20 RESEPI RENDANG AYAM DAN RENDANG DAGING PALING SEDAP DAN PATUT DICUBA



20 RESEPI RENDANG AYAM DAN RENDANG DAGING YANG PALING SEDAP DAN PATUT DICUBA |  Dalam masyarakat Melayu , rendang adalah masakan yang selalu dihidangkan dalam apa juga perayaan. Tak lengkap rasanya satu-satu majlis tanpa hidangan rendang di meja. Rendang ayam dan rendang daging menjadi satu kewajipan tak kira lah di hari raya, kenduri kendara dan sebarang majlis keraian.

Menghasilkan rendang yang sedap tidak lah sesukar mana, Tambahan pulak banyak resepi rendang ayam dan rendang daging yang dikongsi.  Saya sendiri mempunyai resepi rendang yang tersendiri yang diajar oleh mak saya . Sejak sekian lama keluarga saya menggunakan resepi rendang ayam dan rendang daging yang sama saja untuk mengekalkan rasa dan keenakan nya.

Hari ni saya nak kongsikan himpunan pelbagai Resepi Rendang ayam dan Resepi Rendang Daging yang paling sedap dan patut dicuba . Semua resepi ini sangat sesuai di masak untuk majlis-majlis dan perayaan.

40 RESEPI RENDANG AYAM DAN RENDANG DAGING YANG PALING SEDAP DAN PATUT DICUBA


Resepi Rendang Daging

Rendang Daging Warisan Mak
Photo: Ernahamzah
 Bahan-Bahan: 
2 inci Halia *
1 1/2 inci Lengkuas *
3 biji Buah Keras *
5 batang Serai *
100 g Serbuk Kari Daging
50 g Kerisik
1 kotak Santan Ayam Brand Malaysia
1 batang Kulit Kayu Manis
5 biji Buah Pelaga
5 kuntum Bunga Cengkih
2-3 kuntum Bunga Lawang
1 1/2 sudu teh Asam Jawa
1 sudu teh Garam
1/2 sudu teh Gula
1/2 sudu teh Serbuk Perasa (jika suka)
1 cawan Minyak untuk menumis

Cara-cara: 
Daging dihiris nipis atau dipotong dadu kecil. Basuh kemudian toskan.
Kisar bahan bertanda * kemudian masukkan ke dalam daging bersama serbuk kari. Gaul rata dan perap 30 minit.

Panaskan minyak, tumis kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih & bunga lawang kemudian masukkan daging, masak hingga pecah minyak (kacau sekali sekala supaya bahagian bawah tak hangus).


Masukkan santan, asam jawa dan kerisik. Gaul sebati kemudian perasakan dengan garam, gula & serbuk perasa secukup rasa. Biarkan santan masak sebentar. Boleh tambah air jika terlalu pekat.





Rendang daging batang pinang 


Bahan- Bahan:
1/2 kg daging batang pinang
10 biji cili kering (rebus & kisar)
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
1 inci kunyit
3 batang serai
1 kotak santan (kecil)
2 sudu Kerisik
Sedikit ketumbar,jintan manis,jintan putih (sangai & tumbuk)
1 asam keping
Daun kunyit/limau purut
Sedikit gula melaka
Sedikit garam

Cara-Cara
Kisar cili kering, bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas, kunyit, dan serai.

Tumiskan bahan kisar. Setelah naik minyak, masukkan daging batang pinang. Masukkan santan cair (separuh kotak dan campurkan air sedikit) dan rempah yang telah ditumbuk kasar.

Setelah daging empuk dan kering,masukkan lebihan santan pekat dan kerisik. Masukkan gula melaka. Perasakan ikut kesesuaian.

