RESEPI REMPEYEK KACANG YANG SEDAP DAN RANGUP TAK PAKAI ACUAN



RESEPI REMPEYEK KACANG YANG SEDAP DAN RANGUP TAK PAKAI ACUAN  | Dah dekat sebulan tepung beras yang suami beli tapi langsung tak guna pun. Risau pulak kalau sampai tarikh luput nya nanti kan dah rugi. Jadi saya rasa nak buat kuih rempeyek je la. Tapi acuan rempeyek tak ada. cemana ni?? Jangan risau.. Otak kan ada.. Hahhahha . Kita buat je la Rempeyek tak guna acuan . Tapi kita guna senduk je.



Walaupun rempeyek tak lawa macam guna acuan nya, tapi tetap sedap, rangup dan boleh makan.Hahah

Nak buat bancuhan rempeyek ni senang je. saya campak-campak je bahan-bahan nya. Cuma part tambah air tu je kena tambah sikit2. Jangan tuang semua.. Tambah sikit lepas tu kacau. Tambah lagi kacau sampai la bancuhan tu cair, Kalau pekat tak jadi tau..

Kalau bancuhan pekat kita punya rempeyek jadi liat. Bila cair senang nak dapatkan rempeyek yang nipis dan rangup.

3 kali jugak la tukar kuali sebab kuali tak boleh panas sangat. Dapur gas rumah saya ni pulak kemain nyalaan nya macam gila perhatian. Dah perlahan kan api pun rempeyek cepat sangat hangus. Saya ni siap guna kuali lawa merah ang ang tau. sebab nak ambik gambar masuk blog.

Bagi la nampak senonoh sikit bila nak masuk blog..kan??.. Rupanya dia tak nak kuali merah ang ang..



Kita tukar pulak pakai kuali beli kat Sakan 10 tahun lepas. Kuali putih bersih sebab jarang pakai.Haha.. kuali putih2 ni malas sikit nak guna sebab malas nak menyetal. Eh!!dia hangus jugak. kuali masih suci murni dia tak nak ok..



Rupanya dia nak kuali yang berkerak gini.. Sebab kerak bawah kuali tu tebal agaknya  jadi dia memang lambat hangus. jangan ada yang kecam tengok kuali saya ni dah la. Memang bukan salah kuali. Tapi salah dapur gas tu.. Hahah.

Dengan kuali mak mertua ni la berjaya buat rempeyek rangup dan sedap tak pakai acuan, Dapat la dua bekas Tupperware . Ni tinggal satu bekas je lagi sebab, biasa la, bila ada tukang masak ada la tukang makan. Rempeyek ni kegemaran seisi rumah rupanya.. Nanti boleh la buat lagi.

Senduk yang kita gunakan yang jenis macam gambar atas ni.. Senduk pun kena pakai yang tebal sikit macam tu. jangan pakai senduk jenis ringan tu. Dia melekat kat senduk dan tak mau tanggal. Nanti bebai sorang2 kat dapoq.

  Resepi Rempeyek rangup dan sedap tak pakai acuan


Ok..cerita panjang2 pun tak guna kalau tak bagi resepi..kan? Meh ambik2 resepi ni.. Salin dalam buku lekas..




Bahan-Bahan membuat rempeyek :

4 sudu besar tepung beras
1 biji telur
2 sudu besar santan serbuk
1 sudu kecil garam (letak sikit2 supaya tak terlajak masin)
1ulas bawang putih
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
1 genggam ikan bilis , ambik sejemput untuk blend. dan selebih nya untu letak atas rempeyek.
1 sudu kecil serbuk secukup rasa
segenggam kacang tanah. bersihkan dan tos sampai kering.
Air
Minyak untuk goreng (banyak)

Cara-Caranya:
 Sebelum mula memasak basuh dulu kacang tanah dan ikan bilis.

Tos kan supaya tak de air bertakung. Kacang dengan ikan bilis tu tak kering pun tak pe.. Yang pentinmg dak berendam dengan air..

Jom start bancuh.. Ambik satu bekas.

Masuk kan tepung beras , telur,  garam, Secukup Rasa, dan serbuk santan dalam bekas.

Tumbuk lumat bawang putih, jintan manis dan jintan putih. Masuk kan dalam tepung beras tadi.

Lepas tu masuk kan air sikit2 dan kacau guna whisk.

Bancuhan kena cair tapi tak la cair sangat.

Panaskan minyak dalam kuali. Minyak kena panas..Senduk tu rendam dalam minyak panas tu. Api kena perlahan. Biar minyak tu panas dengan api perlahan je.

Bila senduk dan kuali dah panas cedok 1 sudu bancuhan dan tuang keliling senduk.

letak kacang dan ikan bilis.

lepas tu buang lebihan bancuhan dalam senduk ke dalam bekas bancuhan semula..Jangan buang dalam sink pulak.. hahahah

Kalau tak nak bagi kacang dan ikan bilis jatuh, tahan dengan sudu je. kemudian terbaik kan senduk tu bagi lebihan tepung jatuh dalam bekas bancuhan tadi.

lepas tu celup la dalam minyak panas.

Goyang2 sikit senduk supaya rempeyek keluar dari senduk dan ulang cara ni sampai la habis bancuhan tadi.



Api betul2 kena perlahan tau. kalau tidak tak masak pulak kacang nya.

Sejuk kan dan boleh la dihidangkan..

Nampak je macam rumit tapi bila dah ulang sampai 5,6 kali jadi mahir terus. Saya memula buat pun samp[ai hangus. Tengokgambar atas ni. Rempeyek yang hujung sana sampai hitam gara2 bontot kuali nipis.

Bancuhan ni sesuai jugak untuk korang buat guna acuan sebenar rempeyek. Sangat sedap dan boleh jual. Saya halalkan kalau korang nak jual.  Yang penting jangan kecam kuali.. hahahah...


Selamat mencuba dan semoga berjaya.

Post a comment

3 Comments

  1. tak pernah buat sendiri selalu beli je.. kalo buat sendiri mmg jimat n boleh letak kacang banyak2 puas hati makan..

    ReplyDelete
  2. Inshaa Allah boleh cuba nanti :)
    tq sharing kak di :)

    ReplyDelete
  3. cuba tukar ke tepung cap teratai? resepi sy dpt dr blogger lama. dia mmg buat bisnes rempeyek. sy suruh mama sy tkr tepung ni dan mmg menjadi. rempeyek jd lbh rangup dan ringan

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)