah tu belum cukup sebulan dah kantoi segala perangai buruk.

Ada juga yang baru kahwin memang pijak semut tak mati. Tapi lepas setahun mula tunjuk belang. Terus berubah perasaan nya pada isteri yang dulu dia janjikan bulan dan bintang.


Perasaan Takut Suami Berubah

Setiap isteri mesti ada perasaan takut suaminya berubah. Awal perkahwinan semuanya indah. Kentut pun bau wangi...

Tapi akan datang kita tak tahu.. Kalau hari2 telan kentut sakit juga hatinya tu.. Sebab tu jangan kentut depan suami.. hahah.. kan dah risau sendiri.!!

Lelaki ni tunjuk protes bukan macam perempuan, Perempuan senang je nak tahu kalau marah. Kalau tak merajuk dia membebal.

Tapi lelaki cara protes diaorang lain macam sikit. Sedar-sedar dah pasang dua ja.

Macam mana nak ubah suami jadi baik ?

Fuh!!ni soalan yang ramai isteri dok fikir-fikir. 

Boleh ke suami yang yang kaki betina kembali ke pangkuan keluarga semula..?

Boleh ke suami yang panas barang menjadi lembut hati dan penyayang?

Boleh ke suami yang kedekut menjadi lebih ikhlas dan murah hati..??

Macam-macam lagi soalan yang berlegar di kepala isteri-isteri penyabar ni yang memohon semoga Allah mengubah suami jadi baik.

Berita baik!! Manusia boleh berubah. Segalanya bergantung dengan cara isteri menangani nya. Serta kan dengan doa dan sabar dalam menempuh kehidupan rumahtangga. 

Satu lagi berita baik.. !Korang yang ada masalah rumahtangga boleh dapatkan ebook  yang penuh dengan panduan untuk menjadikan suami korang sebagai Suami Unggul. Unggul di mata isteri, anak-anak dan Allah swt.

Untuk para isteri yang tengah pening dengan karenah suami yang “Macam-Macam”?
Jom kita ubah mereka dari seorang yang perpesonaliti tunggul kepada personaliti unggul!

Post a comment

14 Comments

  1. Kita doa banyak2 supaya dapat suami yang baik...

    Wah Cik TK follower ke-5000

    ReplyDelete

  2. Di usiaku yang memasuki 28 tahun , aku juga berharap kelak dapat calon suami yang terbaik . Ya??? Suami yang Soleh, suami yang bertanggung jawab, memiliki pekerjaan tetap, dll.


    Semoga cepat atau lambat harapanku ini bisa menjadi sebuah kenyataan yang indah . Amin ya rob.

    ReplyDelete
  3. kalau suami panas baran, tahi judi, kaki mabuk memang dah tak boleh ubah.

    ReplyDelete
  4. apa beza antara sebelum kawen dengan lepas kawen? banyak wooo...tapi perasaan tu memang best bila da kawen..hihi

    ReplyDelete
  5. Menyatukan dua individu ada yang menarik dan sesetengah hal tetap ada penolakkannya juga.Kerana dua-duanya manusia biasakan.Setiap hari akan ada perubahan dan sentiasa perlu saling belajar dan menerima.

    ReplyDelete
  6. tahniah atas perkahwinan..insyaallah semuanya baik baik sahaja.

    ReplyDelete
  7. takutnya dapat suami yang main kayu tiga, kat pejabat ramai yang macam ni, minta doa jauhkanlah hendaknya. dan semoga isteri pun ditetapkan hatinya

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah seronok berkahwin lg sebenarnya, walau camne pun kita haruslah sentiasa mendoakn yg tbaik utk kita dan suami..kdg2 suami ni mencerminkan diri kita..jd..jika kita baik inshaallah suami pun baik :)

    ok kak di..dr saya pencinta suami saya..bkn suami org ^_^

    ReplyDelete
  9. segalanya berpunca dari diri kita juga... bukankah jodoh itu cerminan diri? kalau dpt yg sebaliknya itu mungkin ujian Allah sama ada kita nak kekal dlm institusi perkahwinan ni atau merobohkannya...

    ReplyDelete
  10. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  11. Syukur Alhamdulillah so far terasa bahagia tu. Btw baru follow blog ni #5004

    ReplyDelete
  12. saya dah lupa semua nie

    yang saya ingat hidup tak best kalau jauh dari anak-anak

    ReplyDelete
  13. Berkahwin itu best yang pastinya. Ubah diri jadi lebih baik dan doa dapat jodoh yang terbaik juga. inshaAllah. Allah tahu siapa jodoh terbaik kita :)

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)