RESEPI CREAM CHEESE BROWNIES YANG SENANG DAN PALING SEDAP



Ramai pembaca blog saya ni ialah penggemar brownies. Boleh kata setiap hari ada je yang mencari-cari resepi brownies saya. Oleh sebab ramai yang suka brownies kali ni saya nak kongsikan pulak resepi cream cheese brownies . Yang ni lagi sedap tau. Kalau ada masa hujung minggu nanti boleh buat untuk anak-anak.

photo: Fitriagustina1108


Resepi cream Cheese Brownies ni sebenarnya adalah perkongsian dari Fitri Agustina dilaman Ig nya. Brownies nya tak terlalu manis. Resepi ni untuk saiz loyang 20x20. Tinggi dalam 3.5 cm. Sangat sesuai kalau nak buat hantaran ke, hadiah ke..kan?

Sebenarnya saya dah pernah buat Cream Cheese Brownies guna resepi ni. Tapi tak sempat nak ambik gambar. Buat untuk orang jadi fikiran dok risau takut tak sedap, Alih-alih orang tu wasap dan bagitau sedap.. Nanti nak order lagi..

Sebab tu saya tahu brownies ni sedap. Tapi untuk kali ni saya gunakan sukatan yang dikongsikan oleh Fitri Agustina sendiri.




RESEPI CREAM CHEESE BROWNIES YANG PALIN G SEDAP


Bahan untuk lapisan brownies:

150 dark cooking chocolate @ chocolate compound
50 g mentega
40 ml minyak sayur
2 biji telur
150g gula
100g tepung gandum
35g serbuk coco

Cara membuat lapisan brownies :

1- Cairkan dark cooking chocolate, mentega dan  minyak. Kemudian ketepikan..
2- Pukul  gula dan telur menggunakan whisk
3- Kemudian masuk kan tepung gandum dan serbuk koko (ayak terus kat dalam bekas telur tadi)
4- tuang chocolate yang dah dicairkan tadi ke dalam adunan, Kacau bagi sebati..

photo: fitriagustina1108
Bahan untuk lapisan Cream Cheese:

200g cream cheese Anchor
50g mentega
50g gula halus
1 biji kuning telur
30g tepung gandum

Cara Membuat lapisan Cream Cheese :
1- pukul creamcheese, gula halus dan mentega sampai lembut (guna mixer)
2- Masukkan telur, pukul lagi
3- Kemudian masukkan tepung, Tukar mixer pada kelajuan paling rendah je.

Dah siap dua adunan. Sekarang dalam loyang yang dah dialas nonstick baking paper tuang adunan chocolate. Tinggalkan sikit untuk kita buat hiasan kat bahagian atasnya nanti..

Lepas tu  Tuang semua adunan cream cheese  diatas adunan coklat, ratakan.

Last sekali tuang baki adunan coklat pulak. Boleh la guna lidi untuk lorek-lorek atas brownies tu bagi nampak corak sikit. Buat la lawa2. Buat benda sedap ni kena cantik-cantik tau. Lagi-lagi kalau guna bahan mahal.Hahahahha
photo:fitriagustina1108
.
Kemudian bakar brownies guna api bawah suhu 175 .  Tempoh masa  30 - 40 minit, Bila oven dah bunyi ting!! buka api atas pulak selama 2-5 minit untuk cantik kan bahagian  atas nya.. kasi perang-perang sikit baru cantik

Terima kasih Fitri Agustina untuk resepi Cream Cheese Brownies yang sangat sedap ni.

Selamat mencuba..

Post a comment

5 Comments

sila tinggalkan komen anda...:)