PEWANGI RUMAH YANG MURAH, BAU KUAT DAN TAHAN LAMA



Kebanyakan rumah zaman sekarang ni tingkap tak banyak jadi pewangi dalam rumah sangat penting. Berbeza dengan rumah kampung yang tingkap nya banyak dan rumah kampung ada tingkap yang luas dan tinggi. Angin keluar masuk dan  bau pun segar je.



Tapi rumah di bandar2 ni ada tingkap pun kita tak berani nak buka sangat sebab habuk banyak. macam rumah saya ni hari2 buka pintu belakang dan depan saja. itu pun buka dari pagi sampai tengahari. 

Bila sampai waktu tak sibuk, waktu nak golek2 depan tv semua saya tutup.Sebelum ni saya guna pewangi semburan macam kat atas ni. Ini di bahagian dapur.  Bahagian hall pun saya pakai pewangi jenis ni. Harganya memang mahal la untuk satu botol tu.





Tapi tak tahan pun bau nya. saya set semburan nya setiap 15 minit kot. Tak sampai 15 minit bau dah hilang. Brand A*** P**

Saya ada nampak pewangi rumah ni dah lama kat Shopee. Tapi tak teringat pun nak beli. Pewangi rumah ni  selain untuk wangikan ruang dia juga untuk halau kucing supaya tak berak merata. Nampak tak ada tajam-tajam kat permukaan nya ni .. Kucing tak suka benda ada tajam2 macam ni..




Cuma risau bau tak tahan lama je.. Ni dah teringat terus order la. Harga pun murah je so tak pe la, kita try pun tak rugi apa..

Tapi saya baca review ada yang kata boleh tahan sampai 14 hari baunya. Macam tak percaya je.. Saya beli 3 colour dulu. Tengok cemana dia punya wangi tu. 
Green - Orchard Blush
Yellow - Cool Lemonade
Orange- Tropica Fruit

Baru guna yang colour hijau je. 2 lagi nanti baru kita cuba tapi baca review 3 colour ni yang paling sedap baunya. Ada bau lavender tapi saya tak beli sebab saya alah dengan bau lavender. Mesti rasa mual bila bau lavender. 

Satu keping pewangi ni saiz dia besar tapak tangan dewasa. Besar kan. Belum buka plastik dah wangi tau. So saya pilih untuk guna hijau dulu sebab ni colour paling laris.


Satu keping pewangi ni boleh potong 4. Saya potong 4  letak kat depan bilik air satu, letak dekat sink 1, dekat hall dan lekat dekat sangkar kucing. Yang paling penting sangkar kucing tu la. Walaupun sangkar kucing dekat luar kena la jugak letak supaya tak bau kucing.

Sebenarnya bau dia macam bau candy. Ada bau manis tu.. Ada bau buah. Bau nya memang kuat dan tahan lama. Hari ni hari ke 7 saya guna pewangi ni dan bau nya masih kuat. Masuk2 rumah je dah bau harum. 

Kalau dulu masuk rumah je tunggu botol putih tu menyembur rasa lambat je. Hahahah.  Orang kata boleh tahan 14 hari. Harap-harap boleh tahan lagi lama la.  jimat belanja kalau macam gini.Hahha.




Harga pewangi ni sekeping cuma RM3.45 sahaja. kalau beli banyak boleh buat stok. Boleh letak dalam kereta juga ni. Kalau korang nak beli boleh beli kat sini Pewangi bilik dan toilet .



Post a comment

14 Comments

  1. PEWANGI RUMAH MESTI ADA AGAR RUMAH AROMANYA SEGAR MENGHARUM

    ReplyDelete
  2. Boleh cuba ni. Pewangi yang anak kakcik beli, macam takde bau je...

    ReplyDelete
  3. murah harganya, saya pun nak cuba jugalah, memang suka rumah dan bilik mewangi je, rasa semangat sikit nak mengemas hihi

    ReplyDelete
  4. Terbaiklah.InshaAllah PC nak cubalah.Oleh kerana boleh dipotong maka jimat dan boleh letak banyak tempat.

    ReplyDelete
  5. Dah macam jadi barang keperluan

    ReplyDelete
  6. kita dah masukkan benda ni dalam cart shopee..hehee..akk dh review mcm bgus ni

    ReplyDelete
  7. Boleh suruh mama beli sebab kami ada masalah kucing suka datang berak dalam pasu bunga.

    ReplyDelete
  8. Best ni murah je. Nak try guna jugalah. dulu guna yg jenis penyembur yg atas tu jugak. lama lama macam rasa xbest pulak. Sekarang beralih ke YL :)

    ReplyDelete
  9. wangi adalah terapi minda..

    kalau berbau harum hati jadi tenang dan gembira.

    jadi benda seperti keperluan untuk zaman moden

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)