INI PERKARA YANG PERLU ANDA TAHU UNTUK ELAK KAN KUCING BERAK DIKAWASAN RUMAH



Hai korang. Masalah kucing liar atau kucing jalanan  berak kat kawasan rumah ni bukan masalah baru. Dah lama masalah ni berlaku tapi masih ramai yang tak jumpa jalan penyelesaian. Masalah kucing berak kat kawasan rumah ni jadi masalah besar  sangat terutamanya pada mereka yang tak pelihara kucing sampai boleh bermasam muka dengan jiran tetangga.

Bukan apa, bau najis kucing ni boleh buat hilang selera makan. Hahah..Tapi ada kawan saya kata , kalau jiran dia merungut pasal bau najis kucing, dia pun akan merungut jugak sebab suami jiran nya suka hisap rokok sampai bau rokok masuk dalam rumah. Bau asap rokok boleh buat dia migrain 3 hari.hahaha..




Adil la tu..kan.. orang bagi asap rokok kita bagi bau najis kucing..

Orang ada bela kucing selalunya tak ada masalah ni sebab kat rumah kita memang dah sedia ada tempat untuk kucing berak. Bila kita dah sediakan bekas pasir untuk kucing, tak kan berlaku kucing berak merata-rata.

Bila dah ada bela kucing kat rumah, kucing liar dan kucing jalanan pun tak berani nak datang rumah kita melabur ikut suka dia. Baru tunjuk muka kat pintu pagar je dah kena serang dengan kucing tuan rumah. betul tak??

Sebab tu la orang yang tak bela kucing je yang alami masalah kucing berak merata-rata nih.


Kenapa Kucing Berak di halaman rumah

Satu yang korang kena tahu kucing paling suka berak dengan tempat yang kesat. Tak kira la lantai atau carpet, itu tempat paling dia suka berak. Sebab dah jadi habit kucing lepas berak dia akan mencakar. Mencakar tu satu kepuasan bagi dia.

Pergi check dan  korang perhatikan tempat yang dia suka berak tu. Kalau tempat tu kesat korang letak la cermin atau tiles yang lama2 yang licin sebab kucing tak suka tempat macam tu.

Kalau dah bela kucing tapi kucing masih berak merata -rata ada tiga kemungkinan yang jadi penyebab nya iaitu.

i: Tak sediakan bekas pasir
Pasir kucing tak mahal pun. yang 5 liter dalam harga lebih kurang rm10. Macam2 bau ada pulak tu. Bau oren, bau epal, bau kopi , bau lavender.. Saya selalunya pakai yang bau kopi. Selain tu, dalam sangkar kucing saya letak pewangi sebab bau kopi tu lama2 akan hilang.

ii: Tak ajar kucing untuk berak dalam bekas pasir
Korang sediakan bekas pasir dan letak dalam sangkar bersama kucing. letak la dalam 4,5 jam. esok ulang lagi cara ni. Cukup seminggu kucing tu dah tahu situ lah tempat berak dia.

iii: tak lepas bebas kucing belaan di luar rumah.
Kucing yang dilepas bebas kat luar rumah ni juga boleh jadi penjaga rumah kita jugak tau. Itu lah untungnya orang bela kucing. Kucing ni dia selalu jaga wilayah dia. Dia tak suka kucing lain masuk kawasan dia. Jadi kucing lain tak kan berani masuk rumah korang dan berak merata.

Apa ubat atau produk untuk elak kan kucing masuk ke halaman rumah

Korang juga boleh beli beberapa produk yang bagus untuk halau kucing supaya tak masuk kawasan rumah korang. Ada banyak produk yang dijual dengan harga yang berpatutan.

kat bawah ni produk-produk yang boleh korang dapatkan di Shopee  untuk elak kan kucing masuk kawasan rumah.
















Saya tak jamin semua produk ni berjaya untuk halau kucing. Tapi korang boleh la mencuba dari langsung tak berusaha.

Petua dan cara elak kan kucing masuk dan berak di kawasan rumah


Selain dari menggunakan produk-produk ni korang juga boleh gunakan beberapa petua yang ada dikongsikan orang ramai di facebook.

1- Tabur belerang

2- potong limau purut dan letak di serata tempat yang kucing selalu masuk dan keluar

3- tabur serbuk detergent pada tempat kucing berak (bersihkan dulu kotoran kucing?

4- curah minyak masak bekas goreng ikan di tempat kucing berak.

