JANGAN HIDUP MACAM LAGU BANGAU-OH BANGAU





Hari ni ada baca pasal penapis air dimasuki semut. Ada sorang pengguna penapis air ni dia complain kata produk yang dia beli ni tak berkualiti sebab semut masuk dalam penapis air tu dan bersarang dalam tu.

So dia cadangkan orang ramai jangan beli penapis air tu.

Baca komen lain ada yang kata kat rumah diaorang tak de pun masuk semuat. Ok je.. Elok je bekas penapis tu tak de masuk habuk atau semut.

Macam ni la gaya hidup Bangau Oh Bangau..

Rumah sendiri yang banyak semuat, tak perhati ke celah-celah mesin air tu ada laluan semut, tak bersihkan  pun laluan semut tu alih2 terus kempen jangan beli brand tu. Bukan kah salah tu kat diri sendiri yang tak peka dengan kebersihan sekeliling penapis air tu..Kan?

Satu kes lagi baca pasal anak dia cedera sebab kena benda rosak. Dia dah tahu benda tu rosak tapi biar je anak dia main.

Lepas tu terus kempen, " kalau benda ni ada kat rumah sila buang"..

Ehh!nak buang buat apa kalau benda tu elok lagi. Yang patut buang bila benda tu dah rosak la. Bukan buang benda elok.

Awak sendiri yang cuai lepas tu nak kata benda tu yang tak elok. 

Bangau Oh bangau!! Kenapa la kau kurus...

Post a comment

8 Comments

  1. a ah la bangau, dah ikan tak timbul, kamu ler kena menyelam.. tak gituuu

    ReplyDelete
  2. Kan! Lagu tu memang semua salahkan pihak lain. Tapi Didi & Friends dah murnikan lagu dengan part last, Didi mengaku salah dia hehe

    ReplyDelete
  3. Sampai la ni bangau tetap kurus
    Tapi peliknya ramai orang pun nak kurus

    ReplyDelete
  4. macam-macam lah org sekrang ni..ape yg pasti diri sendiri kena tahu dan peka sebenarnya..jgn asyik nak menyalah je.

    ReplyDelete
  5. mmg x patut menyalahkan org lain diatas kelalaian kita.

    ReplyDelete
  6. bangau tu yang tak betul nak salahkan orang lain pulak ya

    ReplyDelete
  7. BANGAU TU YG SILAP BANYAK OMEHNYA

    ReplyDelete
  8. Banyak bangau jadian sekarang ni

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)