Masukkan daun kunyit/limau purut. Tunggu sehingga kering dan boleh diangkat. Jika inginkan rendang berkuah, didihkan sekejap sahaja dan angkat.

sumber; Hanimaj Min


Rendang Daging
Photo: Shinassuka

Bahan A
1.5 kg daging
Bahan B (kisar halus)
1 1/2 sudu jintan manis
1 1/2 sudu jintan putin
1 1/2 sudu ketumbar
Bahan C (kisar)
15 biji bawang merah
10 batang cili kering
Sedikit cili padi (jika nak pedas)
6 biji bawang putih
5 batang serai
1 inci halia
1 inci lengkuas
1 inci kunyit
Bahan D
3 cawan air
Bahan E
400 m santan
Gula merah (agak2)
Sedikit garam
Bahan F
2 helai daun kunyit
2 sudu kerisik

Langkah
Gaul Bahan A + bahan B dan peram sekurang2nya sejam
Tumis bahan C sehingga pecah minyak. Campurkan bahan A + Bahan B yang telah diperam letak Bahan D dan biarkan sehingga mendidih.
Bila dah agak2 sedikit kering campurkan Bahan E. Gaul rata dan biarkan sehingga sedikit kering
Setelah agak kering sedikit. Campurkan Bahan F dan biasr sehingga rendang kering seperti yang dikehendaki.

Sumber; Shin Assuka

 Rendang daging Minang
Photo: Sedapfood
Bahan-bahan
1 kg daging
1 kg santan

30 biji bawang merah
10 biji bawang putih
3 sudu senduk nasi cili kering yg dah d blend
5 batang serai
daun kunyit

1 inch halia
1 inch lengkuas d hiris
bunga cengkih
cili api agak2
daun limau purut

Cara membuatnya
1) bawang merah bawang putih dan halia dikisar
2) cili api dikisar
3) tumis bahan 1-2
4) masuk cili kering dan cili api serai lengkuas. Tumis hingga naik aroma
5) Masukan santan dan daun kunyit
6) Masak santan hingga macam nak naik minyak
7) Masukan daging

Bila hampir nak kering santan masukan daun limau purut, cengkih dan air asam jawa.
9) garam secukup rasa
10) masak sampai kering

Note:
*Kalau 3 kilo daging santan jadi kan 4 kilo bukan 3 kilo. Jika lebih daging, lebihkan santan.


Kalau guna bawang merah yg besar, 1biji bawang merah yang besar sama dengan 5-6 ulas bawang merah kecil.

Sumber: Sedapfood


Rendang Daging Minang
Photo:Citarasamamaana
Bahan-bahannya :
1 kilo daging - MA campurkan dengan hati, limpa dan paru-paru
4 biji kelapa diambil santan pekat- santan cair diketepikan untuk blander bahan (MA guna 1 kilo santan jerr)
4 batang serai - dihiris*
6 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
Sebesar ibu jari kaki halia* - dihiris nipis-nipis
3 kali ganda halia... lengkuas* - dihiris nipis
6 helai daun limau purut* - buang urat tengah dan dihiris 
1 helai daun kunyit yang agak lebar* - dihiris
25 biji cili padi* - mengikut kepedasan yang dikehendaki
6 sudu makan cili kering kisar
1 sudu kecil lada putih
1 sudu kecil serbuk pati ayam
Garam secukup rasa

Santan pekat dijerang atas api sehingga agak pekat dan pecah minyak.

Bahan-bahan bertanda* diblander bersama sedikit santan cair dan garam dan digaul dengan daging yang telah dipotong. Perap sebentar.

Masukkan daging kedalam santan dan masak hingga kering. Rasakan garam.

Masukkan juga cili kisar dan lada putih serta serbuk pati ayam.

Apabila kuah pekat dan memercik-mercik...ia hendaklah dikacau selalu supaya tak melekat.

Apabila dah elok kering, tutupkan api dan bolehlah dihidangkan.
Sedap dimakan dengan nasi panas-panas, pulut kuning dan lemang.



Rendang padang
Photo: pailinskitchen

Bahan-bahan:
1 kg daging sapi
1.5 liter santan pekat

Bahan A
10 cm kayu manis
½ biji buah pala
7 biji cengkih
9 biji buah pelaga
2 kuntum bunga bawang
9 ulas bawang putih
20 biji bawang merah
100 gram cili kering
1 inci halia
1 inci lengkuas muda
2 batang serai
1 batang kulit kayu manis


Bahan B
Asam keping
1 helai daun kunyit, koyak2 dan simpulkan
2 helai daun salam
7 helai daun limau
3 batang serai, di ketuk
Garam
1 senduk minyak masak

Cara-caranya
Kisar Bahan A.

