ORANG YANG MENGALAMI OBESITI BERISIKO 3 KALI GANDA UNTUK MATI AKIBAT COVID 19



Covid 19 semakin membimbang kan. Walaupun peningkatan kes Covid 19 di Malaysia tak banyak macam di negara-negara luar tapi ramai yang menyuarakan kebimbangan apabila dalam seminggu dua ni kes kembali naik. Kalau sebelum ni kes dah turun kepada 1 angka dan pernah sampai tahap 0 untuk kes tempatan. Ramai yang tarik nafas lega dan fikir masih ada harapan untuk negara kita pulih dan menang melawan covid19.



Golongan berisiko dinasihatkan agar kurangkan aktiviti di luar. Jaga kesihatan dan berusaha untuk mengurangkan berat badan. Kenapa saya sarankan agar menurunkan berat badan? Ini kerana Public Health England mendedahkan golongan yang mengalami obesiti berisiko 3 kali ganda untuk mati akibat covid 19.

Ini yang buat saya lagi semangat nak turunkan berat badan. Bukan sebab nak cantik semata-mata tapi juga untuk kesihatan lagi-lagi time covid19 sedang tak terbendung ni.

Menurut Public Health England indeks jisim bagi orang yang ,mempunyai berat badan berlebihan  ialah lebih dari 25. Golongan ini  cenderung memerlukan ventilation  ketika  dijangkiti covid19.

Laporan itu juga mendedahkan bahawa berat badan yang berlebihan tidak meningkatkan peluang orang lain untuk dijangkiti Covid-19, tetapi mengatakan bahawa lemak yang berlebihan dalam badan boleh mempengaruhi sistem pernafasan dan cenderung mempengaruhi fungsi imun.

Menurut pakar 'setiap kilogram' yang hilang dari badan kita  mengurangkan risiko terkena jangkitan covid 19. Namun menjaga jarak, kerap mencuci tangan tetap perlu diamalkan oleh semua orang termasuk mereka yang mempunyai berat badan ideal.

Perdana Menteri England Boris Johnson  mencadangkan rakyat Britain menurunkan berat badan pada musim panas ini sebagai persiapan kemungkinan gelombang kedua Covid-19 akhir tahun ini.

Walau bagaimanapun, statistik menunjukkan bahawa orang ramai lebih banyak makan makanan ringan dan kurang bersenam ketika dikuarantin dan menyebabkan pertambahan berat badan.



Hampir dua pertiga orang dewasa di UK mengalami berat badan yang berlebihan dan diramalkan jumlah tersebut akan meningkat dalam tempoh empat tahun akan datang jika tidak ditangani.

Jumlah kematian di Britain akibat covid19  yang kini hampir mencecah 45700 sebahagian nya adalah dari golongan yang berlebihan berat badan.

Britain mempunyai salah satu masalah obesiti terbesar di Eropah, dan kini jumlah kematian terbesar akibat covid adalah dari kumpulan tersebut.

So korang jom kita sama-sama turunkan berat badan.Kalaupun laporan dari Public Health ni salah, tak rugi pun kita turunkan berat badan dan mula makan makanan seimbang. Kurang kan manisan dan bersenam setiap hari. Lagi-lagi yang kerap berada diluar dan di tempat ramai orang.

Post a comment

2 Comments

sila tinggalkan komen anda...:)