SIAPA SUAMI YOUTUBER MASAKAN TERKENAL YANG KENA TAHAN POLIS TU?





Nak bergosip pulak petang ni. Tu la jadinya bila anak-anak pergi sekolah mak-mak duduk rumah sorang-sorang pun sempat layan berita panas. Hari ni terbaca tentang suami Youtuber masakan yang terkenal di tahan polis sebab bawa senjata tajam dan mengamuk di hospital. Suami youtuber masakan yang mana satu ye?

Tak kira lah suami siapa pun tapi dah bila terkenal kena lah pandai-pandai jaga diri. nanti orang kata "ala.. suami blogger tu.."..
" suami Youtuber yang masak briyani sedfap tu.."
 Macam-macam lagi la orang kata.

Pandai-pandai la jaga diri sebab pergi kemana-mana pun orang kenal.Walaupun yang terkenal tu bukan kita tapi orang kenal saudara mara , isteri atau anak-anak kita yang terkenal tu.

kadang-kadang dah kawal tingkah laku tapi pi mabuk pulak. Biasa la kalau dah mabuk bukan boleh kawal tingkah laku dan perangai buruk kita ni.Kalau boleh semua kita nak tunjuk. Sikit pun tak mau simpan. Tak de baik kat mana pun kalau dah mabuk ni.

Pernah tengok orang mabuk duduk diam2 dalam bilik tak kacau orang?? Memang tak de...

Ini petikan berita dari Awani:


Suami nya saja yang kena tahan. Makna nya video youtube masak-masak tetap jalan ok.. Yang penting masakan dia tetap sedap walaupun suami kaki pukul. Nan cerita peribadi tu tolak tepi. Raya ni nak buat briyani..


Ok bye...

Post a comment

16 Comments

  1. Terkejut juga lah baca cerita nie tadi.. susah kalau dah terkenal nie kan, apa kita buat semua jadi perhatian..

    ReplyDelete
  2. Laaa baru nak terkenal dah kena tangkap pulak dah.... habis tu sapa nak pegangkan kamera tu...aduhaiii

    ReplyDelete
  3. Terkenal atau tidak terkenal memang kena berjaga-jaga nak buat sesuatu.Kita ada keluarga saudara mara.Apatah lagi bila sudah terkenal.Memang tak dibagi peluanglah.Pulak dikhalayak ramai.Terkejut juga bila baca tajuk.

    ReplyDelete
  4. kejutan budaya juga agaknya, dia masih tak pandai lagi jalani kehidupan sebagai selebriti kan betul kata D dah mabuk bukannya boleh berfikir dengan waras ye tak

    ReplyDelete
  5. Hmmmm kalau macam zumal ramai tau dah gangster kat fb kadang2 buat muka sedih 🤭

    ReplyDelete
  6. Moga baik-baik aje diaorang berdua ini :)

    ReplyDelete
  7. dalam hidup ni pelbagai rencahnya yg kena rasa

    ReplyDelete
  8. kalau beliau perlukan assistant nak ambil bideo, saya boleh tolong...errr...ok2...serius, serius...

    moga dipermudahkan urusan diorang ni...harapnya insaf la husband dia...

    ReplyDelete
  9. adui kalau dah togak air tu mmg xde kewarasan. kan dah satu malaysia tau

    ReplyDelete
  10. xmo komen sngt kes depa ni..
    hope dapt selesai cara elok..

    ReplyDelete
  11. ini cerita sensasi ..

    nasib baik saya blogger..

    antara blogger dengan Youtuber siapa lebih glamer

    ReplyDelete
  12. kalau betul puncanya disebabkan si isteri tak bagi kredit kat suami ms terima anugerah, rs mcm tak logik. tp kita pun x leh nk jangka org punya baran, kan? sbb yg kita nmpk selama ni cuba yg baik2 shj...

    ReplyDelete
  13. wow..briyani..nak kak..alamat please hehee ^_^

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)