Panaskan minyak masak kemudian tumis bahan A sehingga garing dan bau wangi,.

Masuk kan serai 3 batang , daun limau, asam keping, dan garam.

Masukkan santan . Masak hingga naik minyak

Tambahkan daging dan masak hingga empuk

Angkat dan boleh di sajikan.


Rendang Tok Original

Bahan2 :

600gm daging
1 paket kerisik
2 liter santan
1 sudu makan pes asam jawa
1 keping gula melaka (dalam 3 sudu makan)
Garam secukup rasa
Minyak masak secukupnya

Bahan kisar
3 sudu makan ketumbar
2 sudu makan jintan manis
1 sudu makan jintan putih
1 sudu teh lada hitam
3 sudu besar cili giling
4 batang serai
4cm halia
3cm lengkuas
3 biji buah keras
2 biji bawang besar

Bahan tumis
4 biji bawang merah - hiris
4 ulas bawang putih - hiris
3 cm kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
4 kuntum bunga cengkih

Cara2 :

Daging dipotong2, dibersihkan dan ditoskan. Perap daging bersama bahan kisar, air asam jawa, gula melaka, sedikit santan dan garam. Biar seketika dan ketepikan.

Tumiskan bawang merah, bawang putih, buah pelaga, kulit kayu manis dan bunga cengkih. Tumiskan sehingga naik bau. Masukkan daging yg telah diperap . Kacau sebati atau sehingga berasap.

Tuang baki santan. Kacau sehingga kuah tinggal separuh. Kemudian masukkan kerisik dan kacau lagi sehingga kering.


Masak dengan api perlahan sambil dikacau tanpa henti hingga kering. angkat dan sedia dihidangkan.

Sumber: annurbeaty


Rendang Daging Negeri Sembilan

Bahan-bahan :
*2 kilo daging ( potong dadu, tapi jangan terlalu kecil or terlalu besar )
*3 biji kelapa parut
*segenggam cili api (bleh kurangkan lau xnk pedas )
*1 1/2 inci kunyit ( slalu mak ambil kunyit yang paling besar )
*1/2 biji kelapa parut ( untuk buat kerisik )
*2-3 helai daun kunyit
*Garam dan Gula sesedap rasa
*4 batang serai (dititik )


Cara memasak rendang daging negeri Sembilan:

Kisar cili api bersama dengan kunyit sehingga lumat

3 biji kelapa parut tadi diperah untuk mendapatkan santan. Pati santan ( perahan pertama ) diasingkan.

1 biji kelapa parut digoreng hingga berwarna perang dan diblend sehingga lumat ( lau xrajin just beli kerisik paket je, 1 paket pun dah cukup )

Panaskan kuali. Masukkan daging dengan bahan yang dikisar tadi. Jangan letak minyak or tambah air. Kacau perlahan2 untuk elak daripada hangus.

 Masukkan garam secukupnya. Kalau nak tambah gula pasir pun boleh. Tapi bukan gula merah. Nanti warna rendang tak cantik.

Selepas air daging semakin banyak yang keluar, masukkan santan perlahan2. Pastikan kuali sentiasa dikacau untuk elak santan pecah. Masukkan serai sekali.

Selepas mendidih, masukkan pula pati santan tadi. Kacau sehingga kuah hampir kering

Masukkan kerisik dan daun kunyit. Kacau lagi sehingga kering. Kalau boleh jangan terlalu kering.

Biar daging lembab2 gitu...Nanti kalau nak panaskan lagi takdelah daging kering sangat.

Siap untuk dihidangkan!!!


Rendang Daging Utara

Photo: Cikwankitchen


Bahan-bahannya;
2 kilo daging
15 batang serai
2 inci lengkuas
2 inci halia
7 labu bawang besar
7 labu bawang putih
2 sudu biji ketumbar
1 sudu jintan manis
2 senduk cili kisar
2 peket rempah kari
1 kotak santan 200ml
2 senduk kerisek
1 senduk madu
2 keping asam
gula merah
garam
Daun kunyit
Daun limau purut

Cara-caranya;
Kisar serai, lengkuas, halia, bawang2, jintan, ketumbar - dan tumis.

