KENAPA IBU BAPA RISAU KESELAMATAN ANAK-ANAK BILA SEKOLAH MULA DIBUKA 15 DAN 22 JULY 2020

KENAPA IBU BAPA RISAU KESELAMATAN ANAK-ANAK BILA SEKOLAH MULA DIBUKA 15  DAN 22 JULY 2020  - Nak buka sekolah ni benda biasa la bila ada mak pak yang risau anak kena sekolah.

Tapi ada pulak yang kata " eh.. bawak pergi mall boleh pulak.. "??



Deyyyyy!!!

Pergi mall sana dan tengok semua orang berjalan bawak anak ke?? Ada je yang tinggalkan anak kat rumah dan sampai sekarang anak-anak tak jejak mall lagi .. ok jadi jangan pukul rata macam la semua mak ayah yang risau ni,bawak anak ke mall.

Kalau awak pernah tengok ada mak ayah bawak anak-anak ke mall, itu pun punca juga kenapa ada mak ayah yang risau anak akan mula sekolah nanti. Mall tu memang tempat berisiko tau..

So normal la kalau ada ibu bapa yang risau anak-anak akan ke sekolah sebab takut dapat jangkitan dari kawan-kawan yang selalu kerap ke mall atau yang kerap ibubapanya bawa keluar.

Pergi sekolah dengan pergi mall tu sama ke? Kat sekolah cikgu memang dok sebelah anak kita ke walaupun ada SOP?  Kat sekolah cikgu memang 24 jam perhati je anak kita?? Ingat anak kita ni special sangat ke sampai cikgu nak berkepit dengan anak kita 5-6 jam.

Pergi ke mall pun anak-anak tak di lepas bebas ke sana sini sorang-sorang tau.

 Itu lah yang mak pak risau kan sebenarnya. Awak tak de kerisauan bab tu so awak jangan fikir orang lain pun sama macam awak. Rileks dalam segala hal.



Sebenarnya memang tak perlu risau sebab sekolah ada SOP yang perlu anak-anak ikut. Tapi bagi ibu bapa ni mereka fikir lebih jauh tentang ni. Macam-macam yang mereka takutkan.

 Awak faham ke tidak budak2 ni bila jumpa kawan dia, dia punya perangai tergedik2 tu cemana.??
Ada yang jenis tak paham bahasa siap curi2 minum air kawan tau walaupun pesan banyak kali supaya  jangan buat gitu.

Yang darjah 5,6 mungkin dah paham.. Tapi yang darjah 1, 2 ni lah yang buat mak ayah risau.

So kita yang tak berfikir jauh-jauh ni dan rasa kerisauan mak ayah ni satu yang pura-pura , boleh duduk diam dan teruskan berasa tenang.

tu je la nak bebel.

Post a comment

7 Comments

  1. bila kt skolah bdk2 tu sndri bawak diri. Kte xkn boleh control mcm time dia dgn kte

    ReplyDelete
  2. skg ni para guru lah harapan kita utk pantau anak2 dan semua perkara di sekolah.

    ReplyDelete
  3. ye kan kak..mana la nak tahu anak2 yang selalu follow mak pak depa pi mall tu pembawa senyap..naya ooo..

    ReplyDelete
  4. Risau juga, tapi memang kena selalu pesan kat anak tentang sop tu, tu je usaha yang mampu saya buat setakat ni..hmm

    ReplyDelete
  5. Harap2 okay aje
    Nampaknya jangkitan pendemik c19 ni pun dah sangat berkurangan

    ReplyDelete
  6. moga tiada sebarang masalah anak2 ke sekolah semula n hidup kita diteruskan dlm norma baharu curiga tiasa demi kesejahteraan semua

    ReplyDelete
  7. Itulah diri sendiri yang boleh kawal tindakan.
    Apapun harap-harap budak-budak tidak leka.

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)