6 PERKARA YANG KITA PATUT TAHU JIKA ADA RUANG YANG SEMPIT DI DALAM RUMAH




Bukan rumah saya.. :)

Dalam rumah saya ni dekorasinya minima sangat. Suami kata tunggu la bila anak-anak dah besar dan belajar dan kerja  diluar  kita boleh la deko macam-macam. Sebab buat masa ni dalam rumah nak pakai ruang banyak.  Untuk buku, untuk anak bermain, untuk anak bersantai dan macam-macam lagi.

Betul jugak apa suami saya kata. Kadang-kadang leceh juga bila pergi rumah orang nampak ruang tamu dia sendat sangat sampai tertanya-tanya kalau hujung minggu diaorang tak de ke aktiviti bergolek depan tv satu family. Hahaha...



Ruang tamunya cukup2 untuk orang lalu lalang je. Kalau nak baring-baring tak boleh. Kena baring dalam bilik je, Tak pun atas sofa. Hari ni saya nak kongsikan beberapa perkara  yang perlu korang tahu kalau rumah korang ada ruang yang terhad atau pun sempit

1- Perabot yang ringkas dan minima - Saya suka ruang tamu yang lapang dan tak banyak perabot. Senang nak sapu dan kita tak susah nak alih-alih perabot bila kita nak tukar suasana dalam rumah.Less is more..



Bayangkan kalau nak cat rumah ke, nak tukar carpet ke, agak susah sebab banyak sangat perabot nak dialih kan. lebih mudah jika korang ada  perabot yang serbaguna.

Perabot tu juga biarlah ringkas misalnya tak banyak corak dan warna. Kalau nak tampal wallpaper pada kabinet dan sebagainya guna la wallpaper yang tak de corak bunga2 dan warna yang banyak.

Design perabot tu jugak simple dan tak makan banyak ruang. Nak isi kasut 6 pasang tapi beli rak kasut yang besar sangat. Tak sesuai macam tu.

Warna perabot mestilah warna yang terang jika korang menggunakan warna dinding yang lembut seperti warna pastel dan putih.

Perabot juga mesti lah bertutup. Konsep moden banyak yang menggunakan perabot bertutup Sebab nak meminimakan penglihatan kita ni. Kalau semuanya nak di lambak atas rak dan kabinet memang sakit la mata kita. Di tambah pulak dengan habuk-habuk. Kena cukup rajin untuk menguruskan nya.



2- Tingkap dan pintu- Biarkan kawasan di hadapan pintu dan tingkap lapang agar udara keluar masuk ke dalam rumah. Lebih luas tingkap dan pintu lebih bagus. Ianya membantu  ruang rumah kita nampak luas.

Gunakan langsir yang tepat pada pintu dan tingkap. Jika sofa dan permaidani kita ada corak, lebih bagus jika kita gunakan langsir yang tak ada corak dan warna yang tidak banyak. Boleh jugak gunakan langsir yang tidak  terlalu tebal supaya cahaya matahari tetap boleh menerangi ruang dalam rumah.



3- Warna dinding - Warna dinding memberi kesan yang sangat besar pada ruang dalam rumah. Warna neutral dan pastel  memantul kan caya ke seluruh ruang membuat ruang sempit menjadi luas. Warna terang membuatkan suasana hangat  namun ruang nampak luas secara visual. dan warna gelap membuatkan ruang menjadi sempit.

Warna gelap hanya sesuai digunakan di dalam bilik dan ruang yang korang nak gunakan untuk tidur dan berehat.

Memilih cat yang tepat menjadi mudah kalau korang berbincang dengan penjual cat tu sendiri cat bagaimana yang sesuai dengan keluasan ruang tamu korang. Dia juga akan cadang kan cat yang bagus bersesuaian dengan keadaan dinding rumah korang.

kalau korang nak menggunakan wallpaper bercorak terang pastikan wallpaper hanya diletak kan pada dinding utama. Bukan pada keseluruhan dinding kerana akan membuatkan rumah nampak sempit.







4- Cermin untuk refleksi - Gunakan permukaan yang lebih reflektif dan berkilat di bahagian dalaman rumah korang Paling sesuai di dinding ruang makan.

Ini adalah cara yang berkesan untuk buat ruang dalam rumah nampak besar.. Cermin menyebarkan cahaya dan memantulkan pencahayaan semulajadi. Lebih baik menggantungnya di dinding bertentangan dengan tingkap. Ini memberikan pencahayaan tambahan, menjadikan ruangan lebih ringan.

Boleh juga letak cermin di dinding yang dekat dengan lampu jika rumah korang tak ada tingkap.



5- Permaidani - Jangan gunakan permaidani kecil . Gunakan permaidani yang besar untuk mewujudkan ruang lantai yang luas.

Permaidani yang kecil hanya untuk membuatkan ia nampak seperti perhiasan Bukan sebagai sebahagian lantai dalam ruang di rumah kita.

6- Tonjolkan vertical lines - Satu masalah besar ruang rumah yang sempit ialah siling yang rendah. Sama macam rumah saya. Tinggi dari siling ke lantai tak sampai 4 meter. jadi apa yang saya buat ialah ujudkan satu bahagian yang membuatkan siling nampak tinggi.



Misal nya cara pasang langsir di ruang tamu,saya letak lebih tinggi dari tingkap dan pintu macam gambar diatas.( bukan rumah saya). Saya jugak letak kan rak buku yang lebih tinggi berbanding perabot lain.

Korang juga boleh gunakan frame gambar yang menegak supaya dinding nampak luas dan tinggi.

Itu lah 6 cara penting yang korang boleh gunakan untuk ruang tamu yang kecil. Kalau korang ada idea lain boleh kongsikan komen di bawah. Semoga bermanfaat untuk semua.

Post a comment

5 Comments

  1. tq sharing kak..tp betul ruang yg sempit atau rumah yg agak kecil kena minima kan brg dlm rumah..mcm rumah saya skg..xpenuh pn..kot nk pindah sng hahaaa ^_^

    ReplyDelete
  2. saya suka tengok orang deko-deko rumah tapi rumah saya memang jenis tak banyak barang... ada la sopa 2 ketul tepi dinding, pastu ruang tamu memang lapang je hujung sana baru meja makan... senang kalau ada sedara mara datang nk lepak duduk depan tv ke si aiyan dah anak buah nk bermain puas hati sebab luas

    ReplyDelete
  3. Cantikkan rumah atas tu DR....walaupun nampak kecik tapi suka deko dia...Teringin nak deko deko rumah, nak cat baru tapi tulah... bajetnya pulak nan hado hahhaha

    ReplyDelete
  4. sama kak, saya pun suka konsep minimalis dan elegan...simple tapi nampak cantik, kemas dipandang...

    ReplyDelete
  5. tq diana.. tgh cari tips juga nak hias rumah ni

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)