Dah garing masukkan cili kisar dan serbuk kari.

Sudah pecah minyak masukkan daging.

Bila dah empuk dagingnya, masukkan santan, kerisek, madu, garam, gula merah, asam keping, daun kunyit dan daun limau purut.

Masak hingga pekat dan rasakan sedapnya.

Sumber: CikWan Kitchen


 Rendang Daging Chef Wan
Photo: Makanapaaje

BAHAN-BAHAN:
125 ml minyak sayuran
2 sudu makan serbuk ketumbar
2 sudu makan serbuk jintan kasar
2 sudu makan serbuk jintan halus
2 sudu makan lada hitam kisar
2 batang serai (diketuk)
2 helai daun limau purut
1 kg santan diperah daripada 1 pati biji kelapa parut dengan 1 liter (4 cawan) air
6 sudu makan gula
8 sudu makan kerisik
1 helai daun kunyit (hiris halus)
Garam
Air
Minyak masak
Cili kisar
Asam keping

BAHAN KISAR:
15 biji bawang merah kecil / besar
6 ulas bawang putih
1 inci halia
1 1⁄2 inci kunyit hidup

CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak
2. Masukkan bahan kisar
3. Masukkan cili
4. Masukkan 4 jenis rempah (lada hitam, ketumbar, jintan kasar & jintan halus)
5. Setelah rempah sudah garing, masukkan daging. Kemudian, gaul sehingga rata
6. Masukkan asam keping dan santan
7. Masukkan daun kunyit dan daun limau purut. Gaul sehingga rata.
8. Setelah kuah pekat dan daging mulai empuk, masukkan kerisik.
9. Masukkan garam dan gula.
10. Sedia untuk dihidang


Sumber: Makanapaje



Resepi Rendang Ayam

Rendang Ayam Simple

Photo: Marianazainal

Bahan-Bahan:
1/2 ekor ayam(dipotong)
1 kotak kecil santan "AYAM BRAND"
2 peket kecil kerisik
5 helai daun limau purut
1 1/2 sudu besar gula pasir
1/2 sudu besar garam
1 sudu kecil serbuk perasa
1 keping asam gelugor
3 helai daun kunyit(hiris halus)
1 1/2 cawan air

Bahan kisar
15-18 tangkai cili kering(ikut suka pedas)
2 biji bawang besar
6-7 ulas bawang putih
2 Sebesar ibu jari halia nak
Sebesar ibu jari lengkuas
1 sudu kecil serbuk kunyit
4 batang serai
1 cawan minyak masak
(kisar semua bahan ini hingga halus)

Cara Memasak: 
Masukkan bahan kisar ke dalam kuali..jangan letak minyak..dalam bahan kisar dah ada minyak..masukkan juga gula,garam,bahan perasa,asam keping,kerisik dan daun limau purut..Masak hingga naik minyak dan garing.

Masukkan santan dan air..bila dah mendidih elok..boleh masukkan ayam..gaul rata.

Apabila kuah dah mula pekat taburkan daun kunyit..kacau rata..

Sesuaikan rasa..tutup api...siap.

.

Rendang Ayam Tanpa Santan
Photo: Cookbakeeatbykaklong
Bahan-bahan:
5-6 ketul Ayam (cuci bersih)
6 biji Bawang Merah**
2 biji Bawang Besar**
4 ulas Bawang Putih**
2 inci Kunyit Hidup**
1 1/2 inci Lengkuas**
4 batang Serai (potong halus)**
2-3 sdb Cili Kisar (boleh adjust ikut tahap kepedasan anda)
1-2 sdb Kerisik
2 keping Asam Keping
2 helai Daun Limau Purut
1-2 helai Daun Kunyit (racik halus)
Garam
Gula
Minyak Masak

Cara Memasak:

Kisar bahan² yang bertanda ** terlebih dahulu kemudian ketepikan sebentar. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali tunggu hingga minyak panas.
Bila minyak dah panas masukkan bahan kisar tadi bersama cili kisar. Tumis hingga pecah minyak dengan api sederhana.
Kemudian masukkan ayam dan kacau hingga sebati. Boleh tambah air sedikit jika kuah terlalu kering atau pekat. Masukkan pula kerisik, asam keping dan daun limau purut. Biarkan sedikit mendidih dengan api sederhana.
Bila dah mendidih sedikit masukkan garam dan gula secukup rasa. Masukkan pula hirisan daun kunyit yang sudah diracik halus. Kacau dan biarkan rendang ayam masak hingga mendidih.
Dah siap!! Boleh dihidang bersama nasi putih panas², nasi impit atau ketupat. Selamat mencuba !!

