8 PUNCA BAYI LAHIR DENGAN BIBIR SUMBING DAN CARA PENCEGAHAN NYA



8 PUNCA BAYI LAHIR DENGAN BIBIR SUMBING DAN CARA PENCEGAHAN NYA |  Ada seorang kenalan saya yang  melahirkan anak yang mempunyai masalah bibir sumbing. Dengan pembedahan masalah tersebut telah dapat diatasi. Apa yang saya tahu suami kawan saya ni juga mengalami masalah bibir sumbing sebab terdapat sedikit kesan belahan pada bahagian atas bibir suaminya.



Kalau tak salah saya McDonald juga meyumbangkan dana bagi membantu kanak-kanak dan bayi yang mempunyai masaalah sumbing. Mungkin bagi sesetengah orang masalah sumbing kecil sahaja tapi demi masa depan anak-anak ini masalah sumbing perlu diatasi supaya anak-anak membesar dengan penuh keyakinan dalam diri dan melalui kehidupan macam orang lain.

 Jenis-jenis sumbing

Sumbing ada dua jenis iaitu sumbing bibir dan sumbing lelangit. Sumbing bibir ialah rekahan pada bibir atas. Sumbing Lelangit ialah rekahan pada garis tengah lelangit Ianya jelas terlihat pada bahagian luar mulut. Dah pasti akan mengganggu pertuturan dan penampilan mereka apabila besar nanti. Selain itu sumbing juga megganggu pendengaran.

Ada bayi yang mengalami sumbing bibir saja dan ada yang mengalami kedua-duanya sekali. Sebab tu bila ada anak kita yang bersuara sengau , jangan diabaikan. Jangan fikir ianya normal. pasti ada masalah pada anak tersebut.

Punca anak lahir sumbing


1- Keturunan
Jika salah seorang dari suami isteri mempunyai masalah sumbing , anak yang nakal lahir juga berkemungkinan besar akan mengalami masalah yang sama. Walaupun sumbing pada si ibu atau ayah sudah diatasi dengan pembedahan, namun bayi yang bakal lahir tetap ada risiko nya juga.

Begitu juga jika  pernah melahirkan bayi yang sumbing, mungkin anak yang seterusnya juga akan lahir dengan masalah yang sama.

Tapi tidak semestinya jika kita  mempunya ahli keluara yang sumbing anak yang bakal lahir juga akan mengalaminya. Ada kemungkinan anak yang lahir tidak mengalami masalah sumbing.

2-  Kurang nutrisi
Ibu yang hamil kurang nutrisi juga boleh jadi penyebab anak mengalami masalah sumbing. Ada ibu-ibu hamil yang mengalami alahan yang teruk hingga tidak mempunyai selera makan hingga lupa tentang keadaan bayi dalam kandungan.



3- Merokok
Asap rokok boleh menyebakan masalah tumbesaran bayi termasuk masalah sumbing. Ibu hamil yang merokok bukan sahaja merisikokan diri sendiri malah terhadap bayi yang dikandung.

Begitu juga jika ibu hamil dekat dengan orang yang merokok , contohnya suami atau orang lain. Ianya merisikokan bayi dalam kandungan dengan masalah sumbing

4- Alkohol
Seorang wanita hamil yang minum alkohol berlebihan, boleh mengalami sindrom alkohol pada bayi dalam kandungan. Ianya mengakibatkan kelainan kongenital atau kecacatan pada bayi.

Selain menyebabkan risiko bibir sumbing pengambilan alkohol juga boleh mengakibatkan bayi sukar untuk melalui proses tumbesaran seperti, merangkak, menggerak kan anggota badan  hinggalah kepada masalah sosial anak ketika mereka membesar. Risiko jangka panjang  yang tentunya merugikan anak dan ibu bapa.

.
5- Kurang vitamin B6.
kekurangan Vitamin B6 atau pun asid folat juga adalah penyebab anak mengalami sumbing ketika lahir. Dalam satu kajian mendedahkan  , jumlah gizi yang diambil menjadi penentu utama anak mengalami masalah sumbing. Kajian ini turut didedahkan didalam World Journal of Pharmaceutical and Medical Research.

Punca bibir sumbing bermula dari kurangnya pengambilan vitamin B6 atau asam folat. Hasil kajian menunjuk kan ibu hamil dengan pengambilan asam folat dan zinc yang kurang, lebih berisiko melahirkan bayi bibir sumbing.

6- Obesiti
Ibu yang hamil terdedah dengan masalah obesiti. Indek tubuh yang melebihi 25 atau lebih dikira sebagai obesiti. Ibu yang obesiti bukan saja merisikokan anak dari mengalami sumbing malah anak juga berisiko mengalami masalah jantung dan diabetis.

7- Pengambilan ubat tertentu
Antara ubat yang ibu hamil perlu elak kan untuk mengelak masalah anak sumbing ialah, isotretinon atau ubat jerawat, methotrexate atau ubat psoriasis, arthritis dan kanser, serta ubat anti kejang.

Pastikan ibu-hamil mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum mengambil apa saja ubat-ubatan untuk mencegah dan mengurangi risiko bibir sumbing.


8- Sindrom Pierre Robin

Sindrom Pierre Robin akan menyebabkan bayi lahir dengan rahang kecil dan posisi lidah lebih ke belakang.  Sebilangan besar bayi yang lahir memiliki celah pada langit-langit rongga mulutnya.

Selepas usia bayi menginjak 2 atau 3 bulan, baru lah bayi dapat menjalani pembedahan bibir sumbing secara bertahap

Untuk bayi lahir dengan celah pada langit-langit rongga mulut, sebaiknya pembedahan dilakukan pada usia bayi 6 hingga 12 bulan.


Mencegah Bayi Lahir Sumbing

1- Pengambilan nutrisi dan asid folat yang tepat. walaupun malas makan, disiplinkan diri demi kebaikan anak dan lengkapkan dengan penga,bilan gizi yang seimbang.

2- jangan culas untuk melakukan pemeriksaan kehamilan mengikuit jadual yang telah ditetapkan oleh nurse dan doktor.

3- Menjalani gaya hidup sihat dengan pengambilan makanan yang betul dan tidak berlebihan untuk mengelak kan obesiti

4- Jauhkan diri dari terdedah dengan asap rokok , serta elak kan dari mengambil minuman beralkohol.

5- Jangan mengambil ubat-ubatan tanpa rujukan dari doktor terlebih dahulu. 

6- Apabila ada anggota keluarga yang mengalami bibir sumbing. Lakukan pemeriksaan dan rujuk doktor pada trimester pertama atau usia kehamilan 1 hingga 13 minggu..

Post a comment

4 Comments

  1. Asid folic memang penting, jangan lupa makan bila mengandung

    ReplyDelete
  2. IBU HAMIL JAGA DIET SEBAIKNYA N BERDOA SELALU

    ReplyDelete
  3. great sharing
    scary pulak thumbnail tu huhu
    kena jaga diri baik2 ni kalau mengandung nanti ohh maksudnya bila da kawin nanti hehe

    ReplyDelete
  4. Bila perempuan mengandung kena jaga sebaiknya supaya ibu dan bayi sentiasa sihat. Tq kak share info ni.

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)