SELESAI ISI BORANG BANCIAN PENDUDUK DAN PERUMAHAN MALAYSIA


Lega rasa lepas dah siap isi borang bancian 2020. Saya tak dapat invitation code melalui poskad jadi terpaksa la lakukan pra pandaftaran e-Census. Banyak jugak soalan nak kena isi. Tapi rasanya lebih cepat bila jawab online dari jawab berdepan dengan orang yang datang banci kat rumah tu.



Bila jawab depan-depan orang banci , banyak selit-selit menyembang. Tengok kucing nanti stop kejap, dan sembang pasal kucing. lepas tu dapat pulak tuan rumah rajin menjamu, makan la pulak. minum lagi.. 

Benda 15 minit jadi 1 jam.. hahah..

Tapi nak mendidik orang untuk isi borang bancian melalui online pun bukan senang. Ada yang pandang ringan benda nih. Ada juga yang bertangguh alih-alih terus terlupa. 


Apa pentingnya bancian penduduk dan perumahan diadakan?


Pelaksanaan Banci Penduduk dan Perumahan adalah penting bagi mengenalpasti saiz, taburan, komposisi dan ciri sosio-ekonomi penduduk serta perumahan di Malaysia. Maklumat yang diperoleh akan digunakan untuk merancang, menggubal dan melaksanakan polisi Kerajaan Malaysia untuk tujuan pembangunan negara dan kepentingan rakyat pada masa hadapan. Maklumat dari banci juga menentukan bagaimana pembiayaan kerajaan yang bernilai berbilion ringgit Malaysia akan dibelanjakan di seluruh negara. Penghasilan profil yang terperinci ini akan digunakan untuk membuat perancangan dan keputusan berkenaan perkhidmatan awam yang diperlukan bagi setiap lokaliti seperti hospital, sekolah, jalan raya, dan pengangkutan awam. Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) juga menggunakan maklumat daripada banci untuk membantu memenuhi keperluan-keperluan teras di kawasan mereka.

Jadi lepas ni siapa yang belum isi sila la isi cepat. Nanti dah nak cuti raya, terus lupa. Baik la isi sekarang dari asyik merayap jari tu komen hal buruk orang di sosial media. Hahah.. Jangan marah.. :p

Bagi yang masih sampai sekarang posmen tak hantar poskad ecensus ke rumah korang boleh terus buat Pra Pendaftaran di https://ecensusreg.mycensus.gov.my.



Lepas tu tunggu email dari e-census . Diaorang akan hantar Onvitation Code . Ikut arahan yang diberikan. Tak lama pun tunggu email. Dalam 30 minit dah dapat emailnya. Dapat email, klik je kat link biru dalam email tu.



kemudian isi no Ic dan ikut code yang dia bagi.
Bila dah siap isi sila sah kan.




Dah selesai satu tanggungjawab kita sebagai warganegara Malaysia. Kalau warga asing pun kena isi. Apa lagi kita yang warganegara ni. Kata cintakan negara ..kan??
Tak kan la isi borang banci pun malas. Hahahah

Semua soalan tentang diri kita sendiri Jangan kata tak reti jawab pulak. Lai la kalau diri sendiri pun korang tak kenal..kan??. Tak de pun dia tanya soalan sampai nak kena keluarkan kalkulator. Nak jawab guna phone pun boleh. Tak de masalah. 

Post a comment

8 Comments

  1. Betul tu kak. Nak didik masyarakat isi online ni agak sukar. Tambah pula yang buta it atau jarang guna online untuk benda-benda macam ni mesti rasa susah. Tapi dah jadi tanggungjawab kita, susah tak susah yg penting buat. So tahniah kak! Hehe.

    P/s: Saya baru nak isi untuk rumah sendiri.

    ReplyDelete
  2. Kena ingatkan suami saya ni, entah dia dah buat ke belum. Haritu dapat kad untuk buat ecensus ni kat pigeon hole

    ReplyDelete
  3. baik kak nnt pi isi na..tq sharing kak

    ReplyDelete
  4. Rasanya mcm dah lama pembanci tak datang..kena isi online pulak skrg

    ReplyDelete
  5. Ada dapat kad tu mereka letak kat dalam post box.
    Tapi belum berkesempatan nak menjawab online lagi.

    ReplyDelete
  6. tq sharing...baru riki-riki website, belum buat lg...raya dulu...

    ReplyDelete
  7. Dahulu pernah jadi pembanci. Memang rasa susah nak temuramah. Kadang-kadang buat di luar rumah.
    Betul ada lambat sebab dijamu minum.

    ReplyDelete
  8. Kena buat cara gini jugak kot, xde pon sampai poskad nya lagi..

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)