Nota:
1. Jika nak kuah banyak boleh tambah air atau nak kering biarkan kuah sedikit mengering dengan api sederhana kecil.
2. Untuk mengelakkan kuah rendang menjadi terlalu masam, keluarkan asam keping sebelum masukkan hirisan daun kunyit.



Rendang Ayam Pencen  Versi Minang
Photo: Azila Alwi
Bahan-Bahan:
2 ekor ayam pencen
2 kg santan
2 sudu besar cili api kisar
11/2 sudu besar cili kering kisar
100 gm bawang merah kecil
11/2 labu bawang putih
2 inci kunyit hidup
11/2 inci halia
2 inci lengkuas
3 biji buah keras
2 sudu besar kerisik
1 keping asam keping
1 helai daun kunyit
4 helai daun limau purut
2 batang serai
Garam secukup rasa
Optional ajinamoto

Cara Memasak:
Ayam pencen di potong kecil -18. Kemudian di rebus atau pun masukkan dalam pressure cooker selama 30 minit.

Kunyit hidup, halia,lengkuas dan buah keras ditumbuk hancur. Manakala serai di titik.

Masukan bahn yang ditumbuk kedalam rebusan ayam bersama serai yang telah di ketuk. Biarkan atas api hingga airnya susut.

Apabila air rebusan telah susut masukkan santan.. dan kacau

Setelah mendidih masukkan bawang merah dan bawang putih yang telah dihiris. Biarkan seketika kemudian masukkan garam, asam keping serta daun limau purit serta daun kunyit yang telah di mayang halus.

Setelah kuah susut masukkan kerisik dan kacau supaya rendang tidak melekat.

Biarkan rendang diatas dapur dengan api perlahan sehingga rendang terbit minyak..

Done....siap untuk dihidang.,,👌🏼

Sumber: Azila Alwi


Rendang 5 Bahan - Rendang Paling Simple
Photo: Fb Resepimoden

Bahan-Bahan:
1/2 ekor ayam
segenggam cili api, 
1 inci kunyit hidup, 
3 batang serai, 
1 inci lengkuas  
1 cawan santan. 

Cara Memasak:

Kisar semua bahan kecuali ayam dan santan..
Masuk kan semua bahan kisar bersama ayam ke dalam kuali kecuali santan.
Masak hingga kering selama lebih kurang setengah jam, Api sederhana perlahan.
Kemudian masuk kan santan
Masak lagi dengan api perlahan sampai kuah sedikit kering.

*Boleh masuk kan kacang panjang masa dah nak angkat- kalau suka.

Sumber: FB Resepi Moden


 Rendang Ayam Campur Maman
Photo:Zarinasrk

Bahan-bahan;
1 ekor ayam kampung salai (lebih kurang 600gram)
1 kg sayur maman
6 batang serai - dititik
3  biji kelapa - ambik santannya
4 keping asam gelugor
garam secukup rasa
Bahan Kisar
1/2 inci halia                                                    
3 biji bawang putih                                          
4 biji bawang merah           
30 biji cili api (ikut tahap pedas masing2 yer)
2 inci kunyit hidup
Cara memasaknya;
Potong ayam ikut suka, cuci dan toskan. 

Petik daun maman dan ambik bahagian pucuk yang lembut sahaja, rendam sekejap untuk buang pasir, cuci dan toskan. 

Kena cuci selalu di bawah air paip mengalir senang nak nyahkan pasir yang melekat.
Masukkan ayam bersama bahan kisar dan serai yang telah dititik, 
kecutkan sebentar dan masukkan santan dalam kuali. (Aku suka masak dalam kuali..senang nak kacau). 

Kacau sekali sekala agar santan tak pecah minyak. 