5- buat takungan air kat tempat kucing berak

6- Cuci tempat kucing berak sehingga bersih hingga hilang kesan bau

7-  letak peralatan tajam pada tempat kucing berak.

8-  Tabur banyak ubat gegat (sprinkle mothballs) pada tempat kucing selalu masuk dan berak.

9-  cucuk pencungkil gigi keliling pokok bunga atau dikawasan yang kucing selalu berak.

10- letak bata pada laluan dan letak batu didalam pasu (modal besar tapi kawasan jadi cantik)




Saya pernah terbaca dalam satu forum yang mengatakan  bila kucing berak kat tempat yang tak menyusahkan korang untuk mencuci itu adalah  perkara biasa. Maknanya dia berak kat taman, atau kat atas tanah.. itu tempat yang mudah untuk di cuci walaupun korang penat nak cuci.  itu memang perangai kucing.

Kita manusia pun ada perangai tak baik susah nak ubah, ni kan pulak kucing.kan..


Rahsia kucing yang manusia tidak tahu

Tapi kalau kucing tu berak kat depan pintu, kat atas lapik kaki, kat atas meja , kat atas bumbung, itu bermakna dia nak hantar mesej pada korang. Dia nak bagi tahu yang dia kesal dan kecewa dengan kita,. Mungkin sebelum ni korang ada marah dan berkasar dengan kucing tu. Ataupun korang pernah menyakiti kucing tu.

Cuba lah korang belajar menyayangi kucing. Jumpa kucing belai2 dia. gosok2 kepalanya sikit. bercakap nada yang lembut dengan dia.

Satu yang saya nak pesan, jangan lah menyakiti kucing kalau kucing tu berak kat rumah korang. Kucing tu tak berakal macam manusia. Jangan lah kita yang berakal ni bertindak sampai hilang rasa kasih sayang dan kasihan.

Dunia ni bukan saja untuk manusia tapi juga untuk makhluk lain. Kucing ke ayam ke, ikan ke, mereka tak tahu pun tempat tu boleh berak ke tak boleh.  Mereka tu cuma singgah untuk menumpang sekejap apa yang kita ada.

Kalau Allah nak tarik apa yang kita ada ni silap2 kita pun nak berak jenuh kena pi guna tandas awam je hari2. Orang yang hari2 cuci tandas awam tu pun naik menyampah tengok muka kita.

Bagi yang bela kucing pulak, sediakan semua keperluan kucing dengan lengkap. Paling penting ialah kotak pasir dia. Bukan saja rumah jiran2 terjaga, rumah kita pun tak la bersepah taik kucing sana sini. Anak2 nak main kat luar rumah pun rasa selamat dan terjamin kebersihan nya.



Akhir sekali saya ucapkan terima kasih pada semua yang melayani kucing dengan baik  dan mengasihi kucing. Makin melimpah ruah rezeki untuk korang.

Kalau korang perhatikan orang bela kucing ni selalu rasa cukup dan murah rezeki. Mereka punya kehidupan tak melebih-lebih dan tak meminta-meminta terlalu banyak. Orang nya jenis biasa je. Saya malas nak ulas banyak pasal rezeki bila korang bela kucing. Tapi korang boleh la cuba ambil sekor stray cat dan korang akan perasan banyak perkara dalam hidup korang akan berubah.

Kalau tak pernah bela kucing sebelum ni, try jaga stray cat dulu. bila berjaya bagi besar dan pandai uruskan kucing baru lah boleh tambah2 dengan kucing yang bakanya lebih cantik..Tapi kucing kampung atau kucing biasa lagi bagus sebab mereka juga bersifat sebagai penjaga rumah.

Tu je la nak cerita. Semoga bermanfaat untuk semua.


Post a comment

4 Comments

  1. Kucing rumah ni dia berak dekat tepi pasu depan rumah ni jah.. Letak macam2 cara dah x menjadi..

    ReplyDelete
  2. sediakan toilet utk kucing..

    ReplyDelete
  3. Yang letak tiles tu baru dengar so boleh cuba buat.

    ReplyDelete
  4. Dulu kucing liar selalu berak depan rumah sebab ada pasir. pasir tu pulak akan ada bila hujan turun. Pasir pasir tu akan ikut laluan air dari jalan atas yang tinggi sikit. itu yang bertakung pasir depan rumah. pernah letak yg beli kat daiso tu. tak berhasil.mungkin kena letak banyak kot. lately dah tak ada, mungkin kucing liar tu dah berubah arah. mungkin juga dah jumpa tempat pasir yang lagi banyak kot.

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)