RESEPI GARLIC CHEESE BREAD VIRAL YANG SANGAT SEDAP



RESEPI GARLIC CHEESE BREAD VIRAL YANG SANGAT SEDAP | Resepi Garlic Cheese Bread ni asyik lalu lalang je kat IG saya tu. Ramai betul peminat roti ni. Saya belum berkesempatan nak membuatnya lagi. Tapi saya nampak ramai yang dah berkongsi resepi. Cara membuat Garlic Cheese Bread ni agak banyak juga langkah-lanhkahnya nya. Tapi hasilnya memang memuaskan. Kalau nak beli pun mahal juga harganya.. jadi kita cuba lah buat sendir dulu.

photo: anarose88

Roti Garlic Cheese Yang Viral

Bagi peminat roti mesti tak nak ketinggalan sama merasai keenakan Roti Cheese ini. Roti ni sedang Viral dan rata-rata sangat suka dengan rasa cheesenya yang sangat enak.

Dimana-mana saja orang menyebut tentang Roti Garlic Cheese ni sampaikan sesiapa saja yang menjualnya mengakui roti ni memang laris macam pisang panas. Beberapa rakan facebook saya pun ada yang jual roti Garlic Cheese ni.

kenapa Roti ni boleh Viral? Dah tentulah sebab keunikan bentuknya yang menarik, menyelerakan dan ada cheese. Biasalah, orang Malaysia memang suka setiap makanan yang ada cheese.

Kalau ada cheese dalam makanan comfirm makanan tu akan jadi viral.

Cheese dalam Garlic Cheese Bread


Kebiasaan nya Cheese yang digunakan dalam resepi ini ialah Cheese Parmesan. Boleh dibeli di pasaraya dan juga kedai bakery. Harganya juga boleh tahan mahal jugak la.

Tapi jumlah penggunaan nya tak banyak pun. Cheese mempunyai rasa yang kuat. Jadi tak sesuai diletak kan banyak dalam Roti. Sebab dalam Roti dah ada yis atau pun ragi. Itu pendapat saya la. Sebab saya sendiri tak suka Roti yang ada terlalu banyak Cheese.

Disebabkan harganya mahal, saya kongsikan resepi Garlic Cheese Bread yang menggunakan cream cheese je. Tak payah guna cheddar atau parmesan.

Garlic Cheese Bread di bakar dua kali. Mula-mula kita buat roti dan bakar kemudian bila roti dah masak kita masuk kan filling dalam roti tu, siram garlic butter sause , lepas tu bakar lagi dalam 15 minit.



Jom lihat resepi penuh cara membuat Garlic Cheese Bread yang sangat sedap.


Cara Buat Bun

Bahan-bahan:
200g tepung gandum protein tinggi
50g tepung gandum biasa
40g gula pasir
1 biji telur
1 biji kuning telur
50 ml whipping cream cair (boleh digantikan dengan buttermilk atau susu cair)
50ml Air ais
5g ragi
5g susu tepung
45g unsalted butter
2g garam

Sapuan atas roti:
Sedikit susu cair
Sedikit butter

photo; anarose88



Car-caranya:
1. Dalam bowl campurkan tepung gandum, telur, kuning telur, gula, susu tepung, ragi, whipping cream cair. Gaulkan dan tambahkan air ais sedikit demi sedikit. Uli sampai tak melekat kat bowl. Lebih mudah kalau guna mixer

2. Tambahkan butter dan garam. mix lagi sampai semuanya sebati dan tak melekat. Timbang adunan 50g lepas tu bulat2 kan. Buat sampai adunan habis. kemudian rehatkan sampai roti naik 2 kali ganda.

3. Selepas roti mengembang 2 kali ganda sapu roti  dengan susu cair diserata permukaan roti.

4. Bakar dalam oven dengan suhu 200 guna  api atas bawah (sesuaikan oven masing masing).
5. Setelah masak sapu butter dipermukaan roti.

Cara buat Inti / Filling:

Bahan-bahan:
250g creamcheese
50g dairy whipping cream
25g icing sugar
1/2 susu besar air lemon

Cara-caranya:
1. Pukul creamcheese, whipping cream, icing sugar hingga creamy. Masukkan air lemon, kacau sampai sebati.
2. Masukkan ke dalam piping bag. Simpan di dalam peti sejuk

photo: anarose88

Cara membuat Garlic butter sauce:
Bahan-bahan:
125g butter
25g whipping cream cair (boleh digantikan dengan  susu cair)
25g madu
5 ulas bawang putih dicincang halus
1 biji telur di pukul sedikit
 Daun parsley di cincang halus
Secubit garam garam

Cara-caranya:
Cairkan butter. Masukkan semua bahan lain. Kacau guna whisk sampai semuanya sebati.


photo: anarose88


Cara masuk kan inti:

Belah bahagian tengah bread bun menjadi 6 bahagian kemudian picit  tiap sisi dengan filling.
Susun dalam loyang . Jangan susun rapat-rapat sangat.
Last sekali siram dengan garlic sauce.

Bahagian atasnya taburkan dengan daun parsley dan boleh juga taburkan sedikit hirisan cheese. Bakar dalam oven dengan suhu 160 selama 10-15 minit.

Resepi dan gambar dalam artikel resepi ini adalah hasil perkongsian Anarose88. Terima kasih atas resepi yang sedap dan menarik.




Post a comment

12 Comments

  1. Tampak lezat dan mengembabg sempurna.
    Terimakasih untuk resep yang dibagikan :)

    ReplyDelete
  2. penah mkn kak di..bolehla..rasa dia..
    beli kat aeon je..

    ReplyDelete
  3. kak ana ni dari sehari ke sehari nak beli bread maker D, kalau tak ada payah nak dapatkan tekstur roti yang cantik kan.

    ReplyDelete
  4. sana sini kan orang tunjuk roti ni.. tak pernah rasa tapi teringin juga nak beli

    ReplyDelete
  5. ROTI BUAT SENDIRI MMG MAVELES

    ReplyDelete
  6. nampak sedap ja..omg tempting btl

    ReplyDelete
  7. sana sini sy tgk org share resepi ni... nk buat mmg tak tau hehehe tggu kalu sesapa open order

    ReplyDelete
  8. Itulah, asyik lalu lalang je kat explore ig tu. Nampak macam sedap je. Nak mencuba buat kena tunggu rajin ni. sesiap save resepi.

    ReplyDelete
  9. Tengok sedap, tapi ai tak suka garlic.

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)