Bila kuah dah pekat masukkan asam gelugor, masak lagi hingga kuah betul-betul jadi pekat...ala-ala rendang basah gitu dan baru la masukkan sayur maman. 

Kacau perlahan-lahan supaya sayur maman diselaputi dengan kuah rendang tadi. 

Bila dah masuk maman kuah akan jadi sedikit cair yer. 

Masak lagi hingga kuah jadi betul-betul pekat (hampir kering) hingga terbit minyak, rasa garam secukupnya dan barulah diangkat.

Sumber: Zarinasrk


 Rendang Pedas Paling sedap
Photo: Azie Kitchen


Bahan-bahan:
2 ekor ayam (dipotong 14)
1 kg santan segar
1 biji kelapa parut 
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 keping asam keping
1 1/2 sudu besar garam kasar atau secukup rasa
1 sudu besar gula pasir atau secukup rasa
Bahan-bahan (untuk dikisar):

15 - 20 tangkai cili kering
2 inci lengkuas
2 inci kunyit hidup
Bahan-bahan (untuk dihiris):

8 batang serai 
2 inci halia 
20 ulas bawang merah 
10 ulas bawang putih
2 helai daun kunyit
Cara Penyediaan:

Masukkan ayam yang dicuci bersih ke dalam kuali. Masukkan semua bahan hiris dan bahan kisar ke dalam kuali. Kacau rata

Nyalakan api dan masak seketika agak agak air ayam kering sedikit. Tuangkan santan dan serbuk kunyit kemudian masak dengan api sederhana sehingga kuah hampir kering.

Kacau sekali sekala supaya ianya tidak hangus dan melekat di bahagian bawah kuali. (*Jangan kacau bahagian ayam, cuma di kacau di bahagian bawah kuali sahaja supaya ayam tidak hancur.)

Sementara itu, goreng kelapa parut sehingga keperangan dan tumbuk atau kisar kasar kasar sahaja.
Setelah kuah hampir kering dan terbit minyak, masukkan kelapa goreng, garam, gula dan asam keping. 

Setelah kuahnya kering, tabur hirisan daun kunyit dan bolehlah ditutup api. (* Lagi lama atas dapur, rendang akan menjadi lebih kering, tidak kelihatan basah dan lebih sedap. ) 

Sumber: Azie Kitchen

Rendang Ayam Yougurt
Photo: dapuribunda

1 ekor ayam
Santan daripada 1 biji kelapa
6 helai daun  limau purut
1 biji lemon diambil parutan kulitnya 1 sudu besar dan perahan airnya daripada 1/2 biji
3 sudu besar kerisik
5 sudu besar yogurt perisa asli
4 sudu besar rempah kari
Bahan-bahan (dikisar):

3 biji bawang besar
4 ulas bawang putih 
6 biji buah keras
10 biji cili api (lebihkan kalau nak pedas)
6 biji cili merah
1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas
1 biji tomato masak ranum 
3 batang serai
kunyit hidup atau kunyit serbuk secukupnya
Cara Penyediaan:

Panaskan kuali dan masukkan minyak secukupnya. 
Tumis bahan kisar sehingga naik bau. 
Masukkan rempah kari dan yogurt.  Tumis hingga sebati. Masukkan kerisik.
Apabila bahan tumisan masak, baru masukkan ayam. Tunggu sehingga air ayam kering baru masukkan santan.
Apabila kuah agak pekat, masukkan parutan kulit lemon, air lemon dan daun limau purut. Sedia untuk disajikan.

Sumber: Dapuribunda


Rendang Ayam kelantan
Photo: sedaptube

Bahan-bahan:

1 ekor ayam (dipotong sederhana)
4 helai daun limau purut
4 batang serai (diketuk)
2 cawan pati santan
1 keping asam gelugor
2 helai daun kunyit (dimayang halus)
Garam dan gula secukup rasa
Bahan-bahan (dikisar):

12 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
½ inci halia
½ kunyit hidup
10 tangkai cili merah
Cara penyediaannya:

Panaskan minyak dalam kuali, masukkan serai yang dititik dan bahan kisar
Kacau hingga terbit minyak, guna api kecil dan kacau selalu.
Masukkan ayam dan gaul rata, masak hingga ayam kecut sedikit.
Masukkan pati santan, asam gelugor dan daun limau purut, kacau dan biar mendidih, kemudian kecilkan api dan masak hingga pekat.
Persakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Kacau rata.
Bila rendang kering (tapi masih lembap dan bekuah sedikit), masukkan hirisan halus daun kunyit. Gaul rata dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api.

