PENING KEPALA NAK GUNA PAPARAN BLOGGER YANG BARU -


Sejak dari pagi saya mencuba interface baru Blogger ni.  Bukan mudah nak biasakan benda baru bila kita dah 10 tahun mengadap interface yang lama. Terkial-kial saya nak update blog hari ni. Entah berapa kali saya cuba publish entry tapi entry kekal dalam draft.


 

Buka blog sendiri, entry lama tetap tak keluar. Saya pun dah naik pening sampai terpaksa lelap sekejap bagi menghilangkan sakit kepala. Bunyi nya macam susah sangat je. Hhaha., Entah la,tak tahu bahagian mana yang saya terlepas pandang dan tersilap tekan.

Selepas beberapa kali percubaan akhirnya entry saya berjaya publish dan keluar di blog. Sepanjang percubaan nak terbitkan entry tu, saya terpaksa beberapa kali edit semula post saya  sebab setiap kali buka draft, entry tu tak ada gambar walaupun saya dah masuk kan gambar.

Penyelesaiannya bila kita dah tekan update, korang kena tekan publish pulak. Kalau tekan update saja entry korang masih dalam draft. Mula-mula tekan " UPDATE" lepas tu dia akan balik semula ke dashborad dan kemudian korang tekan "PUBLISH' dekat dashboard tu. Baru la entry korang publish sepenuhnya..

Bahagian label nya juga agak rumit nak diisi. Tak tahu kenapa label yang kita masuk kan tak tertera pada post kita seolah-olah bahagian label tu langsung tak disi.




Bagitu juga dengan iklan adsense , terpaksa dimasuk kan sekali lagi kerana dalam draft langsung tak disimpan. Iklan adsense saya dibahagian bawah dan atas memang saya letak secara manual. Bahagian tengah post saja yang auto. Saya belum jumpa cara nak letak iklan adsense di bahagian atas dan bawah post.

Blogger telah mengumumkan bahawa mereka telah menaik taraf interface Blogger disebabkan tidak lama lagi Google technology akan ditamatkan. Jadi bagi memastikan Blogger tidak bergantung kepada Google Technology selamanya, pembaharuan perlu dibuat. Lagipun interface lama Blogger agak ketinggalan zaman





 Bila nak masuk kan Iklan secara manual , kena klik pada yang saya bulatkan dibahagian kiri tu. Lepas tu pilih HTML view. Kemudian pilih Format HTML kat hujung sekali.



Bahagian label dan tarikh nak publish tu boleh isi je macam biasa. nasib korang la kalau dia keluar ke tidak.Hahah.. Saya sendiri pun tak jumpa lagi penyelesaian nya. Kalau ada yang tahu caranya sila la kongsikan.

Saya ada tanya soalan pasal label ni kat facebook.Tapi tak de siapa pun yang berminat nak jawab. Mungkin tak de kepentingan pun kalau nak tolong saya..kan? Hahahah.. Rasa macam mustahil pulak tak de siapa yang tahu macam mana nak guna interface blogger ni. 

Tak pe la.. Itu hak diaorang.. Mungkin saya sorang je yang rasa rumit sikit  nak guna interface baru ni. Jadi diaorang rasa tak berbaloi nak tolong sebab senang sangat.Hahahah.. 

Ok la..tu je nak cerita..Bye..

Post a comment

11 Comments

  1. SAYA TUKAR SEKEJAP SAJA, PASTU KEMBALI YANG ASAL...

    ReplyDelete
  2. Pernah guna sekali..terkial-kial jg..last2 tukar yg lama...

    ReplyDelete
  3. Saya masih setia pada yang lama

    ReplyDelete
  4. Haritu dah tukar gak konon nak biasakan diri, then berjaya le buat, macam dah pandai, tapi tukar balik ke lama sebab gambar di page home tu jadi blur huhuhu...tak suka!..now guna lama lagi, bior le sampai dia tukar sendiri huhuhu

    ReplyDelete
  5. Ada juga cuba try yang baru ni
    tapi macam dah selesa dengan yang lama

    ReplyDelete
  6. alamak risau pulak rasa..hahahaa xpe kak nanti shida dah guna shida godek2 dulu ye..nnt kita blajar sama2 yer ^_^

    ReplyDelete
  7. memang awal2 dulu complicated ya amat D, sekarang ni macam dah okay blogger pun ada buat beberapa penambahbaikan :)

    ReplyDelete
  8. Fiza pun baru switch juga ni. pening nak explore interface baru ni..aduhaiii..nak tak nak kena bertukar jugalah kan.

    ReplyDelete
  9. diana bukan ke google adsense ada auto insert ? cthnya ambik link auto tu letak di bahagian head , kemudian iklan akan auto keluar di semua setiap sudut yg sesuai dlm blog secara auto , blog bee buat gitu je .. guna 1 link saja ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya dah buat Bee..Tapi dia keluar kat bahagian tengah post je. Bahagian atas dan bawah tak keluar. Sebab tu yang atas dan bawah saya letak manual. leceh sikit template nih. nak tukar sayang pulak sebab template ni je yang saya pasang takde content warning dari google.

      Delete

sila tinggalkan komen anda...:)