ZUL MUHAMMAD

UNTUNG DAPAT SUAMI SENTIASA MENYOKONG SAMPAI HARI-HARI PUJI SUPAYA SEMANGAT TAK LUNTUR.



UNTUNG DAPAT SUAMI SENTIASA MENYOKONG SAMPAI HARI-HARI PUJI SUPAYA SEMANGAT TAK LUNTUR - Sebenarnya malas nak bagitau sebab dah selalu sangat bagi tahu last2 tak jadi.  Saya ni kan sebenarnya dah dekat 2 bulan diet. Saya tak ambik gula dan tak makan nasik tak makan kuih2, tak makan roti.

Saya makan  telur, ikan ayam dan sayur je hari2.  setakat ni belum timbang lagi walau pun dah sebulan lebih diet giler2 nih. Bila dah hari-hari makan macam ni , baru tahu rupanya boleh je kenyang sampai tersandar walaupun tak makan nasik.




Tapi dah mindset tu dok kata nasi je boleh buat kenyang , sebab tu la selama ni diet tak jadi.Hahah.



Paling seronok bila suami pun bagi sokongan. Saya ni kira bertuah la sebab saya buat apa je suami tetap sokong. Kalau saya kata tak nak diet, nak gemuk pun dia akan sokong sebab sebelum ni saya gemuk.

Saya cakap lapar je tengah malam pun dia sanggup bawak pi makan Char Kue Tiaw.

Berat badan saya ni naik sejak tahun 2018. Sebelum tu jaga sangat badan.tak mau gemuk. Tapi sejak tahun 2018 start suka makan sampai tak terkawal. Last-last timbang berat badan hambik kau!! 70kg.

Sampai la satu hari tu saya mimpi ada nurse tanya saya.. "awak bersalin jumaat ni kan?"


Tepat 1hb june saya mimpi tu. terus diet dan sampai la hari ni. Tapi saya tak bersenam jadi memang saya rasa tak banyak berat saya yang turun ni, Walaupun suami saya ni hari-hari cakap.. " sayang dah kurus la. Baju ni nampak longgar" tapi saya dok rasa macam sama je.

Tapi saya tau dia cakap gitu sebab tak nak bagi semangat saya ni luntur di tengah jalan untuk kali ke 200. hahahah

Bila dengar dia cakap macam tu memang bersemangat tau. Lagi la rasa nak teruskan diet. Sebab tu bila diet penting juga ada sokongan dari suami nih. Jangan malu untuk bagi tahu orang dalam rumah tu yang kita nak diet.

Bagitau juga kat diaorang kita tak boleh makan itu tak boleh makan ini supaya diaorang faham,

Bulan lepas saya ada pilih satu hari untuk makan apa saja kecuali makanan ada gula. Tapi bila dah biasa makan sayur , makan buah, jadi tak selera nak sumbat macam2 dalam mulut nih. Makan sikit pun dah kenyang.




Bulan lepas saya makan nasi dengan sambal ayam.Nasi 1 senduk je. yang banyak timun dengan salad. Suami tengok saya suka salad hari2 beli salad dengan timun belambak-lambak. :D

Bulan ni saya pilih untuk makan mee segera dengan ais kacang sebab suami kata risau juga kalau tak ambik gula langsung. So saya pilih ais kacang. Nampak tak?? reward untuk diri sendiri pun pilih yang simple2 je. Takut seronok makan sebenarnya..

Bulan depan tak tahu la. Hujung bulan ni raya haji..kan? Kena hati-hati la nampaknya. Bila dah balik kampung ni saya senang sangat tergoda dengan makanan. Kakak saya pulak hari2 masak kuih untuk berniaga. Kena bersedia mental saya ni nak mengahadapi musuh di depan. Hahahahha

Tapi tahu dah la...suami saya dia tetap akan kata " tak pe.. makan sikit..nanti balik sambung diet.." macam tu la dia walaupun dia tahu bini dia ni senang sangat tewas di tengah jalan. Tabah je dia melayan.

Bila dia menyokong macam ni kita nak putus semangat pun jadi serba salah..kan? Jadi saya gunakan kata-kata semangat dia untuk  saya lebih kuat dan teruskan perjuangan ni

Ok..tu je la nak cerita sebagai kenangan  di masa akan datang..

.

Post a comment

9 Comments

  1. Bab mimpi tu..hahaha!
    Mimpi ngeri sampai taubat nak diet.

    Syukur dpt suami yang menyokong kan..

    ReplyDelete
  2. bagusnya kak, saya pun nak cuba jugak la paksa diri macam ni haaa..takut kalo mimpi macam akak..ahhahahaha

    ReplyDelete
  3. sampai masuk dlm mimpi..mmg kena diet ni..hehe...
    kena kuat semangat..Alhamdulillah, ada sokongan..

    ReplyDelete
  4. hehehee caiyokk kak..now rutin shida diet..cuma mkn nasi seklai sehari sahaja..xminum air manis..minum pun hanya air buah je..setakt ni je saya mampu berdiet..kerana suami kuat mkn hahahha ^_^

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah suami yg prihatin

    ReplyDelete
  6. bestnya ada yang bagi moral support. Ayat dia simple je tapi bagi makna mendalam kan. All the best since menempuh dugaan menu sedap raya haji hahaha

    ReplyDelete
  7. Alahai mimpi pon comel sangat aihhh. Hahaha terus diet .. Moga istiqomah D.

    ReplyDelete
  8. cayok kak..hehehe..mimpi tu memng boleh terkjut ye

    ReplyDelete
  9. alhamdulillah. be happy til jannah sis

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)