BAGAIMANA CARA BERDEPAN DENGAN ORANG YANG SEDANG MARAH





BAGAIMANA CARA BERDEPAN DENGAN ORANG YANG SEDANG MARAH | Orang tengah marah memang jangan sesekali kita simbah api. Buruk padahnya. Tapi kebanyakan dari kita ni bila orang tengah marah kita suka bagi dia lagi marah.

Bila rasa marah tu makin membuak dan dia bertindak diluar kewarasan dia , kita nak salah kan dia pulak sebab dia tak dapat kawal marah. Padahal kita yang menyemarak kan rasa marah dia tu. Betul tak?

Sebab tu kita ada cara dan pendekatan yang lebih baik jika berdepan dengan orang yang sedang marah. KIta tak boleh nak suruh dia kawal marah sedangkan kita  terus provok dia untuk dia rasa marah.

Api kalau di simbah dengan minyak kan makin marak.


Orang yang sedang marah ni dia ada satu perasaan yang buat dia rasa terbeban dan biasanya mengganggu mood dan emosi dia secara jelas. Perasaan marah ni susah nak di sorok. Jadi kita boleh nampak orang yang sedang marah ni  berada dalam mood yang tidak baik.

Mungkin juga dia  menyatakan kemarahan dia dengan cara yang menyakitkan diri sendiri atau orang lain. Semua perkara di sekeliling dia nampak membosankan dan  tidak menarik.


Ada juga yang jenis bila marah dia rasa nak memukul atau memusnahkan harta benda. Dalam keadaan marah tu juga, benda-benda kecil boleh buat dia tak seronok dan mula la nak mencerca orang lain.

Berurusan dengan orang yang sedang marah akan buat hubungan kita dan dia akan sedikit terjejas kalau kita tak pandai nak kawal emosi kita sendiri. Kita kena faham yang dia sedang marah dan dia tak boleh tenang macam kita. Jadi ada beberapa perkara yang kita boleh buat untuk meredakan kemarahan dia.

1-  Jangan abaikan orang itu.
" ah..malas la aku nak layan kau ..asyik nak marah je.." Biasa nya kita akan cakap macam ni la bila kawan kita tengah marah. Tu yang buat kawan kita lagi naik angin. Bila kita tinggalkan dia dan abaikan dia maknanya lepas ni hubungan korang akan terjejas .

2- Bersikap terbuka untuk mendengar apa yang mereka katakan.
Tanya kawan kita, apa yang membuatkan dia marah dan kecewa. Kalau kita adalah punca kemarahan dia, minta dia jelaskan apa yang dia harapkan dari kita sebenarnya.

3- Pastikan suara kita tetap tenang 
Jangan sesekali tinggi kan suara dan cubalah bersikap tenang. Cakap dengan lembut . Jangan tanya soalan sama berulang-ulang.Ini akan buat dia rasa kita langsung tak faham apa yang dia nak.

4- Akui kesusahan mereka
Tunjuk kan yang kita faham kenapa dia marah tetapi kita juga tak perlu mengalah. Pendapat kita pun penting juga. Cuma tak payah tunjuk kan yang kita betul bertegas dan tak perlu kita paksa dia dengar pendapat kita.. Itu akan buat dia lagi marah. Alih-alih dua2 naik angin nanti. 

" Ooo..sekarang saya faham apa maksud awak..Memang awak patut kekal dengan pendapat awak. Keadaan kita berbeza sebab tu pendapat saya pun berbeza.." . 


5- Elakkan memberi nasihat atau pendapat mengenai mereka
" cuba kau fikir sikit..."
"Cuba kau bayang kan kalau.."

Tak payah nasihat dia dan suruh dia buat macam2. Jangan bagi pendapat dan nasihat yang memaksa dia untuk fikir tentang orang lain. Dia cuma nak kita mendengar apa yang dia nak cakap. Bukan dia nak nasihat dari kita pun.



6- Beri mereka ruang jika mereka memerlukannya.
Ada orang yang bila marah dia suka diam. Tu jenis saya la. Bila marah saya suka bawak diri. Suka jauhkan diri sampai bertahun tak bersua muka pun ada. Hahaha.. Bila marah suka baring dalam bilik senyap2. Marah yang ala-ala merajuk.


Bagi je la dia ruang  tu. Jangan dipaksa untuk berjumpa dan ajak berbincang. Kalau dia bersedia nak jumpa kita, dia sendiri akan buka pintu tu. Tapi kalau dia diam dan terus menyepi, biarkan saja..

Tapi kat tempat kita ni pulak, berbuat baik lah terus dengan dia. bagi senyuman, hantar ucapan bila perlu, setiap pagi hantar pesanan tanya kabar. Lama2 ok la nanti.

Ada orang bila marah dia jadi ganas dan kasar. Yang ni sila jangan ambil tindakan sendiri. Kita kena jauhkan diri dari dia. Tak perlu nak ajak berbual dan cuba-cuba nak tenang kan dia. Hubungi pihak keselamatan untuk dapatkan bantuan.


Tu je la ..bye.

Post a comment

13 Comments

  1. BILA MARAH MACAM-MACAM BOLEH TERJADI, BERHATI-HATILAH DEMI KESELAMATAN KITA DAN SI PEMARAH...

    ReplyDelete
  2. kalo suami kita tengah marah bengang dengan something, kita kena buat no 6 tu sebab dia suka diam dan bawa diri..jangan paksa2 golongan marah macam ni untuk buka ceritanya...biar dia buka sendiri bila dia da cool down...ha gitu...

    ReplyDelete
  3. seeloknya jadi pendengar yg bak dan jgn api2kan kemarahan dia tu pula

    ReplyDelete
  4. kami kalau orang marah, kami diam je. nanti dia reda la

    ReplyDelete
  5. kalau saya.. diam dulu kot. tunggu reda baru explain kalau perlu.. ikut keadaan jugakk. most of the time saya malas layan.. kalo benda tu mmg mengarut nak dilayan hehe..

    ReplyDelete
  6. bila tengah marah kita hilang pertimbangan... kadang apa orang cakap betul pun kita rasa salah heheheh

    ReplyDelete
  7. Biasa Sis memang diam aje, buat hal sendiri, biar le dia nak marah ke apa ke membebel ke, kita diam je...itu lebih baik...

    ReplyDelete
  8. saya prefer diam je. dgr laa dia membebel smpi dia sendiri penat... org marah ni kan ibarat api. kalau kita tambah myk lg dia marak. kalau simbah air, belum tentu padam semua... hehehe

    ReplyDelete
  9. Betul itu, kalau orang marah diam sahaja dan dengar apa yang hendak dikatakan.

    ReplyDelete
  10. Diam dan dengar.Dah reda kalau boleh bahas,bahaslah semula.Kalau tidak abaikan sahaja.Tapi biasanya orang kalau marah ni dia dah sampai ketahap sabar yang tipis sangat kecuali kalau dia memang jenis panas baran dan mudah marah.Nak kendalikan orang tengah marah ni kena kenal pasti dia macam mana.Jenis panas baran atau susah nak marah.Sebab setiap satunya ada bawaan marah yang berbeza.

    ReplyDelete
  11. betul org marah ni jgn buat main..silap2 ada penumpahan darah pula..takut~

    ReplyDelete
  12. Marah ni kadang2 jangan terjumpa buku dengan ruas, boleh lebam bijik mata dua2 pihak nanti kan hahaha

    ReplyDelete
  13. bila ada org yg marahkan abe kie, terus aje abe kie tinggalkan dia. tp bkn bini la. org lain la maksudnya.

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)