KISAH BERPANTANG SELEPAS MELAHIRKAN ANAK KEDUA YANG MENGUBAH DIRI SAYA



Tajuk post ni boleh bikin orang terkejut je.. Baru lepas bersalin ke?? Oh.. Tak la. Ni cuma teringat kisah masa bersalinkan si adik masa tahun 2012. Saya ni bersalin kat Hospital Manjung. Perak. bersalin dekat sana sebab biasalah orang perempuan bila nak bersalin mesti nak duduk dengan mak.

So saya pun macam gitu la jugak. Pulau pinang ke Beruas tu jauh tau. Selalunya kami kalau balik kampung perjalanan ambik masa dekat 2 jam jugak la.

Mikhail 1 bulan


Tapi kan, terharu sangat bila ingat suami sanggup ulang alik ke kampung dalam seminggu tu sampai 3,4  kali. Dia balik jugak tu sebab si adik kena jaundis teruk. Jadi dia kena balik la sebab nak bawak ke klinik tiap hari.

Dah dekat 2 minggu jaundis tak turun-turun, rasa macam kesian pulak kat suami asyik kena balik kampung. Saya pulak macam dah serabut dan asyik nak marah je sebab fikir bila la adik ni nak sihat.
Tiap kali pi klinik kena cocok lagi la rasa nak marah tu.

Lepas tu kat kampung pulak musim panas. Panas ya amat sangat. Serba tak kena jadinya. Lagi la boleh bikin saya naik angin. Kebetulan masa tu , ada cina tu pulak sibuk tabur baja kat kebun sayur dia. Kebun sayur dia dekat je dengan rumah. Bila dia tabur baja lalat banyak la.. Itu pun boleh bikin saya naik angin tau. Nak pump susu pun susah. Sebab lalat ni dia boleh bau susu tu. Lagi banyak la dia menempel kat kita.



Bila semua benda saya tengok nak marah, saya macam tersedar yang saya kena buat sesuatu nih. Saya rasa macam tak selesa langsung duduk kat rumah mak. Terus cakap kat suami saya nak balik berpantang kat rumah sendiri.

Bayangkan lah saya tengok kucing pun saya nak marah. padahal saya ni pecinta kucing kot.

Sebelum jadi apa2-apa suami pun setuju untuk saya balik ke Pulau Pinang.

Bila dah sampai rumah sendiri rasa, tenang, rasa selesa..

Masa ni dah umur sebulan.. Dah balik penang. Hati senang siap boleh buka akaun IG. :)


Saya tak payah fikir pasal suami nak kena ulang alik tiap hari sampai 3, 4jam, tak payah fikir siapa nak bawak ke klinik, tak payah fikir pasal lalat, pasal kucing , pasal panas..

Sepanjang saya berpantang kat rumah sendiri memang suami yang masak, basuh baju, basuh lampin, uruskan Maisara nak ke tadika. Semua dia buat. Saya memang jaga si adik je. lepas mandikan adik, bagi susu, saya tidur. Bila dah bangun dah siap suami masak nasi , goreng ikan, masak sayur.

Walaupun dia masak sayur tumis air je, lepas tu goreng ikan,  tapi memang saya rasa dia sangat2 membantu dan rasa bersyukur ada dia. kadang-kadang saya fikir kalau lelaki lain entah-entah malas nak hadap makan minum saya nih.

Memang la ada je lelaki yang baik tapi tak sebaik suami ku itu..Eceh!!hahaha..

Apa yang saya sedar sampai sekarang, kadang-kadang kita rasa apa yang kita rancang dan mahu tu sebenarnya bukan lah apa yang terbaik untuk kita. Kita rasa duduk dengan mak lagi bagus, padahal tak pun. Entah2 masa tu mak pun rimas. Sebab tu hati saya pun tak seronok.

Tak semestinya kita akan bahagia bila kita buat apa yang kita suka. Patutnya saya berfikir panjang sebelum ambik keputusan nak duduk berpantang kat rumah mak.

Saya terlupa yang saya ni suka duduk dalam rumah saya.Saya tak selesa lama2 dirumah orang walaupun rumah mak tapi bila kita dah bersuami ni, rumah kita dan suami kita tulah sebenarnya syurga kita. Itu lah ruang peribadi kita yang terbaik.

Sejak tu saya rasa saya lebih matang dalam buat keputusan apa pun. Ada masanya saya teruja untuk satu2 perkara. Tapi lepas tu saya fikir.. "sabar dulu..jangan seronok sangat..fikir habis2 dulu.".. Yang penting sekali apa2 keputusan mesti saya akan tanya suami.

Biasanya apa yang dia pilih adalah yang terbaik..

Tu je la nak cerita..



Post a comment

14 Comments

  1. Dah 20 tahun tak bersalin ni hahahaha sampai dah lupa camne nak meneran ni adeiii...
    Berpantang kena jaga semua, bukan makan aje kan, emosi paling penting..

    ReplyDelete
  2. Saya masih tinggal dengan ibu bapa jadi memang selesa di sini. Mungkin sudah biasa dan keperluan kita ada di sini. Kalau sudah kahwin, lain cerita agaknya. Hehe.

    ReplyDelete
  3. rumah sendiri selalunya memang lebih selesa & tenang heheheh

    ReplyDelete
  4. Saya setuju, saya pun berpantang rumah mak, boleh tahan sebulan je, lepas tu hati dah meronta nak balik rumah sendiri. Bukan tak suka rumah mak, tapi kunci hati kita dah ada di rumah sendiri ;)

    ReplyDelete
  5. Kinah ni pun plan bersalin nanti nak berpantang rumah sendiri je. Lebih selesa dan lebih privasi.

    ReplyDelete
  6. Setuju sangat sangat. Sy start pantang sendiri masa anak ke dua..

    ReplyDelete
  7. Emosi dalam pantang memang macam tu...ada jer yang tak kena.

    ReplyDelete
  8. bila dh bersuami rumah sendiri syurga kita

    ReplyDelete
  9. agaknya time shida nnt kat mana ye ^_^ rasanya rumah sendiri jela kot sebab rumah mak dekat je dgn rumah sewa kami ni..sng2 mak mai dtg jelah kan..xgitu..xyah nk bawa brg ape semua..hahaa

    ReplyDelete
  10. alhamdulillah Diana bertindak cepat. Dapatlah mood tu jadi OK balik. Lepas bersalin bahaya kalau moodie berpanjangan.. Untung ada hubby yg prihatin mcm tu

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah..suami banyak membantu..

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)