10 MAKNA MIMPI MENDAPAT EMAS



10 MAKNA MIMPI MENDAPAT EMAS | Orang kata mimpi tu mainan tidur. Saya tak pernah anggap serius setiap mimpi yang saya dapat. Lepas bangun dari tidur saya abaikan je mimpi yang datang dalam tidur saya. Tak pernah merisik-risik makna mimpi pada sesiapa pun. Saya takut kalau-kalau saya percaya dengan makna mimpi tersebut. Antara mimpi yang saya paling suka ialah mimpi dapat emas. Memang saya ingat mimpi tu sebab mimpi yang best. Siapa lah yang tak suka dapat emas..kan?



Tapi saya anggap tu mainan tidur saja.. Tak ingat pulak apa perkara terbaik yang saya dapat selepas mimpi dapat emas tu. Sebab terlalu banyak benda best berlaku dalam hidup saya ni.hahah.. Tambahan pulak siapa lah saya ni yang nak diberikan petanda dalam bentuk mimpi.

Namun saya tak menafikan kalau dapat mimpi gembira tu ada la jugak terasa nak bercerita pada orang.Tapi tidak lah dengan niat untuk mendapatkan ramalan mimpi dari mereka.

Bercerita sekadar untuk berkongsi cerita yang mengembirakan walaupun entah benar entah kan tidak.

Sebenarnya dalam islam kita tak boleh bercerita mimpi yang mengerikan, menakutkan atau mimpi yang menyedihkan kepada orang lain. Sebab ianya berkemungkin mimpi dari mainan syaitan yang tidak benar dan sebaiknya tidak dihebah-hebahkan. Contohnya seperti mimpi dikejar hantu, atau mimpi masuk ke kawasan yang kotor dan mengerikan.

Mimpi yang mengembirakan dan mimpi yang menyenangkan hati ialah mimpi dari Allah swt. Selalunya mimpi-mimpi macam ni hanya dialami oleh Nabi-Nabi. Tapi orang-orang biasa pun boleh juga dapat mimpi dari Allah swt.

Kalau mimpi korang tu mengembirakan, positif, bangun pun buat korang tersenyum, dan mimpi tu jelas korang ingat satu-satu, itu mungkin mimpi daripada Allah swt.

Oleh sebab mimpi dapat emas ialah mimpi yang paling saya suka, so hari ni saya kongsikan 10 makna mimpi dapat emas mengikut islam.



 MAKNA MIMPI DAPAT EMAS

Mimpi jumpa jongkong emas  


- bermakna akan kehilangan wang atau menemui masalah yang sepadan dengan ukuran atau jumlah jongkong emas.

Jumpa jongkong emas  atau ketulan emas juga bermaksud orang yang bermimpi akan dipaksa oleh pemimpinnya untuk melakukan sesuatu yang bertentangan dengan kehendaknya atau akan membayar denda.



Mimpi melihat rumah dari emas 

- bermakna akan ada bencana terhadap rumah itu..

Mimpi membuat jongkong emas

- bermakna perkara buruk akan menimpa orang yang bermimpi dan dia akan dihancurkan.

Mimpi melihat mata seseorang yang berwarna emas atau mata emas

-  bermakna matanya akan menjadi buta.

Mimpi melihat emas

- bermakna kegembiraan dan atau upacara pernikahan, kesejahteraan. dan perkara baik.

Mimpi memberikan ketulan emas yang besar 

-bermakna orang tersebut menjadi ketua atau mempunya kuasa yang lebih dari orang lain

Mimpi melihat emas putih atau perak

-,melambangkan kemurnian,  niat jujur, kebenaran, dan memenuhi janji.

Mimpi menemui  emas atau mengambilnya dari seseorang 

-Ini bermakna bahwa siapapun yangkita cintai akan membuahkan hasil yang menggembirakan.

- Mimpi menemui emas yang bersih dan berkilauan atau mengambilnya dari seseorang
 bermakna pekerjaan yang sedang kita usahakan akan membuahkan hasil.

-terjumpa emas emas atau mengambilnya dari seseorang  boleh juga bermaksud kita akan mengatasi segala masalah yang sedang dihadapi

ok..tu je la..Bye..



Post a comment

4 Comments

  1. mimpi emas..tiba2 maksud dia buruk..alamakk :D

    ReplyDelete
  2. baca entry ni teringat cerita lecturer sy. dia kata, kalau kita mimpi yg enak2 maknanya benda buruk yg berlaku. kalau mimpi yg x best, maknanya benda baik akan berlaku hahaha... sy dgr je. percaya tak kot

    ReplyDelete
  3. Belum lagi mimpi emas rasanya. risau betul kalau mimpi buruk buruk ni.

    ReplyDelete
  4. bestnya kalau betul-betul dapat emas kan.. hihi. baru tahu sebenarnya mimpi emas ni maksudnya buruk. errm. takutnya

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)