RESEPI KULIT POPIA CHEESE PEDAS YANG SEDAP DAN MUDAH


RESEPI KULIT POPIA CHEESE YANG PEDAS, SEDAP DAN MUDAH | Sejak semalam dah meluah perasaan pada suami betapa sedihnya saya kalau raya haji ni tak boleh balik sebab PKP. Hari ni jam 12 keluar pergi beli kulit popia dan serbuk cheese. Cadangnya nak buat Kulit Popia cheese yang pedas untuk raya ni. Anak-anak suka sangat makan popia cheese.

Sambil menunggu pengumuman Pak Menteri , saya gunting pelan-pelan kulit popia ni. Dalam hati dah nekad. Kalau tak boleh balik kampung saya nak simpan balik kulit popia ni dan malas nak buat.Hahah.. Alhamdulillah, Pak Menteri bagi balik kampung raya haji ni. 

Kulit Popia Cheese


Makin laju la jari menggunting kulit popia. Lepas habis gunting terus goreng dengan senang hati. Betapa gumbiranya dapat balik kampung. Siap satu balang kulit popia cheese pedas yang sangat sedap. Maklum lah buat dengan ikhlas dan senang hati memang sedap la kejadian nya..  tiber....!!!

Saya ada citarasa sendiri bila makan popia cheese ni. Saya tak suka popia cheese yang dimasuk kan serbuk cili. Bagi saya serbuk cili adalah bahan masakan yang tak patut ada dalam dunia. Hahahah.

Serbuk cili ni banyak menipu saja. Rasanya macam tepung. Tak pedas tapi warna merah menyala sampai lekat kat tangan. Sah-sah la diaorang campur pewarna dalam serbuk cili tu. Entah berapa banyak tepung yang dimasuk kan dalam serbuk cili tu. Bila makan mesti akan rasa kosong dan pahit.

Saya pernah singgah makan mee udang kat satu kedai. Lepas makan suami tanya kenapa gigi saya merah. Rupanya dalam mee udang tu diaorang letak kan serbuk cili. Dah malu pulak nak senyum bila suami buat lawak. Rasa nak cepat2 balik rumah je.

Dalam popia cheese , saya lebih suka guna chili flakes. Walaupun rupa dia kasar sikit tapi sedap. Rasa chili original dan tahap pedas yang maksimum kita boleh rasa. Sebab tu popia cheese saya boleh nampak chili flakes tu.

Chili Flakes



Nampak popia kita lebih cantik. Lagipun dapatlah kita bezakan yang mana satu perisa yang pedas dan yang mana satu popia chese perisa Original.

Bagi yang nak kan resepi Kulit Popia Cheese Yang Pedas, Sedap dan Mudah disini saya kongsikan untuk korang mencubanya. 

Resepi Kulit Popia Cheese Yang Pedas, Sedap dan Mudah.


Bahan-Bahan: 

1 bungkus kulit popia saiz besar
1 biji telur
2 cawan minyak untuk menggoreng

Bahan Cheese:
1 cawan serbuk Cheese (Nacho Cheese Powder)
1/3 cawan gula pasir
1/4 cawan  Chili flakes

Cara-cara membuatnya:

Gulung kulit popia guna chopstik.

bahagian hujungnya sapu dengan telur .

lepas tu gunting menyerong.

Kemudian goreng kulit popia sampai keperangan.  Goreng dengan api yang sederhana perlahan.

Kalau perang warna nya lagi cantik bila dah disalut dengan cheese.
Bila dah perang dan garing, angkat dan tos kan minyak.

sejuk kan kulit popia.

Sekarang kita buat campuran serbuk Cheese pulak.

Masuk kan gula, chili flakes dan serbuk cheese ke dalam pengisar kering. Lepas tu kisar sampai gula sebati dengan semua bahan.

Popia cheese 

Masuk kan kulit popia dalam dulang besar. Lepas tu curah je cheese yang kita kisar tadi dalam kulit popia.

Kacau pelan2 guna senduk untuk sebatikan nya.

Ada orang suka goncang2 dalam balang. tapi saya tak mau buat gitu nanti kulit popia jadi pecah dan tak cantik. Penuh serbuk kulit popia je nanti dalam balang tu.


Lepas tu masuk kan dalam balang dan tutup rapat. 

Raya nanti baru buka balang tu. Kalau tidak belum raya dah habis sebab sedap sangat.

Nacho Cheese


Saya guna Cheese Nacho ni biasanya. 500g harga dalam rm20 je.  Sebungkus ni boleh buat banyak sebab sekali buat guna 1/2 cawan serbuk cheese je. So baik la korang beli bungkus besar gini dari beli yang paket kecik2 tu.Tak rugi.

Post a comment

9 Comments

  1. Resepi yang sangat menarik. :)

    ReplyDelete
  2. sedap ni, buat sebalang tak sampai sehari je dah habis

    ReplyDelete
  3. Haha seramnya makan mee udang gigi jadik merah 🤣🤣🤣

    ReplyDelete
  4. sedap juga ni , tp malasnya den nak masak2 hahahha makan je rajin

    ReplyDelete
  5. Rajinnya sis, mesti sedap tu. Krup krup krup sedar2 habis hehe

    ReplyDelete
  6. Nacho cheese memang sedappp. Dah dapat bayangkan macamana rasa popia cheese akak fuuuuuuhhh.

    ReplyDelete
  7. ok nanti nak buat lah..sng ajer nih..

    ReplyDelete
  8. Oh! mudahnya buat popia cheese ni.
    Mrs. A nak trylah ajak Aryssa buat hehehee...
    Kalau beli satu bekas kecik je dah berapa hengget

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)