Sumber; Sedaptube



Rendang Pedas Ayam
photo: mohkite

Bahan bahan

1 ekor ayam
21 tangkai cili kering
1 biji bawang besar
3 inci halia
5 batang serai
2 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
1 helai daun kunyit
1/2 kg santan pekat
1 sudu kerisik
2 cawan air
garam secukup rasa.

Cara cara

Bersihkan ayam.

Potong cili kering pendek pendek, basuh dan rebus seketika sehingga mendidih. Tutup api dan toskan.

Buang kulit bawang besar, halia, kunyit hidup dan lengkuas. Potong sekadar untuk memudahkan kerja mengisar.

Buang daun serai. Ambil kira kira 3 inci sahaja serai itu daripada pangkalnya. Potong sekadar untuk memudahkan kerja mengisar.

Masukkan cili kering, bawang besar, halia, kunyit hidup, lengkuas, serai, kerisik, santan dan air ke dalam pengisar. Kisar sehingga halus.

Masukkan ayam yang telah dibersihkan ke dalam kuali.

Masukkan semua bahan yang telah dikisar ke dalam kuali. Gaul rata bersama ayam.

Pasangkan api dan masak sehingga kuah pekat. Kacau sekali sekala.

Masukkan garam secukup rasa.

Basuh daun kunyit dan rincik halus halus. Masukkan ke dalam kuali dan gaul rata.

Biarkan seketika dan kacau sekali  sekali. Ini bagi memastika aroma daun kunyit masuk ke dalam kuah.

Tutup api dan sedia dihidang.

Sumber: mohkite


Rendang Ayam kampung
Photo: listikel.com

Bahan-bahan:

2 ekor ayam kampung atau ayam telur
6 biji kelapa (*kalau guna santan segar, 1kg santan segar sudah memadai) 
1 paket kecil rempah rendang/rempah kari daging 
2 sudu besar serbuk kunyit @ 2 sudu besar kunyit hidup yang di kisar halus 
garam secukup rasa
Bahan-bahan (dihiris):

12 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
sedikit halia
5 batang serai
Sedikit lengkuas (*opsyenal)
Bahan-bahan (dikisar):

3 sudu besar cili api
4 sudu besar cili kering
Cara Penyediaan:

Panaskan minyak di dalam kuali kemudian tumis bahan yang dihiris sehingga naik bau dan pecah minyak.
Masukan bahan yang dikisar seperti rempah,cili api dan cili kering kedalam kuali. Kacau hingga sebati.
Masukkan ayam kemudian rempah rendang/ kari dan serbuk kunyit. Kacau hingga rata.
Tambah sedikit air kemudian kacau sehingga rata lebih kurang setengah jam Masukan santan dan garam kacau rata hingga santan mengeluarkan minyak
Kecilkan api kemudian kacau lagi hingga minyak santan berbuih bagi menandakan yang minyak santan telah betul2 kering dan garing dah siap dan sedia untuk di hidangkan

Sumber: listikel

Terima kasih pada semua yang berkongsi resepi rendang ayam dan rendang daging ini. Semoga bermanfaat untuk semua.
<

Post a comment

6 Comments

  1. tak sabar nak raya...banyak dpt daging, boleh cuba pelbagai rendang yg ada..

    ReplyDelete
  2. di kelate, gulai rendang ni dipanggil gulai kerutuk...

    ReplyDelete
  3. Banyak resipi. Mata rertumpu pada rendang yogurt. Mesti ada rasa masam.

    ReplyDelete
  4. terbaiklah kak..pening nk cuba yg mana satu hahaa ^_^

    ReplyDelete
  5. semuanya enak2 belaka yg pasti ia bukan crispy hahaha

    ReplyDelete
  6. Rendang ayam simple je yang ai suka.

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)