NAK JADI BLOGGER ATAU NAK JADI YOUTUBER?



NAK JADI BLOGGER ATAU NAK JADI YOUTUBER? | Sejak akhir-akhir ni nampak ramai blogger yang dah menambah kemahiran diaorang dengan membuat video Youtube. . Satu yang bagus sebenarnya sebab selain jana income dari blog dapat juga dari Youtube.



Tapi yang tak bagusnya bila tumpu pada Youtube sampai mengabaikan blog. Disebab kan nak buat video , tak de masa dah nak update blog sedangkan kemahiran dan kekuatan blogger tersebut sebenarnya pada blog nya.

Contohnya macam saya ni lahh.. Youtube sendu je. Update blog pun seminggu sekali, mana boleh nak buat Youtube pulak. padahal masa nak dapatkan Google Adsense dulu sampai bersengkang mata. Alih2 diabaikan semata2 saya nak buat video.

Saya tabik pada mereka yang consistent update blog 2,3 kali seminggu dan boleh publish 1 video seminggu.  Yang ni baru betul-betul buat duit. Ini yang kita mahu.

Memang lah bayaran untuk Youtube lebih lumayan dari blog. Tapi kalau kita boleh dapat dari kedua-duanya sekali kenapa kita nak abaikan yang satu lagi.Kan?




Dah la kemahiran buat video pun sendu jugak.. Tak sayang ke blog yang sebelum ni 1-2 bulan sekali kita boleh dapat rm400-rm500.  Alih-alih dia sibuk nak buat video dan abaikan blog sebab harapkan bayaran lebih lumayan.

Takut nanti masuk 3 bulan video masih tak dapat sambut. Terus tinggal dan akhirnya tak dapat apa. Tak suka dengan apa yang saya kata ni?? So ambik ni jadikan cabaran.

Jangan buat kerja setengah jalan dan jangan abaikan salah satunya.. Blog Dan Youtube.

Kejayaan ni  kita tak dapat dalam sebulan dua. Kita buat blog dulu sampai dapat bayaran pertama , ambik masa berapa lama? Saya sendiri menulis blog dari tahun 2010. Tahun 2012 baru lah merasa dapat bayaran pertama dari Nuffnang.

Tu pun tak harap banyak dari nuffnang sebab masa tu memang minat menulis. Dapat ramai kawan. Berkongsi cerita suka dan duka..Tu pun dah cukup seronok.

Ada beza sebenarnya antara orang yang buat sesuatu sebab duit dengan orang yang buat sesuatu sebab minat. Jangan la buat sebab duit sebab nanti bila tak dapat duit macam yang korang harapkan, korang akan menyesal dan rasa apa yang korang buat adalah sia-sia.

Tapi kalau korang buat sebab minat, korang tak kan harapkan apa2 selain dapat buat apa yang korang minat.

Tapi kalau betul2 nak buat duit, buat la betul-betul .Sekarang ni tanya diri sendiri nak jadi blogger ke nak jadi Youtuber.. Atau pun nak jadi kedua-duanya sekali??




Post a comment

9 Comments

  1. NAMPAKNYA RAMAI YG BERLUMBA LUMBA BUAT VIDEO YOU TUBE LA NI...ADA KEMAMPUAN N SKILL TAK SALAH MENCUBA..TAPI MESTI SERIUS DGN APA YG DIBUAT

    ReplyDelete
  2. Saya bertahun-tahun blog baru dapat 1st income dari blog. Haha. Sekarang macam kurang dah income blog. Maybe sebab malas kot T_T

    Haritu cuba-cuba lah buat video post kat Youtube. 6 hari dapat 500 views. Seronokkk hahaha

    ReplyDelete
  3. Perasan juga ramai dah aktif buat video untuk Youtube.. tapi Kak Sue memang tak reti, tambah lagi memang tak sempat nak buat video bagai. Kita doakan yang terbaik aja untuk depa semua kan..

    ReplyDelete
  4. hehe dedua rasa minat tapi youtube tu kurang sikit dari blog.. lebih sayang blog tapi jinak2 juga dengan utube. more to personal space nk share kenangan2 saja..

    ReplyDelete
  5. Pernah buat video di youtube..tapi sekarang dah kurang sbb malasnya nak edit video hehehe

    ReplyDelete
  6. setuju kak di..saya pun ada youtube tp tak aktif lgsg hahaa..lebih fokus pada blog sbb minat mendalam lg pada blog.

    ReplyDelete
  7. kalau jenis yg confident tinggi + byk idea kaw2 + 'not camera shy' better pilih jd youtuber laa... tp kalau lbh cenderung menulis + membaca, blogger adalah pilihannya

    ReplyDelete
  8. betul. berbalik pada niat. kalau dah rezki takkan kemana. ada jugak youtuber yang terkenal sekarang pun sebab tak terniat nak cari duit. yang penting minat dan ikhlas. macam saya ni, update blog pun jarang. sebab makin sibuk. tapi minat masih ada. insyaAllah akan teruskan.

    ReplyDelete
  9. Kagum dengan mereka yang boleh fokus pada dua-dua ni. diri sendiri belum boleh lagi. blog pun masih terkapai kapai lagi. janji tak sepi sudah lah kan.

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)